Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Kitab Munyah al-Mushalli (منية المصلي)

Keimanan by Keimanan
16.01.2017
Reading Time: 19 mins read
0
Kitab Munyah al-Mushalli (منية المصلي)
ADVERTISEMENT

RELATED POSTS

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

ADVERTISEMENT

Kitab Munyah
al-Mushalli
(
منية المصلي) merupakan
sebuah karya fiqh yang masyhur dalam bahasa Melayu, yang khusus membicarakan
perkara-perkara yang berkaitan tentang solat (baca: sembahyang).


Kitab ini
disusun oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani  (1769-
1847), seorang ulama yang terkenal
dengan karya-karyanya  yang menjadi
rujukan para ulama dan masyarakat Melayu di Nusantara hingga ke hari ini.

Di Malaysia,
kitab ini sangat popular di kalangan para pelajar dan masyarakat Islam yang
mendalami ilmu agama dan menjadi teks pengajian di pondok-pondok, surau-surau,
masjid-masjid dan majlis-majlis ilmu.


Menurut
al-Marhum Hj Wan Mohd Shaghir Abdullah; “ Munyatul Mushalli adalah karya
Syeikh Daud bin Abdullah Fathani yang paling banyak diajarkan oleh tok guru
dalam rangka memperkenalkan pengetahuan sembahyang. Sebelum ada buku-buku yang
ditulis dengan aksara Latin/ Rumi, Munyatul Mushalli pula sebagai buku asas
pelajaran sembahyang di seluruh dunia Melayu…
”[1]


Sejarah
Penyusunan Kitab ini….


Berdasarkan
kajian al-Marhum Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah, kitab Munyah al-Mushalli
disusun oleh Syaikh Daud al-Fathani bagi memenuhi suatu permintaan salah
seorang sultan yang memerintah sebuah negeri Melayu yang ketika itu datang
menunaikan ibadah haji di Makkah. Oleh kerana itulah, di bahagian akhir kitab
membicarakan mengenai sembahyang itu, beliau akhiri dengan sebuah “Tatimmul
Faidah”
yang membicarakan mengenai kewajipan raja terhadap rakyat[2].


Kitab ini
selesai disusun oleh Syaikh Daud al-Fathani pada tahun 1242H /1826H ketika
beliau berada di Makkah al-Musyarrafah. Beliau membuat catatan mengenai perkara
ini di akhir kitab Munyah al-Mushalli, katanya;


“ Telah
selesailah faqir ilaLlah Ta’ala Daud bin Abdullah Fathani menterjemahkan
risalah yang bernama “Munyah al-Mushalli” di dalam negeri Makkah al-Musyarrafah
pada waktu Dhuha, hari Selasa, lima belas hari (15) bulan Zulhijjah pada Hijrah
Nabi  – ‘alaihi afdhal al-shalawat wa
azka al-taslim -, seribu dua ratus empat puluh dua (1242)
”[3].


Cetakan kitab
ini…


Munyah
al-Mushalli adalah termasuk kitab yang paling banyak disalin dengan tulisan
tangan sebelum ia dicetak dan terbitkan. Perkara ini terbukti dengan wujudnya
banyak manuskrip-manuskrip tulisan tangan yang terdapat di pusat-pusat
penyimpanan manuskrip klasik, seperti di Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan
Negara Malaysia.


Menurut
al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah, cetakan pertama kitab Munyah
al-Mushalli belum beliau temui. Manakala kitab cetakan yang kedua, ada beliau
miliki. Kitab ini dicetak oleh Matbaah al-Miriyah, Mekkah tahun 1313H (1895M)
di bawah pembiayaan Syeikh Abdul Rahman Gudang bin Muhammad Ali bin Ismail
al-Fathani. Cetakan-cetakan mutaakhir di Asia Tenggara pula dilakukan oleh
beberapa percetakan di Surabaya, Cerebon, Singapura, Pulau Pinang, Kota Bharu,
Patani dan Bangkok. Dari cetakan pertama hingga cetakan mutakhir, barangkali
sudah ribuan kali cetakan dan sampai sekarang masih dicetak dan beredar di
pasaran serta masih diajar kepada masyarakat di berbagai tempat di dunia Melayu.[4]


Kandungan kitab
ini…


Berikut saya
catatkan tajuk-tajuk utama kitab Munyah al-Mushalli, sebagaimana yang
dicatatkan oleh al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah dalam karya beliau[5], iaitu;


