Kitab al-Muharrar fi al-Hadits (الـمـحـرر في الـحـديـث ) adalah karya al-HafizhSyamsuddin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Qudamah al-Maqdisi, yang lebih
dikenali dengan Ibn Abdul Hadi (705-744 H).
seorang ulama yang berpengalaman walau umurnya tidaklah panjang, iaitu lebih
kurang 40 tahun. Beliau terkenal sebagai penganalisa yang hebat, ulama yang
manpan dalam ilmunya, cerdas, dan memiliki fiqh yang bagus.
antara barisan guru-guru beliau yang utama adalah dari kalangan ulama hebat
seperti Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah (728H), al-Hafiz al-Mizzi (742H), dan
al-Hafiz al-Dzahabi (748H).
Imam al-Dzahabi yang juga guru beliau:
Ibn ‘Abdil Hadi adalah seorang ulama yang tiada duanya, seorang hafiz
(penghafal hadis) yang luas ilmunya, penganalisa para rawi hadis, memahami
‘illat (cacat-cacat) dalam periwayatan hadis, seorang yang mahir, suka
menghimpun dan mengambil faedah, sibuk menghabiskan waktunya untuk menela’ah,
mengkaji hadis, mendalami fiqh, ushul fiqh, dan ilmu nahwu. Bahkan beliau
memiliki ilmu yang luas dan pemikiran yang genius.” (al-Dzahabi, Tazdzkirah al-Huffaz,
4/201-202)
salah seorang ulama segenerasi dengan beliau, al-Hafizh Ibnu Katsir r.h (774H):
mulia, banyak ilmunya, pintar, manpan dalam pelbagai disiplin ilmu. Beliau
bahkan telah memperolehi banyak sekali ilmu yang belum mampu digapai oleh para
ulama terkemuka. Beliau mahir dalam ilmu hadis, nahwu, shorof, fiqh, tafsir,
ushul fiqh, tarikh (sejarah), dan qira’at. Beliau juga memiliki banyak
karya tulis dan catatan yang mengandungi faedah yang melimpah. Beliau mampu
menghafal nama-nama perawi hadis dengan baik, menguasai selok-belok sanad
hadis, menguasai ilmu al-Jarhu wa al-Ta’dil dan ‘illat
(cacat-cacat) hadis, faqih, bagus hafalannya, dan fikirannya lurus.” (Ibn.
Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 18/467)
Ibnu Katsir lagi, “Beliau memiliki pemahaman yang benar, teguh di atas jalan
salaf, mengikuti al-Qur’an dan al-Sunnah, serta banyak amal kebaikannya.” (Ibn.
Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 18/467)
Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah (795H) berkata, “Ibn ‘Abdil Hadi telah
menggoreskan tintanya dengan hasil tulisan yang bagus, teliti, dan banyak.
Beliau juga telah menyusun pelbagai karya tulis, sebahagiannya telah tersusun
lengkap sempurna, manakala sebahagian lagi belum sempat disiapkan kerana
terhalang oleh kematiannya di usia yang cukup muda pada umur 40 tahun.”
hari kewafatannya, al-Hafiz al-Dzahabi menangisinya seraya berkata, “Tidaklah
aku berkumpul bersama dengannya melainkan pasti aku mengambil faedah (ilmu)
daripadanya, semoga Allah merahmatinya.” (Tadzkiratul Huffaz, 5/32)
Ringkas Kitab al-Muharrar karya Imam Ibn ‘Abdil Hadi.
ini berjudul al-Muharrar fi al-Ahkam, manakala sebahagian lagi menyatakan
judulnya adalah, al-Muharrar fi al-Hadiits. Ia juga ada digabungkan perkataan hadits dan ahkam menjadi al-Muharrar fi Ahadits al-Ahkam. Dikenal dengan sebutan “al-Muharrar”
oleh para ulama yang menulis biografi beliau seperti al-Hafizh Ibnu Rajab, al-Hafizh
Ibnu Hajar al-‘Asqalani, al-Suyuthi, dan al-Syawkani rahimahumullaah.
ini adalah sebuah kitab fiqh hadis yang mudah dan ringkas. Methodenya santai,
dan mudah dituai faedahnya oleh pelbagai lapisan masyarakat, baik dari kalangan
awam, penuntut ilmu, apatah lagi para ulama. Ada ulama menyebutkan kitab
al-Muharrar ini merupakan ringkasan dari kitab al-Ilmam karya Ibnu al-Daqiq
al-‘Iyd.
menyusun kitab-kitab, bab-bab, dan hadis-hadisnya sesuai dengan urutan fiqh
untuk memudahkan para pembaca ketika membuat telahan, penelitian, dan semakkan.
Penulis menjelaskan kedudukan hadis-hadisnya sama ada sahih, hasan, atau dha’if
dengan ketetapan para ulama yang kredibel. Dan adakalanya beliau membahasnya
secara ilmiah. Penulis menyebutkan ‘illat hadis jika ada berserta
masalah sanadnya jika perlu.
yang penulis himpun dan bahaskan dalam kitab ini berasal dari perbendaharaan
kitab-kitab hadis yang masyhur seperti Musnad Ahmad, al-Shahihain (al-Bukhari
dan Muslim), kitab-kitab Sunan yang empat, Shahih Ibnu Khuzaimah dan Ibnu
Hibban,al-Mustadrak karya al-Hakim, al-Sunan al-Kubra oleh al-Nasaa’i, dan al-Baihaqi,
serta yang lainnya.
