Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Qathr al-Ghaitsiyah fi ‘Ilmi al-Shufiyah ‘ala Syari’ah al-Muhammadiyah

Religius by Religius
18.12.2012
Reading Time: 8 mins read
0
ADVERTISEMENT

Artikel berikut saya nukil dari pautan di bawah,
tanpa sebarang perubahan kandungan teksnya.


RELATED POSTS

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

(http://ikantongkol09-buku.blogspot.com/2009/07/qathrul-ghaithiyah-fi-ilmi-asy.html)


 
Disebabkan pada masa ini saya sedang membuat kajian
tokoh tentang Tuan Hussain Kedah dan kitabnya Qathrul Ghaithiyah fi ‘Ilmi
Asy-Syufiyyah ‘ala Syari’atil Muhammadiyyah
, maka saya mulakan blog
saya yang terbaru ini dengan perkenalan akan kitab ini. Kitab yang saya muatkan
dalam tulisan saya ini adalah merupakan transliterasi rumi dari kitab asal yang
ditulis menggunakan aksara Jawi. Ia diterbitkan oleh al-Hidayah Publishers yang
terletak di Jalan Ipoh Kecil Kuala Lumpur. Usaha penterjemahan kitab ini
dilakukan oleh Ustazah Noraine Abu. Kitab alihan ke Rumi ini menggunakan judul Curahan
Ilmu Tasawwuf Berdasarkan Syari’at Nabi Muhammad saw
. Ia diterbitkan
buat pertama kali pada tahun 2006 dan dijual dengan harga RM8.00.

ADVERTISEMENT
Kitab ini amat mudah didapati di pasaran kitab pada
hari ini. Kitab ini mengandungi 112 halaman, jauh lebih tebal dari kitab jawi
asal yang hanya setebal 47 halaman. Antara sebab yang menjadikan kitab
terjemahan ini tebal ialah pertama dari segi saiznya iaitu A5 (separuh dari
saiz A4) dan keduanya font teks yang digunakan, kalau tak silap saya bersaiz 11
atau 12. Ini berbeza dengan kitab jawi asal yang menggunakan saiz standard
kitab tradisi pondok atau lebih dikenali dengan panggilan kitab kuning dan
menggunakan font jawi (kalau tak silap saya format blok) yang kecil. Walau bagaimanapun,
setelah saya membuat perbandingan antara kitab terjemahan ini dengan kitab jawi
asalnya bolehlah saya rumuskan bahawa semua isinya adalah sama baik dari segi
bab mahupun kandungannya.


Baik, kita berkenal dahulu dengan penulis asalnya iaitu Tuan Hussain Kedah.
Pada muka depan kitab ini disebut nama lengkapnya seperti berikut, Hushin
Nashir bin Muhammad Thaiyib al-Mas’udiy al-Banjariy. Sebetulnya nama lengkap
tokoh ini ialah Hussain bin Nasir bin Muhammad Thaiyib bin Mas’udi al-Banjari.
Beliau merupakan ulama besar Kedah yang sangat terkenal pada awal abad ke-20
Masehi. Beliau dilahirkan pada tahun 1863 dan meninggal dunia pada tahun 1936.
Tokoh ini lebih masyhur dengan panggilan Tuan Hussain Kedah. Penggunaan gelaran
al-Banjari dibelakang namanya menandakan bahawa beliau berketurunan Banjar.
Perlu juga dinyatakan disini bahawa beliau bertemu nasabnya dengan seorang ulama
besar di Alam Melayu pada abad ke-18 iaitu Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari
yang makamnya kini terletak di Martapura, Kalimantan. Susur galurnya dari bawah
yakni dari beliau hinggalah ke atas yakni Syeikh Muhammad Arsyad semuanya
adalah ulama belaka. Selain bergelar ulama, Tuan Hussain Kedah turut mengikuti
jejak langkah moyangnya iaitu Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari apabila menjadi
pendidik yang berjaya melahirkan ramai ulama besar, mempunyai zuriat yang juga
berketurunan ulama dan menghasilkan kitab-kitab yang sangat terkenal yang masih
dijadikan teks pengajian dan berlegar di pasaran kitab. Salah satu kitabnya
yang masyhur ialah kitab yang diperkenalkan ini iaitu Qathrul Ghaithiyah (saya
ringkaskan sahaja).