1. Muqaddimah
Kitab

2.
Syarat-syaarat Sembahyang

3. Rukun-rukun
Sembahyang

4. Sunat Ab’adh
dan Sunat Hai-at

5. Asal Usul
Sembahyang

6. Hikmah dan
Kesempurnaan Pengamalan

7. Sujud Sahwi

8. Makruh Dalam
Sembahyang

9. Sunat-Sunat
Sesudah Sembahyang

10. Sembahyang
Berjemaah (kelebihan sembahyang berjemaah)

11. Sembahyang
Jumaat[6]

12. Sembahyang
Sunat[7]

13. Tatimmah
Faidah[8]


Rujukan utama
Kitab al-Mushalli


Sebenarnya,
Syaikh Daud Fathani tidak menyebut atau menyenaraikan secara khusus mengenai
sumber rujukan beliau ketika penyusunan kitab Munyah al-Mushalli. Namun begitu,
beliau ada menyebutkan beberapa nama kitab atau nama ulama yang menjadi rujukan
bagi beberapa petikan dalam kitab Munyah al-Mushalli. Berikut judul-judul kitab
dan nama ulama yang disebutkan dalam kitab Munyah al-Mushalli;


a) Abu Hamid al-Ghazali[9], merujuk
kepada karya beliau yang berjudul– al-Ihya’
‘Ulumiddin.


b)   Muhammad bin Ali al-Tirmizi (255H/869H). Nama lengkap beiau
ialah Abū
ʿAbd Allāh Muḥammad
ibn
ʿAlī bin
Hasan al-Tirmidhī al-
Ḥanafī. Beliau terkenal dengan
gelaran al-Hakim al-Tirmizi. Seorang tokoh tasawwuf yang terkenal.
c)    Syaikh al-Bujairimi[10], tanpa
menyebutkan kitab rujukannya. Kemungkinan merujuk kepada karya beliau yang
berjudul “ Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Iqna’[11].
K
itab ini terkenal dengan judul al-Bujairimi ‘ala al-Khathib.


d)    
Al-Arif al-Bakri[12]


e)    Sayyidi
Muhammad Ghawtsullah, merujuk kepada karyanya yang berjudul “Jawahir
al-Khamis”.


f)  Al-‘Arif billah Sayyidi al-Sanusi[13] ,
merujuk kepada karyanya yang berjudul al-Mujarrabat.


g)    
Syaikh al-Ramli[14]


h)   
Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami[15]


i)   Imam Muhyiddin Zakariyya bin Syaraf al-Nawawi (676H),
merujuk kepada karyanya yang berjudul al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab .


j)     Syarah al-Wasith[16]


k)   al-Khathib al-Syarbaini[17], melalui
karyanya Mughni Muhtaj Syarh Minhaj al-Thalibin


l)      
Imam Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Ahmad al-Haddad (1044-1132H),
melalui karya al-Nasha-ih al-Diniyyah wa
al-Washya al-Imaniyyah
[18].



Sekadar ini
sahaja dahulu catatan mengenai kitab Munyah al-Mushalli ini. Jika diberi
kesempatan oleh Allah SWT, saya akan menambah lagi beberapa catatan mengenai
kitab-kitab atau penulisan-penulisan yang berkaitan dengan kitab ini, seperti
ringkasan, syarah atau pengalihtulisannya dari jawi kepada tulisan rumi.


Semoga
bermanfaat.



[1] Petikan
daripada muqaddimah karya beliau yang berjudul “ Munyatul Mushalli Syeikh
Daud al-Fathani – Pengetahuan Sembahyang Masyhur
”, terbitan Khazanah
Fathaniyyah, tahun 1991. Dalam rujukan yang sama selanjutnya, akan disebut
dengan “ Munyah Mushalli – Pengetahuan Sembahyang  ….”.


[2] Munyah Mushalli
– Pengetahuan
Sembahyang, hal. 1.


[3] Munyah Mushalli
– Pengetahuan Sembahyang, hal. 151.


[4] Munyah Mushalli
– Pengetahuan Sembahyang, hal-3-4.

[5] Munyah
al-Mushalli– Pengetahuan Sembahyang: Bahagian Isi Kandungan.
Lihat tajuk-tajuk yang diletakkan bagi memisahkan
teks-teks Munyah al-Mushalli. Perlu diketahui edisi asal kitab Munyah
al-Mushalli dalam tulisan Jawi tidak diletakkan tajuk tertentu bagi memisahkan
permasalahan yang dibicarakan.


[6] Dijelaskan
mengenai kemuliaan hari Jumaat, mentakhir solat Jumaat, syarat sah Jumaat hukum
mengiringi sembahyang zohor selepas sembahyang Jumaat.

[7] Disebutkan dalam Munyah al-Mushalli “ Dan setengah
daripada kesempurnaan orang yang memelihara atas sembahyang dan mendirikan dia,
membaikkan memeliharakan segala sunat rawatibnya dan segala sunat yang dituntut
oleh syarak
….” Lihat Munyah Mushalli – Pengetahuan Sembahyang, hal. 107.
Terdapat 25 jenis solat sunat yang disebutkan dalam kitab ini.

