Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Persoalan Shalat Dhuha

Keimanan by Keimanan
14.06.2016
Reading Time: 4 mins read
0
Persoalan Shalat Dhuha
ADVERTISEMENT

RELATED POSTS

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

ADVERTISEMENT

Faqir telah ditanya tentang Shalat Dhuha, samada ia boleh dilaksanakan secara washal (yakni secara bersambung terus) 4 atau 6 atau 8 rakaat dengan satu salam. Persoalan ini timbul kerana al-Mukarram Dr. Zulkifli al-Bakri hafizahUllah dalam buku beliau yang berjodol “Solat Sunat Pilihan” pada halaman 79 menulis, antara lain:- 
“3. Tidak sah solat Dhuha dilakukan yang lebih daripada dua rakaat dengan sekali salam sahaja, seperti lapan rakaat hanya sekali salam sahaja.”
Maka setakat yang faqir ketahui, belum pernah lagi terjumpa tuan-tuan guru dan kitab-kitab fiqh mazhab kita yang menyatakan bahawa menunaikan solat Dhuha secara washal (bersambung) hatta dengan 8 rakaat sekali salam sebagai tidak sah. Menurut pengajian, melakukan shalat Dhuha secara fashal (bercerai-cerai dengan satu salam pada setiap dua rakaat) adalah sesuatu yang afdhal yang dihukumkan sebagai “MANDUB” dan bukannya sesuatu yang mesti atau wujub. Maka mandub kita melakukan shalat Dhuha dengan bercerai-cerai setiap 2 rakaat satu salam, sehinggalah kepada sebanyak-banyak rakaatnya. Jika dilakukan secara washal, samada 4 rakaat satu salam atau 6 rakaat satu salam atau 8 rakaat satu salam, maka ianya tetap sah namun kaifiyatnya kurang afdhal sahaja. Untuk pengetahuan, bilangan rakaat shalat Dhuha adalah sebagai berikut:-

  1. sekurang-kurangnya 2 rakaat;
  2. sekurang-kurang sempurnanya 4 rakaat;
  3. sebanyak-banyaknya 8 rakaat di sisi Jumhur atau 12 rakaat di sisi sebahagian ulama antaranya Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahullah.

Jika seseorang melakukan secara washal (bersambung) melebihi sebanyak-banyak rakaat Dhuha barulah dihukumkan shalat Dhuha yang dilakukan secara washal dengan bilangan rakaat yang lebih itu dianggap tidak sah. Ini adalah kerana sebanyak-banyak rakaat Shalat Dhuha adalah 8 atau 12 rakaat. Maka tidak sah bagi seseorang melakukan lebih dari 8 rakaat Dhuha secara washal atas Qawl Jumhur atau lebih dari 12 rakaat secara washal atas Qawl Ibnu Hajar. Ianya tidak sah jika dilakukan dengan sengaja dan tahu hukumnya, jika dia jahil akan hukum atau terlupa, maka sahlah shalatnya tetapi hanya dianggap sebagai shalat sunnat mutlak sahaja. Contoh, dengan mengambil sebanyak-banyak rakaat di sisi Jumhur iaitu 8 rakaat,  jika seseorang melakukannya 10 rakaat Dhuha secara bercerai-cerai, 2 rakaat satu salam, 2 rakaat satu salam, maka sahlah Shalat Dhuhanya hingga ke takbiratul ihram yang keempat, yakni 8 rakaat. Manakala takbiratul ihramnya yang kelima dengan niat Dhuha adalah tidak sah kerana telah lebih dari sebanyak-banyak bilangan rakaat shalat Dhuha menurut Jumhur.

Sekadar memungut nas dari kitab turats, faqir nukilkan pernyataan yang dimuatkan dalam “Busyral Karim” pada halaman 316 sebagai berikut:-

Kemudian selepas dari Shalat Tarawih, maka dari segi urutan afdhalnya adalah Shalat Dhuha. Shalat Tarawih dianggap lebih afdhal kerana ianya disyariatkan untuk dilakukan secara berjemaah tidak seperti Shalat Dhuha. Sekurang-kurang bilangan rakaat Dhuha adalah 2 rakaat, sekurang-kurang sempurnanya adalah 4 rakaat, kemudian 6 rakaat. Dan sebanyak-banyaknya adalah sehingga 8 rakaat. Di sisi, Imam Ibnu Hajar sebanyak-banyak bilangan rakaat Dhuha adalah 12 rakaat. Namun melakukannya dengan 8 rakaat itu adalah lebih afdhal. Melakukan Shalat Dhuha dengan salam pada setiap dua rakaat adalah MANDUB dan harus/boleh melakukannya lebih dari 2 rakaat satu salam walau pun dengan melakukan keseluruhannya (yakni 8/12 rakaat tadi) dengan satu salam, samada dengan satu tasyahhud pada rakaat terakhirnya sahaja atau bertasyahhud (awal) pada setiap bilangan rakaat yang genap, 2 atau 4.

Nas yang serupa juga dapat dilihat dalam “Hasyiah Jamal” juz 1 pada halaman 486 sebagai berikut:-

Melakukan Shalat Dhuha dengan salam pada setiap dua rakaat adalah MANDUB, dan harus melakukannya 8 rakaat dengan satu salam dan sewajarnya dia bertasyahhud sekali di akhir rakaat namun harus juga baginya untuk bertasyahhud pada pada setiap rakaat yang genap daripada 2 atau 4 rakaat….

