Kitabal-Tanbih merupakan sebuah rujukan fiqh utama dalam Mazhab al-Syafi’i. Ia
merupakan sebuah karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Kitab al-Tanbih
disusun sebagai ringkasan kitab al-Ta’liqat karya al-Qadhi Abu Hamid al-Isfirayini (344-406H). Di mana kitab al-Ta’liqat pula merupakan huraian bagi kitab al-Mukhtashar karya al-Imam al-Muzani (246H)
Di samping kitab al-Tanbih, beliau juga mempunyai sebuah kitab lagi yang
masyhur menjadi rujukan utama dalam Mazhab al-Syafi’i, iaitu Kitab al-Muhazzab.
al-Nawawi r.h telah mengkategorikan Kitab
al-Tanbih dalam lima kitab rujukan utama mazhab al-Syafi’i, iaitu;
- Mukhtashar al-Muzani, karya
Abu Ibrahim al-Muzani, - al-Muhazzab, karya Abu Ishaq al-Syairazi
- al-Tanbih, karya Abu Ishaq
al-Syairazi, - al-Wasith, karya Abu Hamid al-Ghazali,
- al-Wajiz, karya Abu Hamid al-Ghazali.
Manhaj Penyusunan
Kitab al-Tanbih
al-Tanbih disusun dalam bentuk matan yang ringkas, tetapi meliputi berbagai
tajuk penting dalam ilmu fiqh. Secara umumnya Abu Ishaq al-Syirazi telah membahagikan Matan al-Tanbih kepada beberapa kitab dan bab
dalam menghuraikan isi kandungannya. Berikut antara manhaj penyusunan kitab
al-Tanbih;
- Kandungan al-Tanbih dibahagi
kepada 14 Kitab: iaitu al-Thaharah, al-Shalah, al-Jana-iz, al-Zakat,
al-Shiyam, al-Haj, al-Buyu’, al-Fara-idh, al-Nikah, al-Aiman, al-Nafaqat,
al-Jinayat, al-Aqdhiyah, dan al-Syahadat. Setiap kitab pula mengandungi
beberapa buah bab. Manakala setiap bab pula mengandungi beberapa masalah
yang berkaitan dibincangkan. - Kandungan al-Tanbih disusun
dalam bentuk ringkasan terhadap beberapa masalah utama dalam bab fiqh.
Beliau telah menerangkan metod penyusunan al-Tanbih dalam muqaddimahnya: “ Kitab ini merupakan sebuah ringkasan
(mukhtashar) dalam usul Mazhab al-Syafi’i r.’a ”. - Setiap perbahasan kandungan
al-Tanbih tidak disertakan dengan dalil. Ini merupakan kaedah biasa bagi setiap
kitab yang disusun dalam bentuk matan ringkas. - Tidak disebutkan pengertian
setiap bab dengan pengertian dari sudut istilahnya. - Dalam beberapa masalah yang
dibincangkan, penyusun kadangkala menyebutkan beberapa pendapat ulama,
namun beliau tidak menyebutkan nama ulama tersebut. - Penyusun ada menshahihkan
beberapa pendapat ulama dalam beberapa masalah, namun ia sangat sedikit
sahaja.
Kitab-kitab yang
disusun berkaitan dengan kitab al-Tanbih.
ulama selepas Abu Ishaq al-Syirazi telah menyusun beberapa buah kitab yang
berkaitan dengan Matan al-Tanbih sama ada berbentuk huraian (syarah), ringkasan
(mukhtashar), nadzam, nukat, tashhih, ta’liqah dan tahrir. Berikut antara
kitab-kitab tersebut, yang disusun mengikut susunan tahun wafat pengarangnya.
kitab al-Tanbih:
al-Tanbih,
sebuah syarah yang ringkas – karya al-Imam Abu al-Hasan Muhammad bin Mubarak
Muhammad al-‘Ukbari, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Khall al-Syafi’i (552H).
bin al-Imam Musa bin Yunus al-Mawshuli (622H).
Syarh Shayin al-Din ‘Abdul ‘Aziz
bin ‘Abdul Karim al-Jili (632H).
al-Munziri al-Syafi’i (656H).