[8] Tambahan Syaikh Daud al-Fathani mengenai tanggungjawab pemerintah.

[9] Iaitu Hujjatul
Islam Abu Hamid Muhammad bin Ahmad al-Ghazali (505H), yang terkenal dengan
gelaran Imam al-Ghazali.

[10] Nama penuh beliau
ialah
Syaikh Sulaiman bin Muhammad
al-Bujairimi (1131-1221H).

[11] Kitab ini merupakan kitab hasyiah
(huraian) bagi kitab al-Iqna’ li Hall Alfaz Abi Syuja’ karya Syaikh Muhammad bin Muhammad
 Syarbini al-Khathib (977H).

[12] Beliau ialah al-Syekh Sayyid Muhammad
Syamsuddin Ibn Abu al-Hasan al-Bakri. Beliau adalah seorang tokoh tasawwuf yang
terkenal, Di antara amalan yang dinisbah kepada beliau ialah pengamalan  “Selawat
al-Fatih
”.


[13] Nama penuh beliau ialah Muhammad bin
Yusuf bin ‘Umar al-Sanusi al-Maliki al-Tilmisani (832-895H). Seorang tokoh yang
terkenal dengan gelaran Imam al-Sanusi al-Asy’ari ini merupakan seorang tokoh
terkenal Ahli Sunnah wa Jama’ah, yang mendokong fahaman akidah dari aliran
al-Asya’irah. Di antara karya beliau yang terkenal ialah kitab 
Umm al-Barahin fi al-‘Aqa-id.
[14] Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Syihabuddin Ahmad bin Hamzah
al-Ramli, (919-1004H). Beliau terkenal dengan gelaran Imam al-Ramli al-Shaghir.
Di antara karya beliau ialah Nihayah al-Muhtaj Syarh al-Minhaj.

[15] Beliau ialah Syaikhul Islam al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Haytami al-Sa’di al-Anshari
(974H). beliau adalah seorang tokoh mazhab Syafi’i yang terkenal, yang
menghasil banyak karya ilmiah dalam pelbagai bidang. Antara karya beliau
terkenal dalam bidang fiqh ialah Tuhfah al-Muhtaj,  Syarh al-’Ubab dan  Manhaj al-Qawim .

 

[16] Kitab al-Wasith  adalah sebuah karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad
al-Ghazali (505H). Kitab al-Wasith merupakan rujukan fiqh utama dalam mazhab
al-Syafi’i. Terdapat dua kitab syarah (huraian) bagi kitab al-Wasith yang
diketahui disusun dengan sempurna  oleh
penyusunnya, iaitu
al-Muhith fi Syarh
al-Wasith
karya Muhammad bin Yahya bin Mansur al-Naisaburi dan al-Bahr al-Muhith fi Syarh al-Wasith
karya Ahmad bin Muhammad al-Qammuli. Tidak dipastikan antara kedua-dua kitab
ini yang mana menjadi rujukan  pengarang
kitab
Munyah al-Mushalli.
[17] Beliau ialah Imam Syamsuddin Muhammad bin Ahmad al-Khathib
al-Syirbini al-Qahiri (977H). Di kalangan ulama mazhab Syafi’i beliau dikenali
dengan gelaran Syamsuddin al-Khathib al-Syirbini.

[18] Berdasarkan penelitian saya terhadap sebahagian isi
kandungan kitab Munyah al-Mushalli,
saya dapati ia merupakan terjemahan beberapa petikan dari bab Solat yang
terdapat dalam kitab al-Nasha-ih
al-Diniyyah wa al-Washya al-Imaniyyah
, yang disusun kembali oleh Syaikh
Daud al-Fathani dengan beberapa pengubahsuaian. Hal ini boleh dilihat dari
permulaan kitab Munyah al-Mushalli lagi. Petikan ini hanyalah melibatkan
hikmat dan kelebihan solat sahaja, tidak melibatkan perkara hukum dan kaifiat
solat. Di mana mengenai kaifiat solat Syaikh Daud banyak merujuk kepada
beberapa kitab fiqh sebagaimana yang disebutkan dalam senarai rujukan di atas.
Insya Allah, dengan izin-Nya dalam kesempatan yang lain, saya bercita-cita
untuk memaparkan perkara ini secara bersiri untuk tatapan pembaca.

Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Keimanan

Keimanan

Related Posts

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Next Post

Solat Ketika Junub?

UTAMAKAN MINTA KEBAIKAN AKHIRAT KETIKA BERDOA

Iklan

Recommended Stories

Soto Djiancuk, Soto Djiancuk

09.08.2014
Alamat BCA Bandung KCU A. Yani

Alamat BCA Bandung KCU A. Yani

18.06.2013

Resep Sayur Rebung Santan dan Udang Pedas Enak

03.11.2015

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

Trofi Asli Piala Dunia Dipamerkan di Jakarta

22.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?