Hadis40 (Terjemahan dan Syarahnya) merupakan karya Ustaz Mustafa Abdul Rahman, salah
seorang ilmuan Malaysia yang banyak menyumbang kepada perkembangan dakwah dan
ilmu-ilmu Islam. Karya ini merupakan huraian kepada hadis-hadis yang dikumpulkan
oleh Imam al-Nawawi dalam bukunya “al-Arba’in”. Buku
Hadis 40 menjadi antara rujukan utama kepada masyarakat Islam di Malaysia untuk
memahami teks-teks hadis, selain Mastika Hadis, terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Buku Hadis 4o karya Ustaz Mustafa Abdul Rahman ini menjadi teks kuliyyah di
masjid-masjid, malah ia juga dijadikan teks usrah di kalangan pelajar di sekolah-sekolah
dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi.
Abdul Rahman dilahirkan di Gunung Semanggol, Perak pada tahun 1918 dalam sebuah
keluarga yang berketurunan ulama. Bapanya, Abdul Rahman bin Mahmud merupakan
lulusan Universiti al-Azhar dan pernah menuntut di Masjidil Haram, Mekah.
Setelah kembali ke tanahair, Abdul Rahman membuka sebuah pusat pengajian agama,
iaitu Pondok al-Rahmaniah di Gunung Semanggol. Beliau banyak meyumbangkan
tenaga dan idea dalam perkembangan dakwah dan keilmuan Islam di Malaysia. Sumbangannya
disalurkan menerusi penulisan karya-karya, di samping penglibatan secara
langsung dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau meninggal dunia di Gunung
Semanggol pada 28 Oktober 1968 bersamaan 6 Syaaban 1338H ketika berusia 51
tahun.
Buku HadisEmpat Puluh (Terjemahan dan Syarahnya) adalah salah sebuah karya hadis
Ustaz Mustafa yang masyhur dan mendapat tempat yang baik dalam kalangan masyarakat
sehingga kini. Pada asalnya buku ini ditulis dengan tulisan jawi dan dicetak buat
kali pertama pada tahun 1964 sebagaimana catatan pengarang dalam ‘Kata Penyusun’.
Manakala edisi rumi diterbitkan kali pertama pada Oktober 1989 untuk memenuhi
permintaan masyarakat serta meluaskan sasaran pembaca kepada golongan yang
tidak mahir dalam tulisan jawi. Di samping itu, penerbit juga membuat beberapa tambahan
penjelasan yang tertinggal dalam edisi jawi. Edisi rumi ini dicetak kali kedua pada
tahun 1991, diikuti 1996, 1998 dan 2001.
menjelaskan bahawa tujuan penghasilan buku ini ialah sebagai satu usaha menghidupkan
dan memperkembangkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kalangan umat Islam di
Malaysia. Justeru itu, beliau memilih karya Imam al-Nawawi atau Muhy al-Din Abu
Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (m.676H), iaitu Matn
al-Arba’in al-Nawawiyah untuk
diterjemahkan dan dihuraikan hadis-hadisnya. Meskipun karya ini hanya memuatkan
42 buah hadis, namun hadis-hadis ini mempunyai kepentingan yang tersendiri,
terutama dari aspek kaedah dan sumber hukum-hukum Islam. Malah kebanyakannya
adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, atau salah
seorang daripada mereka, justeru kedudukan hadis-hadis ini adalah sahih dan
tidak diragui lagi darjatnya. Terdapat juga hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi
yang dijelaskan darjatnya sebagai hadis hasan
sahih, iaitu hasan
lagi sahih. Faktor-faktor
inilah yang mempengaruhi pemilihan Matn al-Arba’in oleh Ustaz Mustafa.
Sistematika
Penulisan Buku
dalam buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengupas empat
topik penting dengan kata kunci: Pendahuluan Ilmu Hadith (membentangkan sejarah
pembukuan hadis dan kedudukan hadis sebagai sumber perundangan Islam); hadis,
perbezaan antara hadis dan hadis Qudsi, beberapa istilah dalam kajian hadis seperti
sanad,
isnad, musannid, matan, riwayat,
muhaddith, hakim
dan hujjah). Bahagian-bahagian nama hadis
(Mutawatir,
masyhur, sahih, hasan,
da’if,
marfu’, mawquf,
mursal, muttasil,
mahfuz, jayyid, mujawwad dan thabit,
mawduc). Pengarang mengemukakan
bahagian ini dengan tujuan untuk mendedahkan maklumat penting kepada pembaca
berkaitan ‘Ulum al-Hadith, terutama istilah-istilah penting dalam penentuan
darjat hadis serta menekankan kepentingan ilmu ini kepada ahli-ahli agama yang
ingin mendalami hukum-hukum Islam. Seterusnya beliau memperkenalkan secara
ringkas riwayat hidup imam-imam hadis yang termasyhur, iaitu pengarang Kutub
Sittah, dan biografi ringkas Imam al-Nawawi.
