
huraian bagi kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah[2]
karya Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi r.h.(676H), iaitu
sebuah kitab yang terkenal, yang menghimpunkan 42 hadis Nabi saw. Isi kandungan
hadis tersebut membicarakan asas-asas penting agama Islam yang perlu diketahui
umat Islam.
oleh al-Imam al-‘Allamah al-Faqih al-Muhaqqiq Syihabuddin Ahmad bin Muhammad
bin Ali bin Hajar al-Haytami (909-974H). Beliau yang lebih dikenali dengan
gelaran Ibnu Hajar al-Haytami ini adalah seorang tokoh mazhab Syafi’i yang
terkenal yang menjadi ikutan di kalangan para ulama Syafi’i yang mutakhir. Di
antara karya beliau yang paling terkenal dalam bidang fiqh ialah kitab Tuhfah
al-Muhtaj, iaitu sebuah kitab huraian bagi kitab Minhaj al-Thalibin karya Imam al-Nawawi.
al-Arba’in yang terbaik, yang menjadi
pilihan dan rujukan utama para ulama terkemudian, khususnya pengikut mazhab
al-Syafi’i dalam menghuraikan matan al-Arba’in al-Nawawiyyah. Dalam kitab ini
Imam Ibn Hajar al-Haytami telah menghuraikan ke semua 42 hadis yang terkandung
dalam kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah. Huraian dan kupasan beliau bagi setiap
hadis begitu meluas dan terperinci sekali sehingga hampir mencakupi ke semua
yang berkaitan dengan hadis tersebut.
(komentar) oleh al-‘Allamah al-Hasan bin ‘Ali al-Madabighi (1177H) melalui
karya beliau yang terkenal dengan judul “Hasyiah al-Madabighi ‘ala al-Fath
al-Mubin (حاشية العلاّمة
الحسن بن علي المدابغي على الفتح.المبين).
oleh Dar al-Minhaj, Beirut, dengan cetakan ke 3, pada tahun 2011 – ketebalan
kitab ini merangkumi 688 halaman.
ini juga ada diterbitkan dengan judul Fath al-Mubin li Syarh al-Arba’in ( فتح المبين لشرح الأربعين).
ringkas mengenai kitab al-Arba’in karya al-Nawawi ini boleh dibaca di pautan
http://abusyahmin.blogspot.com/2013/05/al-arbain-al-nawawiyyah.html








































