
Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim r.’anha. adalah bonda Imam ‘Ali r.a., dan beliau juga merupakan ganti ibu bagi Junjungan Nabi s.a.w. setelah kewafatan bonda baginda, Sayyidah Aminah r.’anha. Baginda s.a.w. amat menyayanginya seperti bonda baginda sendiri. Apabila Sayyidah Fathimah wafat, Junjungan Nabi s.a.w. telah memerintahkan agar beliau dimandikan dan ketika sampai ke siraman air kapur barus, maka Junjungan Nabi s.a.w. sendiri menjirus jenazahnya dengan tangan baginda yang mulia. Setelah itu maka Junjungan Nabi s.a.w. telah menanggalkan qamish baginda dan dipakaikan kepadanya serta dikafankannya. Baginda Nabi s.a.w. telah memerintahkan beberapa sahabat, antaranya Sayyidina ‘Umar r.a., Sayyidina Abu Ayyub dan Sayyidina Usamah untuk menggali kuburnya, manakala liang lahadnya dibuat oleh Junjungan Nabi sendiri dengan dua tangan baginda yang mulia. Setelah liang lahad disiapkan, baginda s.a.w. telah berbaring di liang lahad tersebut dan dalam perbaringan tersebut baginda berdoa:-
ุงูููููู ุงูููุฐูู ููุญูููู ููููู ููุชู ูููููู ุญูููู ูุง ููู ููุชูุ
ุงุบูููุฑู ูุฃูู ููู ููุงุทูู ูุฉู ุจูุชู ุฃูุณูุฏูุ
ููููููููููุง ุญูุฌููุชููุงุ ููููุณููุนู ุนูููููููุง ู ูุฏูุฎูููููุงุ
ุจูุญูููู ููุจูููููู ููุงูุฃูููุจูููุงุกู ุงูููุฐูููู ู ููู ููุจููููุ
ููุฅูููููู ุฃูุฑูุญูู ู ุงูุฑููุงุญูู ูููู
“Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Dialah yang Maha Hidup yang tiada menerima kematian. Ampunilah bagi bondaku Fathimah binti Asad, bimbing dia untuk menegakkan hujjahnya (yakni untuk menjawab fitnah kubur), luaskanlah kuburnya, demi haq nabiMu dan segala nabi yang sebelumku, maka sesungguhnya Engkau Maha Pengasih.”Setelah itu, baginda mensholati jenazahnya dengan 4 takbir dan memakamkannya ke dalam lahad tersebut dengan dibantu oleh Sayyidina al-‘Abbas r.a. dan Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a.
Dan juga kita dapat perhatikan di sini bahawa para nabi yang Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan haq mereka kepada Allah dalam hadits tersebut dan lain-lain hadits telah pun wafat. Maka tsabit harus (jawaz) bertawassul kepada Allah dengan “haq” atau dengan “ahlil haq” yang hidup dan yang mati. Justru setelah ini adakah hujjah bagi orang yang menegah bertawassul?! Ya Allah, tiada kekuatan melainkan denganMu!!
Kalam yang kedua daripada al-Faqih Habib Zain bin Ibrahim BinSumaith dalam “al-Ajwibah al-Ghaaliyyah” halaman 76, di mana beliau, hafizahUllah, menyatakan:-
Lihatlah kepada sabdaan baginda : “dengan haq para nabi sebelumku“, maka itu adalah dalil yang jelas bagi mengharuskan / membolehkan bertawassul dengan para nabi setelah kewafatan mereka, sesungguhnya mereka itu hidup di alam barzakh. Dan demikian pulalah segala waris-waris mereka yang sempurna dari kalangan para shiddiqin dan awliya. (Yakni boleh bertawassul dengan mereka semuanya, sama ada yang masih hidup maupun yang telah wafat).