Sebenarnya selain al-Hidayah Publishers, kitab ini
turut ditransliterasi ke rumi oleh beberapa penerbit lain. Namun keistimewaan
kitab yang ditransliterasi oleh Ustazah Noraine ini ialah 99.99% kandungan teks
dari segi gaya bahasa dan perkataannya tidak diubah langsung. Ustazah Noraine
mengekalkan bahasanya walaupun ada beberapa istilah yang terkandung di dalamnya
memerlukan rujukan yang lebih lanjut. Maka dengan membaca kitab ini, kita
seolah-olah seperti membaca kitab asalnya yang menggunakan tulisan Jawi itu.
Satu pujian patut diberikan kepada Ustazah Noraine. Mungkin sesetengah pembaca
lebih gemar membaca dalam format gaya bahasa baru tetapi bagi mereka yang
gemarkan gaya bahasa lama pastinya akan terasa lebih dekat dengan pengarang
asalnya. Contoh gaya bahasa lama yang dimaksudkan adalah seperti berikut;


” Bahkan tetapi ‘ilmu tasawwuf ini mentahqiq ia bagi ‘ilmu ushul dan
menghening ia bagi ‘ilmu feqah. Dan adapun awal-awal orang yang menghantar akan
‘ilmu tasawwuf seperti barang yang dikata orang maka iaitu Syeikh Junaid
al-Baghdadi”.
(rujuk mukasurat 7).
 
Cuma bagi saya, tambah menarik jika kitab
terjemahan ini disertakan dengan mukasurat kitab asal seperti yang sering
dilakukan dalam kajian teks naskhah. Dalam kajian teks naskhah, mukasurat kitab
asal akan diletakkan disisi setiap helaian mukasurat yang diterjemah. Tujuannya
ialah memudahkan rujukan kepada kitab asal.


Dari segi kandungan kitab, ia terbahagi kepada enam bahagian iaitu satu
muqaddimah, empat fasal dan satu khatimah (penutup). Pembahasan dalam kitab ini
adalah berkenaan dengan ilmu hakikat dan tasawwuf yang agak halus dan mendalam.
Untuk penulisan kitab ini, Tuan Hussain Kedah merujuk beberapa kitab tasawwuf
yang muktabar yang bagi saya berada di peringkat pertengahan dan tinggi seperti
Tuhfah al-Mursalah yang dikarang oleh Syeikh Muhammad bin Syeikh Fadhlullah
al-Hindi, Minhaj al-‘Abidin yang dikarang oleh Imam al-Ghazali dan Hikam Natsr
yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad bin ‘Abdul Karim bin Atha’ullah
as-Sakandari. Tuan Husain Kedah turut merujuk kitab-kitab besar lain seperti
Tawarikh karya Ibnu Khaldun (rujuk mukasurat 8), Ihya’ ‘Ulumuddin karya Imam
al-Ghazali (rujuk mukasurat 11), Mukhtasar Ihya’ karya Imam al-Ghazali (rujuk
mukasurat 63) dan kutipan hadith yang diriwayat, antaranya oleh al-Bukhari dan
Muslim (rujuk mukasurat 57), at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban (rujuk mukasurat 57)
dan Imam Ahmad dan Ibnu Hibban (rujuk mukasurat 61). Dengan mendalami kitab
ini, kita akan dapat mengetahui betapa pentingnya ilmu tasawwuf ini kerana
menurut Tuan Hussain Kedah, dengan mempelajari Ilmu Tasawwuf, barulah seseorang
itu dapat sampai kepada makrifah akan haq Allah Ta’ala akan sebagai makrifat
yang sempurna. Dalam usaha untuk mengenal Allah Ta’ala, seperti yang dinyatakan
oleh Tuan Hussain Kedah pada permulaan fasal kedua yang tajuknya berbunyi;

“ Ini suatu
fasal yang kedua pada menyatakan barang yang musyahadah mereka itu akan dia
dengan segala hati mereka itu daripada wujud Haq Ta’ala dan lainnya.

