
Imam ‘Abdur Rahman bin ‘Ali bin Muhammad bin ‘Ali bin ‘Ubaidillah bin ‘Abdullah bin Hammadi bin Ahmad bin Muhammad bin Ja’far bin ‘Abdullah bin al-Qasim bin an-Nadr bin al-Qasim bin Muhammad bin ‘Abdullah bin al-Faqih ‘Abdur Rahman bin al-Faqih al-Qasim bin Muhammad bin Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq yang lebih dikenali sebagai Abul Faraj Ibnul Jawzi ash-Shiddiqi al-Quraisyi at-Taimi al-Bakri al-Baghdadi al-Hanbali al-Asy`ari atau singkatannya
Ibnul Jauzi adalah seorang ulama besar bermazhab Hanbali yang dilahirkan pada tahun 509/510H di Baghdad. Beliau banyak menulis kitab dan terkenal sebagai seorang daie yang di tangannya ribuan manusia bertaubat dan memeluk agama Islam. Beliau memiliki ramai murid di antaranya ialah Ibnu Qudamah al-Maqdisy yang masyhur itu. “
Talbis Iblis” kitab karangan beliau sering digunakan sebagai senjata oleh pihak yang tidak menggemari kaum sufi untuk menyerang mereka. Hatta mufti kaum mudah di Indera Kayangan @ mufti suratkabo pun ada merujuk kepada kitab tersebut dalam sebahagian tulisannya. Malangnya karangan-karangan beliau seperti “
Daf`u Syubah at-Tasybih bil akuff at-tanzih” yang menolak faham tajsim dan tasybih serta membersihkan nama Imam Ahlus Sunnah Ahmad bin Hanbal sebagai berfahaman sedemikian , tidak pula mereka berikan perhatian dan jadikan panduan. Nak tahu lebih lanjut, kome gilah mengaji, bab-bab aqidah mana boleh nak mengaji ikut baca-baca blog atau suratkabo je, silap-silap boleh jadi “goblok” tu. Cari kitab yang bersandarkan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama`ah, pastu cari tuan-tuan guru yang betul pegangannya dan duduklah mengaji. Sesungguhnya ilmu itu dengan belajar.

Kat sini aku nak tulis yang ringan-ringan sahaja. Aku nak nukilkan bab ke-39 dari kitab Imam Ibnul Jawzi yang berjodol”
al-Wafa bi Ahwaalil Mushthofa s.a.w.“. Kitab “al-Wafa” ini membicarakan berbagai aspek kehidupan manusia teragung Junjungan Nabi Muhammad s.a.w., mulai dari awal penciptaan baginda sehinggalah kewafatan. Amat elok jika ianya dijadikan bacaan agar kecintaan kita kepada Junjungan Nabi s.a.w. semakin mendalam. Pada bab 39 kitab tersebut berhubung perkara beristisqa` (memohon hujan) dengan makam Junjungan s.a.w., beliau menukilkan 3 kisah yang berkaitan dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan makam baginda yang mulia. Sungguh hanya manusia-manusia bodoh sahajalah yang akan menghalang umat Muhammad untuk datang menziarahi makam kekasih mereka yang bersemayam di kota suci Madinah al-Munawwarah. Mudah-mudahan Allah beri kita kesempatan untuk menghadirkan diri kita yang hina ini ke tempat suci tersebut. Imam Ibnul Jawzi menulis:-