“Dr. Ibrisam Akbar…”, aku memulakan bicara. Isteri masih memandang ke depan.
“Ir. Dr. Ibrisam Akbar…”, selepas beberapa ketika aku menguatkan sedikit suara. Isteri mula memberi perhatian.
“Professor Madya Ir. Dr. Ibrisam Akbar…”, aku menyambung. Isteriku mula tersenyum-senyum. Tak pasti senyum suka atau senyum menyindir. Aku memandu jadi tidak boleh memerhati raut wajah isteriku betul-betul.
“Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!” suaraku bertambah keras sambil sebelah tangan menggenggam penumbuk. Nyaris tidak aku halakan ke atas. Kalau tidak, berbekas atap kereta. Aku mula mendengar ketawa isteriku.
“Datuk Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!” kataku semakin bersemangat. Ketawa isteriku semakin kuat. Anak-anak yang dibelakang mula resah. Faham tak faham, aku tak pasti.
“Tan Sri Professor Ir. Dr. Ibrisam Akbar!!!” Sehabis kuat aku mengucapkannya. Ketawa isteriku semakin kuat. Anak-anak bermata buntang kesemuanya – takut atau pelik?
Aku senyap. Memberi peluang kepada mereka untuk mengambil nafas.
‘
‘
‘
“ALLAHYARHAM Ibrisam Akbar!!!”
Ending yang sebenarnya.








