Kutulis noktah ini buat peringatan kepada diri dan ikhwah sekalian bahawa menurut mazhab kita asy-Syafi`ie, selepas nishfu Sya’baan HARAM DAN TIDAK SAH bagi seseorang untuk melakukan puasa sunnat melainkan puasa sunnat yang telah menjadi wiridannya; atau puasa sunnat yang dihubungkan dengan nishfu pertama bulan Sya’baan. Oleh itu, jangan dimulakan berpuasa sunnat setelah nishfu kedua bulan Sya’baan. Nanti pahalanya ke mana dosa pula yang datang.
ADVERTISEMENT









