Hari ini hari terakhir tahun 1430H. Terbenam matahari nanti, masuklah kita ke dalam tahun 1431H. Bertambahlah lagi umur kita dan bertambah hampir kita kepada kematian yang pasti datangnya. ……. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, husnul khaatimah Ya Allah. Bagaimana hal ehwal kita sepanjang tahun ini, amalan kita, warak kita, taqwa kita???? Yang berlalu kita hisab, mana yang baik diteruskan dipertingkatkan, mana yang salah diperbetulkan. Segala amalan sholeh biar diterima Allah hendaknya, mana yang buruk mendapat kemaafanNya, ya itulah harapan kita sempena tahun baru ini. Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun dipanjat dengan membawa harapan sedemikian, sungguh keberuntungan bagi sesiapa yang Allah terima doanya. Berdoalah dengan sungguh-sungguh hati, sebab Allah tidak menerima doa orang yang lalai dan main-main, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa.ูุงุนูู ูุง ุฃู ุงููู ูุง ููุจู ุฏุนุงุก ู ู ููุจ ุบุงูู ูุงู
Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan yang ianya akan diijabahkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan leka (yakni tiada kesungguhan).”
Doa Akhir Tahun
(3 x sebelum Maghrib)


(3 x setelah Maghrib)


***************************************






