Dan sebagai contoh terakhir agar lebih jelas, maka faqir nas daripada kitab “Fathul Aliy” pada halaman 574:-

Dan sedemikianlah yang disebut oleh Imam Ramli(yakni sebanyak-banyak rakaat Dhuha adalah 8 rakaat). Dan dalam “an-Nihayah” dinyatakan:- ” dan sebanyak-banyak bilangan rakaat Shalat Dhuha adalah 12 rakaat kerana ada khabar dhaif mengenainya dan inilah yang disebut dalam “ar-Rawdhah” sebagaimana asalnya. Namun yang muktamad adalah sebagaimana yang dinukil oleh pengarang (yakni pengarang Nihayah, Imam Ramli) daripada kebanyakan ulama, sebagaimana yang disahihkan dalam “at-Tahqiq” dan “al-Majmuk“, dan sebagaimana yang difatwakan oleh ayahanda Imam Ramli (yakni Imam Syihabuddin Ahmad ar-Ramli rahimahullah), bahawasanya sebanyak-banyak bilangan rakaat Shalat Dhuha adalah 8 rakaat.  Jika ditambah atasnya (yakni atas 8 rakaat sebanyak-banyak Shalat Dhuha) maka tidak harus dan tidak sah Dhuhanya jika dilakukan dengan satu takbiratul ihram (yakni jika dilakukan secara washal dengan niat lebih dari 8 rakaat seperti 10 rakaat). Jika dia memberi salam pada setiap dua rakaat, maka sahlah Shalat Dhuhanya melainkan takbiratul ihram yang kelima (yakni untuk bilangan yang melebihi 8 rakaat), maka ianya tidak sah. Jika dia melakukannya (yakni menambah bilangan yang lebih dari 8 rakaat tadi) dengan tahu akan tegahannya dan dengan sengaja, maka tidak sah shalatnya, dan jika dia tidak tahu atau tidak sengaja maka jadilah shalatnya shalat sunnat mutlak….

Untuk kesimpulan, faqir ulangkan lagi, bahawa jika seseorang Shalat Dhuha sekaligus dengan satu salam 10 rakaat (contoh dia berniat dalam takbiratul ihramnya:- “sahaja aku Shalat Dhuha sepuluh rakaat“, lebih atas Qawl Jumhur), maka tidak sahlah Shalat Dhuhanya. Namun, jika dia shalat 10 rakaat dengan niat Shalat Dhuha pada setiap takbiratul ihramnya secara berpisah-pisah, yakni satu takbiratul ihram dua rakaat satu salam bagi rakaat 1  dan 2, satu takbiratul ihram dua rakaat satu salam bagi rakaat 3 dan 4, satu takbiratul ihram dua rakaat satu salam bagi rakaat 5 dan 6, satu takbiratul ihram dua rakaat satu salam bagi rakaat 7 dan 8, satu takbiratul ihram dua rakaat satu salam bagi rakaat 9 dan 10, maka sahlah Dhuhanya sehingga 8 rakaat sahaja, manakala takbiratul ihramnya untuk Shalat Dhuha bagi rakaat ke-9 dan ke-10 adalah tidak sah kerana telah melebihi kadar sebanyak-banyak bilangan rakaat Dhuha. Maka tidak tepatlah apa yang disebut dalam buku Dr. Zulkifli hafizahullah tadi bahawa:- “Tidak sah solat Dhuha dilakukan yang lebih daripada dua rakaat
dengan sekali salam sahaja, seperti lapan rakaat hanya sekali salam
sahaja.”
Seharusnya diperbetulkan seumpama dikatanya: “Tidak sah solat Dhuha dilakukan yang lebih daripada lapan rakaat dengan sekali salam, seperti sepuluh rakaat hanya sekali salam sahaja”.

Tags: AgamaAgama IslamDakwahIlmuIslamiMuslimPengetahuanWawasan
ShareTweetPin
Keimanan

Keimanan

Related Posts

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya
Religi

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

23.01.2026
Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta
Religi

Solusi Islam Menurut Hadist untuk Dua Insan yang Saling Jatuh Cinta

22.01.2026
Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Next Post

Mohon Dukung Saya Sebagai Traveler Of The Year 2016

Perjalanan Sukses Pengusaha Cemilan Snack Mekarsari

Iklan

Recommended Stories

Alamat Lengkap dan Nomor Telepon Kantor Bank OCBC NISP di Bandung

Alamat Lengkap dan Nomor Telepon Kantor Bank OCBC NISP di Bandung

16.02.2021

Menangkap Senja Pantai Taman Muaro Lasak

18.12.2014
Jangan Asal Fatwa (Tidak Sembarangan Berfatwa)

WISATA PULAU ALOR

13.04.2018

Popular Stories

  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

OPPO Reno15 Pro Max: Flagship Reno dengan Bezel Tertipis dan Kamera 200MP Terbaru

OPPO Reno15 Pro Max: Flagship Reno dengan Bezel Tertipis dan Kamera 200MP Terbaru

23.01.2026
Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

Mengenal Syariat, Hakikat, dan Ma‘rifat dalam Islam: Pengertian, Perbedaan, dan Tahapannya

23.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Kuliner
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sejarah
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?