Kitab al-Iydhahfi al-Manasik (الإيضاح في المناسك) atau disebutkan oleh pengarangnya Imam Muhyiddin Yahya
bin Syaraf al-Nawawi (631-676H) sebagai al-Iydhah fi Manasik al-Haj wa al-‘Umrah
merupakan sebuah kitab fiqh yang disusun secara khusus mengenai ibadat haji dan
umrah.
pengenalan ringkas kitab ini, yang saya petik dari muqaddimah kitab al-Iydhah sebagaimana
yang diterangkan sendiri oleh Imam al-Nawawi.
……………………. Dalam menyusun kitab ini kami
sudah berusaha dengan semaksimun mungkin untuk mengumpulkan kajian yang kami
anggap penting dengan memerhatikan keindahan gaya bahasa serta penjelasan yang
menarik, di mana kajian tersebut adalah kajian yang berhubungkait dengan system
melaksanakan ibadat haji dengan efektif, iaitu dengan menjelaskan tempat-tempat
yang menjadi tujuan para jemaah haji, serta kami berusaha melengkapkan kitab
ini dengan permasalahan yang diperlukan oelh pembaca, baik masalah asas mahupun
masalah yang tidak begitu penting. Untuk itu tidak selayaknya apabila para
calon jemaah haji sampai tidak mengkaji kitab ini, kerana perbahasan kitab ini
adalah berkiasar pada masalah-masalah yang sudah lazim terjadi dengan
penjelasan yang detail dan nyata yang bertujuan agar pemahaman calon jemaah
haji tidak kabur lagi terhadap segala permasalah yang berhubungkait dengan
ibadat haji dan tidak perlu bertanya lagi pada orang lain tentang kes-kes yang
sering berlaku ketika waktu melaksanakan ibadat haji.
Satu-satu
galakan menyusun kitab ini adalah agar seseorang yang telah mengkaji kitab ini
tidak lagi memerlukan fatwa daripada orang lain tentang sesuatu yang
diperlukan. Kami berusaha untuk mengemukakan semua permasalahan yang asasnya
terdapat dalam al-Quran dan hadis, lalu kami sengaja membuang beberapa dalil
yang terlalu panjang agar kitab ini tidak terkesan efektif dan praktis dan agar
tidak menimbulkan pemikiran yang berlebihan. Jelasnya, kami telah berusaha
untuk menekankan pada teks agar mudah dan praktis sehingga mudah difahami oleh
orang ramai serta tetap berfungsi bagi orang yang berwawasan sempit mahupun
yang berwawasan luas.
kitab[1] yang dikarang oleh Syaikh al-Imam Taqiyuddin Abu ‘Amru Ibn al-Shalah
(643H). Kitab yang indah, isi kandungannya mengenai konsep melakukan ibadat
haji. Tujuan-tujuan yang ditulis dalam kitab tersebut kemudiannya kami
pindahkan ke dalam kitab al-Iydhah ini.. Kemudian kami tambah sedikit
penjelasan agar lebih menarik dan bai, dan terkadang kami tambah dengan
penjelasan yang agak banyak kerana kami berharap para pembaca tidak cepat bosan
dan menambah minat para calon jemaah haji untuk mengkajinya. ……Dalam perbahasan
ini kami jelaskan tentang isi yang terkandung dalam kitab ini, iaitu dalam
lapan bab…”
Kemudian Imam al-Nawawi menyenaraikan setiap bab tersebut dengan menyebutkan secara ringkas permasalahan yang dibincangkan.
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1496
Semoga bermanfaat.
Judul kitab karya Ibn al-Shalah ialah . Shilah al-Nasik fi Shifah al-Manasik (صلة الناسك في صفة المناسك).









































