Khamis, 13 Ramadhan 1433H: Dari Ja’far bin Muhammad dari ayahnya dari Jabir bin Abdillah katanya: “Di tahun penaklukan kota Mekah ketika Rasulullah saw menuju kota Mekah di bulan Ramadhan, maka Rasulullah saw tetap berpuasa hingga sampai di “Kuraa’ul Ghamiim”, dan orang-orang pun juga ikut berpuasa.
ย
Ketika beliau mendengar bahawa ada sebahagian orang tidak kuat untuk meneruskan puasanya, maka beliau minta diambilkan segelas air untuk diminumnya, walaupun waktu itu telah petang hari.
ย
Sebahagian sahabat beliau ada yang membatalkan puasanya dan sebahagian lain ada yang meneruskan puasanya.
ย
Ketika Rasulullah saw mendengar berita bahawa ada sebahagian sahabatnya yang tidak membatalkan puasanya, maka beliau bersabda: “Mereka termasuk orang-orang yang tidak meniru jejakku.”
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2227.
ADVERTISEMENT