‘Umar al-Syirazi (685H). Beliau telah mensyarahkannya dalam 3 jilid yang agak
tebal.
fi Syarh Tanbih Abi Ishaq,
karya al-Imam Kamal al-Din Ahmad bin ‘Isa bin Ridhwan al-‘Asqalani (689H), yang
terkenal dengan nama ‘ al-Qalyubi ’. Beliau mensyarahkannya dalam 12 jilid.
al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdullah al-Thabari al-Makkiy (694H).
li Dar-i al-Taqlid,
karya al-Imam Taj al-Din Abdul Rahman bin Ibrahim (690H), yang terkenal dengan
‘ al-Farkah al-Syafi’i ’. Beliau tidak
sempat menyempurnakan syarahnya.
Karim bi ‘Ali al-‘Iraaqi al-Syafi’i (704H).
al-Nabih, karya al-Imam Najm al-Din Ahmad bin Muhammad
bi ‘Aliy, yang terkenal dengan ‘ Ibn al-Rif’ah ’ (710H).
bin ‘Abdul Mun’im bin Hasan al-Syaibi (720H).
al-Nabih fi Syarh al-Tanbih,
karya al-Syeikh Majd al-Din bin Isma’il
bin ‘Abdul ‘Aziz al-Sankalumi al-Syafi’i
(740H).
Ibrahim al-Munawi (746H).
Abdul Kafiy al-Subki (747H).
Syarh al-Tanbih,
karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bi Aliy bi al-Mulqan al-Syafi’i (804H).
Bakr bin Ahmad, yang terkenal dengan ‘ Qadhiy Syahbah al-Syafi’i al-Dimasyqi ’
(851H).
Syarh al-Tanbih,
karya al-Imam Jalal al-Din Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Sayuthi (911H). Beliau
tidak sempat menyempurnakan syarahnya.
Mukhtashar / Ringkasan Tanbih
fi Ikhtishar al-Tanbih,
karya Taj al-Din Abdul Rahim bin Muhammad al-Mawshuli (761H).
bin Ahmad al-Mahalli (864H).
al-Nabih fi Talkhis al-Tanbih,
karya al-Imam Muhib al-Din Abu al-‘Abbas Ahmad al-Thabari (694H),
Mas’ud al-Tanukhi.
Abdul Rahim al-Baruzi al-Hamawi al-Syafi’I ( 738H).
Nazham bagi Kitab al-Tanbih;
Abdullah bin Abu Zuwid al-Syaibani
al-Yamani.
al-Siraj (500H)
bin Ahmad al-Diriy (697H).
Salim al-Azra-iI (731H),
al-Nazih fi Nuzhum al-Tanbih
, karya Syihab al-Din Ahmad bin Saif al-Din al-Dzahiri (753H)
Sa’id al-Damiri (694H).
Nukat
bagi Kitab al-Tanbih;
al-Faqih , yang terkenal dengan ‘ Ibn Abu al-Saif ‘ (609H).
‘ala al-Tanbih,
karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Muhib al-Din Ahmad bin Abdullah al-Thabari (694H).
bin Ahmad al-Nasyani al-Qahiri (757H).
bagi al-Tanbih:
- al-‘Umdah
fi Tashhih al-Tanbih,
karya al-Imam al-Nawawi. - Irsyad
al-Nabih ila Tashhih al-Tanbih,
karya al-Imam Abu Hafsh ‘Umar bin ‘Aliy bin al-Mulqan al-Syafi’I (804H). - Tashhih Muhammad bin Ahmad
bin Muhammad bin Ahmad al-Bami al-Qahiri al-Mishri (885H).
Ta’liqat
bagi al-Tanbih:
- al-Iqlid, karya Burhan al-Din
Ibrahim Ibrahim bin Abdul Rahman bin Ibrahim bin Siba’ al-Fazari al-Mishri
(729H). - Ta’liqah ‘Abdul Mun’im bin
Ahmad bin Abu Bakr al-Anshari al-Mishri (695H).
bagi Alfadz al-Tanbih;
- Tahrir
Alfadz al-Tanbih,
karya al-Imam Muhyi al-Din Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Link download Kitab al-Tanbih: http://www.archive.org/download/al_t…al_tanbeeh.pdf








































