
Kitab Mughni al-Muhtaj ini mendapat sambutan yang mengalakkan untuk dipelajari dan dirujuk kerana pengarang menggunakan bahasa yang mudah serta membahaskan satu-satu topik itu dengan menarik. Pandangan-pandangan fiqh beliau adalah antara yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i. Namun begitu, pandangan-pandangan beliau ini dikira muktamad untuk difatwakan jika sekiranya sesuatu masalah itu tidak disentuh dalam karya-karya al-Imam Ibn Hajar al-Haytami, al-Imam Syams al-Din al-Ramli dan al-Shaykh Zakariyya al-Ansari.
Sekadar maklumat yang diperolehi, kitab Mughni al-Muhtaj ini mempunyai dua kitab hasyiahnya, iaitu;
a) Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj (حاشية على مغني المحتاج), karya Imam Syamsuddin Muhammad al-Syarbini al-Khathib sendiri.
b) Hasyiah ‘ala Mughni al-Muhtaj (حاشية على مغني المحتاج), karya Syaikh ‘Umar Bajanid, Mufti Mazhab Syafi’i di Makkah pada zamannya.





































