
wa Ushul al-Wasail (فروع المسائل وأصول الوسائل) merupakan
sebuah karya seorang tokoh ulama terkenal dari ‘Alam Melayu, iaitual-‘Allamah al-Syaikh
Dawud bin ‘Abdullah al-Fathani (1265H).
Beliau merupakan seorang ulama Nusantara (baca: Asia Tenggara) dari Wilayah Patani,
Thailand[1] yang terkenal dengan banyak karya tulisnya
dalam berbagai bidang ilmu agama. Kitab Furu’ al-Masail ini begitu
terkenal di kalangan ulama dan penuntut ilmu, khususnya dalam bidang fiqh
mazhab Syafi’i di Nusantara. Ia menjadi kitab rujukan dan teks pembelajaran di
masjid-masjid dan pondok-pondok pesantren.
al-Masail[2]…
al-Masail ini merupakan hasil susunan Syaikh Dawud al-Fathani dari beberapa
petikan yang diterjemahkan oleh beliau dari
beberapa kitab berbahasa ‘Arab. Syaikh Dawud
al-Fathani menjelaskan terdapat dua buah karya yang menjadi sumber terjemahan
karya beliau ini, iaitu Fatawa Syams al-Millah wa al-Din (فتاوى شمس الملة والدين) oleh Syaikh
Muhammad al-Ramli[3] (957H) dan Kasyf
al-Litham ‘an As-ilah al-Anam (كشف الثام عن أسئلة الأنام)
oleh Syaikh Hussain bin Muhammad al-Mahalli[4] (1170H),
iaitu dua buah karya besar dalam mazhab al-Syafi’i.
Dawud al-Fathani menyebutkan beliau mulai mengarang karya terjemahan ini mulai
tahun 1254H (1838M) dan di penghujung kitab ini dicatatkan telah diselesaikan
pada Asar hari Khamis tahun 1257H (1841M) di Makkah, iaitu hanya mengambil masa
tiga tahun sahaja. Dalam khutbah kitab ini juga, Syaikh Dawud al-Fathani
menyebutkan sebab beliau mengarang karya ini;
fikirku bahawa aku hendak pungut akan beberapa soalan yang seperti mutiara dan
manikam dan beberapa jawabnya yang seperti mutiara yang dinazamkan dia pada
tali segala ibarat dan beberapa furu’ yang indah-indah pada bicara hukum furu’
syar’iyah.”
metod atau model penulisan tersendiri, iaitu berbentuk soal jawab fiqh terutama
dalam perkara-perkara furu‟ (cabang). Malah, Furu’ al-Masail adalah
karya pertama dihasilkan di Alam Melayu dalam bentuk soal jawab. Reka bentuk
model yang sama kemudiannya diikuti oleh Syaikh Zain al-Abidin bin Muhammad
al-Fathani (Tuan Minal) dalam menghasilkan kitab Kasyf al-Litham[5]. Sehingga
sekarang, hanya dua karya ini sahaja yang mempunyai model atau reka bentuk
penulisan tersebut dan seni sebegini sukar ditemui dalam karya-karya lain.
al-fiqh) dengan jilid satu bermula dengan Kitab Pada Menyatakan Thaharah
dan diakhiri dengan Kitab Pada Menyatakan Hukum Berburuan dan Menyatakan
Sembelihan. Jilid kedua pula dimulai dengan Kitab Pada Hukum Jual Beli
dan diakhiri karya ini dengan Kitab Pada Menyatakan Merdeka.
oleh beberapa beberapa syarikat percetakan,
sama ada di Timur Tengah maupun di Nusantara. Berdasarkan cetakan
Kaherah akhir jilid kedua, pentashihnya Uthman Salih al-Azhari menyebutkan:
al-Masail yang mengandungi segala perkara yang bergantung dengan hukuman fiqh
yang diambil dari kata beberapa ulama yang dahulu-dahulu dan yang dinaqalkan
daripada bermacam-macam kitab, iaitu karangan al-‘Alim al-‘Allamah al-Syaikh
Dawud ibn Abd Allah Fathani.”
dicetak dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan di Malaysia, Thailand
dan Indonesia.
Rumi….
