
Kitab Manhaj al-Thullab adalah karya Syaikh al-Islam al-Imam Abu Yahya,
Zakariyya bin Muhammad bin Ahmad bin Zakariyya al-Anshari al-Sunayki al-Mishri (826-926H).
Manhaj al-Thullab merupakan ringkasan kepada kitab Minhaj al-Thalibin
karya al-Imam Muhyiddin Abu Yahya Zakariyya bin Syaraf al-Nawawi.
Zakariyya al-Anshari telah melakukan proses
permurnian pada kitab tersebut dengan membuang beberapa permasalahan khilaf
yang dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi dan hanya mengekalkan pendapat-pendapat
yang muktamad sahaja. Di samping itu juga, beliau turut mempermudahkan bahasa
yang terkandung di dalamnya. Hasilnya, kitab ini mendapat sambutan yang amat
baik oleh para alim ulama. Seterusnya pengarang sendiri telah melakukan huraian
(syarh) terhadap kitab Manhaj al-Thullab itu dan diberi judul Fath
al-Wahhab Bi Syarh Manhaj al-Thullab.
http://www.feqhup.com/uploads/13284728093.pdf





