kedua pula memuatkan terjemahan dan huraian kepada 42 hadis pilihan yang terdapat
dalam Matn al-Arbacin
al-Nawawiyyah. Pengarang memulakan bahagian ini dengan terjemahan mukadimah yang
ditulis oleh Imam al-Nawawi dalam kitab tersebut.
Hadis 40
Mustafa menyenaraikan tujuh belas buah kitab yang menjadi rujukannya dalam menghuraikan
hadis. Rujukan ini meliputi karya-karya cUlum al-Hadith,
Syarh al-Hadith dan bidang-bidang ilmu lain, iaitu:
oleh Muhammad ‘Abd al-‘Aziz al-Khawli
al-Dibaj al-Madhahib, oleh Syams al-Din Muhammad Hanafi al-Tabarzi
Dhawi al-Nadr, oleh Muhammad Mahfuz Abdullah al-Tirmidhi
Hasan al-Mas’udi
al-Mutalib, Syeikh Muhammad bin Sayyid Darwis
al-Mawdu’at, oleh Muhammad Tahir bin Ali al-Hindi
Matn al-‘Arba’in al-Nawawiyyah
al- al-Arba’in, oleh Ahmad Ibn Hajar Haytami
al-Saniyyah, oleh Ahmad bin Syeikh Hijazi
Ahmad bin Rajab al-Hanbali
oleh Muhammad Ahmad al-‘Adwi
al-Tawhid, oleh Muhammad Ahmad al-‘Adwi
Ahmad bin Yahya al-Syafi’i
al-Muslim, oleh Muhammad al-Ghazali
al-Islam, oleh Yusuf al-Qaradawi
‘Abd al-Fattah Thabbarah
al-Nawawi, oleh Syeikh ‘Ala’ al-Din Ibn al-‘Attar
tidak menyatakan secara jelas pendapat-pendapat yang dipetik dan di mana pula
beliau meletakkannya, justeru menyukarkan pembaca mengesan bahan rujukan yang
digunakan. Walau bagaimanapun, kajian ini mendapati beliau telah memanfaatkan
sepenuhnya rujukan ini dalam menghuraikan hadis-hadis dan mengetengahkan
pengajarannya kepada pembaca.
Huraian Hadis 40
Mustafa Abdul Rahman telah menggunakan metodologi penghuraian hadis yang lebih
kurang sama dengan penulis-penulis lain. Terdapat 10 kaedah yang diaplikasikan oleh
beliau, iaitu:
Mengemukakan matan hadis dan terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu moden
dengan penyampaian yang mudah dan ringkas. Kemudian beliau menyatakan sumber
hadis secara ringkas.
Memperkenalkan latar belakang perawi secara ringkas.
Menyatakan nilaian hadis atau kepentingan dan fadilat hadis.
Menghuraikan hadis berdasarkan tema-tema penting.
Mengemukakan dalil-dalil dari al-Qur’an dan Hadis-hadis serta pelbagai pendapat
‘ulama yang berkaitan dengan isu bagi memperkuatkan huraian dan penerangan.
Menyatakan sumber surah dan ayat al-Qur’an secara konsisten, tetapi sebaliknya
ketika memetik hadis-hadis dan athar-athar lain beliau hanya menyatakan sumber
secara ringkas bagi sebahagian hadis.
Memperkenalkan latar belakang ulama secara ringkas.
Menerangkan maksud perkataan dari sudut bahasa dan istilah.
Mendatangkan contoh yang mudah bagi menjelaskan sesuatu isu atau perkara.
Merumuskan isi-isi dan mengemukakan pengajaran/kefahaman (fiqh al-hadith) yang
boleh dimanfaatkan oleh pembaca daripada hadis tersebut
dan pengarangnya, sila download dan baca
artikel berikut: Metodologi Mustafa
Abdul Rahman Dalam Huraian Hadis 40. Catatan saya di atas merupakan
petikan dari artikel ini. Semoga bermanfaat.






































