Allahu Rabbi atau RabbiyAllah adalah ucapan biasa di mulut orang-orang Islam yang beriman. Ucapan tersebut membawa maksud ” Allah Tuhanku”, dan bagi orang yang beriman jika dikatakan Allah itu Tuhan, maka sudah tentu ketuhanan sebagaimana dimaksudkan dan dikehendaki oleh ajaran tawhid yang dibawa oleh Junjungan Nabi s.a.w.ู ุง ู ู ุนุจุฏ ู ุณูู ูููู: ุญูู ูุตุจุญ ูุญูู ูู ุณู ุซูุงุซ ู ุฑุงุช
ุฑุถูุช ุจุงููู ุฑุจุงู ูุจุงูุฅุณูุงู ุฏููุงู ูุจู ุญู ุฏ ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ูุจูุงู
ุฅูุงู ูุงู ุญูุงู ุนูู ุงููู ุฃู ูุฑุถูู ููู ุงูููุงู ุฉTidaklah seseorang Muslim yang berkata tatkala berpagi-pagi dan berpetang-petang 3 kali: “Aku redha dengan Allah sebagai Tuhan (Rabb), Islam sebagai agama dan Muhammad s.a.w. sebagai nabi”, melainkan menjadi hak bagi Allah meredhainya pada hari kiamat.
Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Adzkar” mengomentari hadits ini dengan menyatakan bahawa ianya diriwayatkan dalam kitab Imam at-Tirmidzi daripada Tsauban r.a. Pada sanadnya ada perawi yang bernama Sa`iid bin al-Marzabaan Abu Sa`ad al-Baqaal al-Kufi yang merupakan maula bagi Hudzaifah bin al-Yamaan dan perawi ini adalah seorang yang dhoif dengan ittifaq para hafiz hadits. Akan tetapi Imam at-Tirmidzi menilai hadits ini sebagai hasan shohih gharib daripada wajah ini, barangkali hadits ini sahih di sisinya menerusi jalan sanad yang lain. Selanjutnya Imam an-Nawawi telah membawa penguat hadits tersebut dengan riwayat hadits yang seumpamanya daripada Imam Abu Dawud dan Imam an-Nasa-i dengan segala sanad yang elok bagus (jayyid) daripada seorang lelaki yang pernah menjadi khadam Junjungan Nabi s.a.w. Manakala Imam al-Haakim dan Imam Abu Abdillah dalam “al-Mustadrak ‘ala ash-Shohihain” juga telah meriwayatkan hadits ini dan menyatakan bahawa segala sanadnya adalah shohih. Begitulah antara komentar Imamuna an-Nawawi berhubung sanad dan kekuatan hadits tersebut.Lihat dalam hadits tersebut Junjungan Nabi s.a.w. mengajar kita untuk mengucapkan dan mentasdiqkan bahawa kita redha Allah sebagai Rabb. Jika orang musyrik pun dikatakan percaya dan mengimani juga Allah sebagai Rabb mereka, maka kenapa Junjungan mengajar kita untuk mengucapkan “aku redha Allah sebagai Rabb (radhitu billahi Rabban) ? Kenapa Junjungan s.a.w. tidak mengajar kita untuk mengucapkan “aku redha Allah sebagai Ilah (radhitu billahi Ilaahan) untuk membezakan kita dengan orang musyrik yang kononnya turut percaya Allah sebagai Rabb juga. Atau Junjungan Nabi s.a.w. mengajar kita untuk melafazkan (radhitu billahi rabban wa ilaahan) Fikirkanlah wahai ‘Uqala` dan se lagi, jangan pulak memandai nak tambah wa bil Islamil Hadari diinan, itu Nabi tak ajar.