Allahu … Allah, inilah pemahaman para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jamaah. Cuba tuan-tuan gi banding ngan pemahaman Wahhabi dan Silapi. Rasul Dahri as-Silapi dalam buku khabitsnya “Ikhwanul Muslimin atau Ikhwanul Muflisin?” pada halaman 26 menulis:-
Hasan al-Banna membolehkan seseorang berdoa atau bertawassul (berperantaraan) kepada kuburan, menyeru roh wali yang dikeramatkan, berperantara dengan orang yang telah mati terutamanya berperantaraan dengan para syeikh-syeikh sufi yang dianggap sebagai orang suci. Hasan al-Banna tidak pernah menarik semula (tidak pernah membatalkan) atau memansuhkan fatwa-fatwanya, antara fatwa beliau:-
Berdoa apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhlukNya (yang telah mati), maka yang demikian itu adalah furu’iyyah dalam tata cara berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah”.
Subhanallah, astaghfirullah! Bukankah perbuatan memuliakan orang-orang soleh dengan cara berdoa dan bertawassul (berperantaraan) kepada orang soleh tersebut yang telah mati termasuk amalan jahiliyah yang berkait dengan akidah? Ia berkonsekuensi kepada syirik akbar (syirik besar) dan membatalkan tauhid seseorang kepada Allah.
Allahu … Allah, sungguh lahabau si Rasul Dahri bekas pelajar al-Junid. Kalu kome baca bukunya tu, abis ulama dan daie semuanya disesatkannya, Hasan al-Banna sesat, Mustafa Siba’i sesat, Said Hawa sesat, Zainab al-Ghazali sesat, Umar Tilmisani sesat, Qardhawi sesat, Mawdudi sesat, hanya ulama Saudi je yang betul. Maka adakah tatkala Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan para nabi yang telah wafat tersebut hendak kita hukumkan sebagai melakukan amalan jahiliyah? Biar betul si Abu Farouq Rasul bin Dahri niiiiii, karang jadi Abu Beruk pulak. Maaplah wak tongah goram ni !!! Abis, semua orang dah ekau sosatkan, kalau budak Asri sorang tak pa lah, buleh kontrol laie, tapi dah menjalar sampai tokoh-tokoh bosa yang ekau sosatkan….. mau tak goram. Kalau diturut dek hati ni, mau lobam bijik mata, kalau tak mata ese, mata ekaulah….. takut glamer je masuk suratkoba.





















Sayyidah Fathimah binti Asad bin Hasyim r.’anha. adalah bonda Imam ‘Ali r.a., dan beliau juga merupakan ganti ibu bagi Junjungan Nabi s.a.w. setelah kewafatan bonda baginda, Sayyidah Aminah r.’anha. Baginda s.a.w. amat menyayanginya seperti bonda baginda sendiri. Apabila Sayyidah Fathimah wafat, Junjungan Nabi s.a.w. telah memerintahkan agar beliau dimandikan dan ketika sampai ke siraman air kapur barus, maka Junjungan Nabi s.a.w. sendiri menjirus jenazahnya dengan tangan baginda yang mulia. Setelah itu maka Junjungan Nabi s.a.w. telah menanggalkan qamish baginda dan dipakaikan kepadanya serta dikafankannya. Baginda Nabi s.a.w. telah memerintahkan beberapa sahabat, antaranya Sayyidina ‘Umar r.a., Sayyidina Abu Ayyub dan Sayyidina Usamah untuk menggali kuburnya, manakala liang lahadnya dibuat oleh Junjungan Nabi sendiri dengan dua tangan baginda yang mulia. Setelah liang lahad disiapkan, baginda s.a.w. telah berbaring di liang lahad tersebut dan dalam perbaringan tersebut baginda berdoa:-
Dan juga kita dapat perhatikan di sini bahawa para nabi yang Junjungan Nabi s.a.w. bertawassul dengan haq mereka kepada Allah dalam hadits tersebut dan lain-lain hadits telah pun wafat. Maka tsabit harus (jawaz) bertawassul kepada Allah dengan “haq” atau dengan “ahlil haq” yang hidup dan yang mati. Justru setelah ini adakah hujjah bagi orang yang menegah bertawassul?! Ya Allah, tiada kekuatan melainkan denganMu!!
Lihatlah kepada sabdaan baginda : “