Hadi) pada mukaddimahnya. Kebanyakan
bab diawali dengan hadis yang terdapat dalam al-Shahihain atau salah
satu dari keduanya, kemudian diikuti dengan hadis-hadis yang terdapat dalam al-Sunan
atau selainnya, agar hadis-hadis sahih tersebut menjadi pedoman utama dalam
sesebuah bab, manakala hadis-hadis yang lainnya bersifat sebagai pendukung dan
pelengkap. Penulis
menyebutkan hadis-hadis sahih bagi setiap permasalahan, apabila ternyata tidak
didapati hal tersebut, maka penulis mengambil dalil dari atsar (riwayat
atau fatwa-fatwa dari kalangan sahabat). Apabila ada hadis yang memiliki
riwayat yang lain atau penguat maka penulis akan memberi isyarat secara langsung
atau tidak langsung. Dengan begini, maka banyak sekali faedah yang terhimpun di
dalamnya.
kitab-kitab fiqh dan hadis secara umum, kitab ini dimulakan dengan perbahasan
tentang thaharah seperti bab: air, bejana, siwak, mandi, wudhu’, tayammum,
hadats, haidh, dan lainnya. Kemudian bab solat, bab jenazah, zakat, haji,
buruan dan sembelihan, makanan dan minuman, nadzar, jual-beli, rampasan dan
syuf’ah, fara’id dan wala’, memerdekakan hamba, kitab nikah, thalaq, ila’ dan
zhihar, sumpah, li’an, ‘iddah, radha’ (penyusuan), hadhonah (asuhan anak-anak),
kitab nafkah, hutang, diyat, hukum had/hudud, ta’dzir, qadha’ (perundangan dan
kehakiman), persaksian, jami’, dan diakhiri atau ditutup dengan kitab
(perbahasan) tentang perubatan (al-Thib).
methode himpunan hadis-hadisnya yang memiliki kemanfaatan yang besar,
Universiti Islam di Madinah telah menetapkannya sebagai teks atau matan hadis
yang perlu dihafal oleh para pelajarnya. Demikian juga Syaikh al-Albani
rahimahullah (1420H) yang merupakan tokoh hadis kontemporari, beliau turut
mewasiatkan agar para penuntut ilmu menghafalkannya.
al-Muharrar telah diterbitkan….
- Cetakan dengan tahqiq Syeikh
Abdul Mannaan Abdul Lathif al-Madani seorang peneliti di Markas Bin Baaz
untuk penelitian Islam (Markaz al–‘Alamah
bin Baaz Li al-Dirasaat al-Islamiyah) di Jami’ah Ibn Taimiyah di
India. Beliau telah berbicara tentang karakteristik dan manhaj penulis
kitab ini dalam Muqadimah beliau dalam tahqiq kitab ini. Kitab
ini dicetak markaz dan diterbitkan Daar al-Daa’i. Kitab ini dicetak pada Rabi’
al-Awal tahun 1422 H. dalam dua jilid di bawah pengawasan Dr. Muhammad
Luqmaan al-Salafi. Jumlah halamannya 920 halaman dengan jumlah hadits 1320
hadits. Keistimewaan cetakan ini adalah adanya keterangan faidah dan
komentar ilmiyah terhadap hadits-hadits tersebut yang diambil pentahqiq
dari kitab-kitab syarah hadits yang terkenal seperti al-Minhaaj
(Syarah shahih Muslim) karya imam al-Nawawi, al-Ikmaal karya
al-Aabi, Fathu al-Baari, ‘Aun al-Ma’bud, Tuhfat al-Ahwadzi,
Subul al-Salam dan Taudhih al-Ahkam serta kitab lainnya dari
karya-karya para ulama lainnya. Beliau namakan komentar-komentar beliau
ini dengan ‘Aun al-Mughits Fi Syarhi al-Muharrar fi al-Hadits.
2.
Cetakan dengan tahqiq Syeikh Muhammad bin Ahmad al–Muzaini al–Maaliki.
- Cetakan Syeikh Dr. Yusuf Abdur Rahman al-Mar’asyli
dan Muhammad Salim Samaarah serta Jamaal Hamdi al-Dzahabi dan di cetak di
Daar al-Ma’rifah, Libanon tahun 1421 H dalam satu jilid tebal jumlah
halamannya dengan indek 848 halaman.
- Cetakan Syeikh Saliem bin ‘Ied al–Hilaali dicetak tahun
1425 H di Daar Ibnu Hazm di Libenon dalam tiga jilid ditahqiq
dengan membandingkan lima manuskrip.
kitab al-Muharrar dalam bahasa Indonesia..

Indonesia dengan judul Ensiklopedi Hadits-hadits Hukum. Karya terjemahan
setebal 1506 halaman ini telah diterbitkan Darus Sunnah, Indonesia berdasarkan kitab
al-Muharrar yang telah ditahqiq dan disyarah oleh Abdul Mannan bin ‘Abdul
Lathif al-Madani.
terjemahan kitab ini, ia akan menambahkan lagi manfaat dan khazanah ilmiyah
buat masyarakat.
Kitab al-Muharrar edisi Arab dalam word boleh didownload di DOC .










































