
(سلم التوفيق إلى
محبة الله على التحقيق), adalah sebuah karya al-Syeikh ‘Abd Allah bin al-Husain bin Hakim
bin Muhammad bin Hasyim Ba’alawi al-Hadhrami al-Tarimi (1191-1272 / 1778-1855).
Ia sebuah kitab yang sangat penting, di mana isi kandungan berkaitan dengan
beberapa kewajiban bagi setiap muslim.
asas agama iaitu bidang tasawuf, fiqh dan aqidah, yang disusun secara ringkas
dan padat, tanpa mengemukakan dalil dan tidak diberikan definisi secara panjang
lebar. Ia dibahagikan kepada beberapa bab dan setiap bab pula dipecahkan kepada
beberapa fasal.
mengenai akidah. Di antaranya pembahasannya mengenai dua kalimah syahadah,
keimanan kepada Allah, para Nabi, perkara sam’iyyat (perkara ghaib) dan perkara
yang membatalkan keimanan dan hukum murtad.
tentang hukum Islam (fiqh) secara singkat, baik aspek ibadat seperti,
tatacara wuduk, shalat, zakat, puasa, haji serta sedikit pembahasan
tentang mu’amalah yang meliputi tatacara jual beli dan larangan riba. Perbahasan bahagian ini diakhiri dengan penerangan mengenai kewajipan memberi nafkah yang dijelaskan
secara ringkas. Dalam menjelaskan tema-tema fiqh penulis hanya membahas tema asas
sahaja. Sebagai contohnya mengenai solat diterangkan mengenai syarat, rukun
serta perkara yang membatalkan tanpa membahaskan lebih lanjut tentang perkara sunat
dan makruh.
berkenaan dengan beberapa perkara maksiat (dosa), sama ada maksiat yang
berhubungan dengan hati ataupun anggota tubuh yang lainnya seperti perut, mata,
lisan (lidah), telinga, tangan, kemaluan, kaki dan badan. Perbahasan bahagian
tasawuf ini diakhiri dengan anjuran segera bertaubat dengan memenuhi syarat-syaratnya.
mazhab Syafi’i. Beberapa kitab telah disusun sebagai huraian (syarah) kitab Sullam
al-Tawfiq, antaranya;
Mirqat Su’ud al-Tashdiq fi syarh Sullam al-Taufiq ila Mahabattillah ‘ala
al-Tahqiq (مرقاة صعود التصديق في شرح سلم التوفيق إلى محبة الله على التحقيق), sebuah karya al-‘Allamah Syaikh Abu ‘Abdul Mu’thiy, Muhammad
Nawawi bin ‘Umar bin Ali al-Jawi al-Bantani al-Tanariy (1316H/1898M), seorang
ulama keturunan Melayu yang terkenal di Makkah pada zamannya.
Is’ad al-Rafiq wa Bughyah al-Shiddiq, karya Muhammad bin Salim bin Sa’id
Ba Bashil al-Syafi’i.
Sullam al-Tawfiq yang ditahkik dan diberikan hasyiah di bahagian nota kaki oleh
Sibt al-Jilani.
ulama yang menyusun kembali kitab Sullam al-Taufiq dalam bentuk prosa (nazam).
Di mana KH. Abdul Hamid Pasuruan telah
menggubahkannya dalam bentuk prosa sebanyak 500 bait melalui karyanya yang judul
Mandzumah Sullamut Tawfiq.
bagi kitab Sullam al-Tawfiq, iaitu kitab
Mukhtashar al-Kafil bi Ilmi al-Din al-Dharuri yang disusun oleh Syaikh Abdullah
al-Harari.
pautan
Semoga bermanfaat.





