Dalam koleksi saya, ada sebuah kitabFuru’ al-Masail versi Rumi-nya. Ia
diterbitkan Telaga Biru berdasarkan susunan semula oleh oleh Shahibul Fadhilah Datuk Abu Hasan
Din al-Hafiz.
penyusunan buku ini Datuk Abu Hasan al-Hafiz ini telah membuat beberapa
pengubahsuaian terhadap susunan dan bahasa yang digunakan dalam kitab asalnya.
Oleh itu, buku ini bukanlah sekadar pengalihan tulisan Jawi kepada tulisan
Rumi, kerana telah berlakunya pengubahsuaian teks asalnya. Boleh dikatakan
kandungan buku ini merupakan kandungan kitab Furu’ al-Masail berdasarkan
kefahaman penyusunnya (Datuk Abu Hasan al-Hafiz). (Insya Allah, jika ada kesempatan saya ingin buat sedikit catatan mengenai buku ini)
bermanfaat.
yang berdaulat – Negara Patani Darul Salam – sebelum jatuh di bawah jajahan Thailand.
Jawi).
ialah Imam Syamsuddin, Muhammad bin Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad al-Ramli al-Munufi
(919-1004H).
tokoh yang digelarkan dengan Imam al-Ramli, iaitu;
al-Ramli (957H). Beliau adalah
bapa kepada Imam Syamsuddin Muhammad al-Ramli di atas. Dalam kitab-kitab fiqh
mazhab Syafi’i, nama beliau biasanya disebutkan sebagai Syihabuddin al-Ramli
/ al-Syihab al-Ramli atau al-Ramli al-Kabir, bagi membezakannya dengan
anak beliau. Di antara karya beliau ialah Hasyiah ‘ala Asna al-Mathalib, Syarh
‘ala al-Sittin Mas-alah, al-Fatawa (Fatawa al-Ramli) dan Syarh Manzhumah Ibn
al-‘Imad.
(919-1004H), iaitu anak kepada tokoh di atas. Beliau adalah pengarang kitab
fiqh Nihayah al-Muhtaj Ila Syarh al-Minhaj yang terkenal itu. Oleh itu,
jika disebutkan dalam kitab fiqh mazhab Syafi’i, – Syamsuddin al-Ramli /al-Syams
al-Ramli / Syams al-Millah wa
al-Din / Syams al-A-immah wa al-Din– atau Jamaluddin al-Ramli /al-Jamal al-Ramli – biasanya
ia merujuk kepada Imam al-Ramli yang kedua ini.
Beliau juga dikenali sebagai al–Syafi’i al-Shaghir.
ini sebenarnya merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan fatwa-fatwa Imam
Syihabuddin Ahmad al-Ramli (Ramli al-Kabir) yang disusunkan kembali oleh anak
beliau Imam Syamsuddin Muhammad al-Ramli dalam sebuah kitab. Oleh itu,
kebiasaannya – penulis yang memetik
fatwa dalam kitab ini akan menyebut; “ Menurut Imam Syihabuddin al-Ramli dan
diikuti oleh anaknya Imam Syamsuddin al-Ramli dalam kitab al-Fatawa-nya ”. Wallahu
a’lam.
al-Mahalli al-Mishri (1170H. Di antara karya beliau ialah;
- Mazid al-Ni’mah li-Jam’i Aqwal
al-Aimmah - Kasyf
al-Litsam ‘an As-ilah al-Anam (kitab yang menjadi rujukan Syaikh Dawud
al-Fathani) - al-Kasyf
al-Tam ‘an Irts Zawi al-Arham.
dikongsi maklumat juga, terdapat seorang lagi ulama terkenal dalam mazhab
Syafi’i yang digelarkan dengan al-Mahalli, iaitu Imam Jalaluddin Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim bin
Ahmad bin Hasyim al-Mahalli al-Mishri (791-864H). Di antara karya beliau ialah;
Kanz
al-Gharibin – Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin.
Sebahagian
dari Tafsir al-Jalalain.
al-Lami’ ‘ala Jam‘i al-Jawami’.






































![[Lirik+Terjemahan] Yuzu – Tomo ~Tabidachi no Toki~ (Teman ~Ketika Kita Melakukan Perjalanan~)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/Yuzu-Tomo.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)