Ketahuilah olehmu, bahawasanya segala ahli tasawwuf, iaitu berhadap sekalian
mereka itu kepada Allah Ta’ala padahal sentiasanya pada zahir mereka itu dan
pada batin mereka itu. Maka segala zahir mereka itu berhadap kepada Allah
dengan berbagai-bagai ta’at dan ‘ibadah dan khidmat. Dan batin mereka itu
berhadap kepada Allah dengan shiddiq, ikhlas dan yakin. Maka pada ketika itu
berpakailah zahir mereka itu dan batin mereka itu dengan pakaian orang yang
merdeka daripada diperhamba akan dia oleh dunia, syaitan, hawa nafsu dan
makhluk yang dinama akan sekaliannya itu dengan aghyar dan akdar. Dan pada
waktu itu, tertentulah ia jadi hamba bagi Allah Ta’ala. Dan pada ketika itu,
tahqiqlah diperoleh berkekalan ta’at dan khidmat kepada Allah Ta’ala yang hasil
sekaliannya itu daripada tsamarah dan faedah taqwa. Ertinya, takut akan Allah
Ta’ala ”.
(rujuk mukasurat 25-26)


Disebabkan
pembahasan yang terkandung didalam kitab ini menggunakan bahasa yang
halus-halus, saya menyarankan kepada pembaca supaya mendapat bimbingan dari
guru yang ahli tentang ilmu tasawwuf ini. Ia penting supaya maksud yang
terkandung didalam buku itu sampai ke dalam diri. Pada masa ini, kalau di
sekitar Lembah Kelang, kitab ini disyarah oleh Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin
al-Maliki[1].
Syarahan Syeikh Muhammad Fuad lazimnya diadakan selepas solat Subuh di Masjid
Kampung Baru setiap minggu pertama dan minggu ketiga (jadual boleh dirujuk di
ysofakl.blogspot.com). Kitab ini diselesaikan oleh pengarang asalnya, Tuan
Hussain Kedah pada malam Selasa, 25 Jamadil Awwal 1348 Hijrah bersamaan dengan
28 Oktober 1929 Masehi seperti yang dinyatakan pada penghujung bahagian
khatimah.

Tambahan[2]:  Sekadar makluman, kitab ini telah disyarah
dan dihuraikan dalam Bahasa Melayu oleh Dato’ Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan
Besar seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman dengan judul
bukunya ‘ al-Jawahir al-Sufiah ’[3].

 


[1]
Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin
al-Maliki menggunakan kitab yang diterjemahnya sendiri. Kitab ini dijual oleh
Koperasi as-Sofa.

[2]
Tambahan dari empunyai blog ini.

[3]
Diterbitkan oleh  Mahzum Book Services, Batu Caves,
Selangor pada tahun 2009.

 

 
Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?
Religi

Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?

13.06.2025
Next Post

Refendum Tahap Pertama Mayoritas Warga Mesir Terima Konstitusi Baru

Mangongkal Holi, Upacara Memindahkan Tulang-belulang Leluhur Batak

Inilah 4 Cara Orang Kafir Hadapi Kiamat 21 Desember 2012

Iklan

Recommended Stories

Pernah Angkut Mujahid 212, Bus NPM Padang Dipanggil Polda Metro Jaya

Air Terjun di Kabupaten Nganjuk

25.01.2018

Harian Asia Raya memberitakan janji Jepang untuk kemerdekaan Indonesia, 1944

24.07.2014

Menjadi Muslim Berkepribadian Menawan

24.08.2012

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

21.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?