Terjumpa klip video yang menarik berhubung amalan bersholawat yang suka aku letak di sini untuk tatapan bersama. Mudah-mudahan menambahkan lagi semangat kita untuk istiqamah bersholawat atas Junjungan Nabi s.a.w. Tapi sebelum itu, kita lihat dulu kalam Tok Syaikh Wan ‘Ali Kutan al-Kelantani rahimahUllah dalam kitabnya “al-Jawharul Mawhub” berhubung kelebihan bersholawat di mana beliau rahimahUllah menulis antara lain:-(Kata Syaikh al-Faasi) pada syarah “Dalaailul Khairaat“:- โKetahui olehmu bahawasanya bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. sepuluh karamah:-
ADVERTISEMENT
- mensholawat akan dia oleh Malikul-Jabbar;
- mensyafaatkan dia oleh an-Nabiyul-Mukhtar;
- mengikut dengan malaikatul-akhyar;
- menyalahi akan munafiqin dan kuffaar;
- menghapuskan kesalahan dan awzaar;
- menolong bagi menyampaikan hajat dan awthaar;
- bercahaya dan cemerlang zahir dan asraar;
- kelepasan daripada huru-hara negeri Darul-Bawaar;
- memasuk akan negeri Darul-Qaraar;
- salam daripada Tuhan ar-Rahiimul Ghaffar.
(Dan lagi katanya): โTersebut di dalam “Hadaaiqul Anwaar“, bermula segala faedah dan pertaruhan bagi orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. itu empat puluh satu:-
- menjunjung titah Allah dengan sholawat itu.
- muwafaqah akan dia Allah ta`ala pada sholawat atas Nabi s.a.w.
- muwafaqah akan dia malaikat pada sholawat atas Nabi s.a.w.
- hasil sepuluh sholawat daripada Allah atas orang yang sholawat atas Nabi satu kali.
- diangkat baginya sepuluh darjat.
- disurat baginya sepuluh kebajikan.
- dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan.
- diharapkan qabul doanya.
- sebab bagi syafaat Nabi s.a.w.
- sebab bagi ghufran dosanya dan menutupi segala โuyub.
- sebab bagi memadakan barang yang dicitanya.
- sebab bagi mendampingkan hamba daripada Nabi s.a.w.
- sebab bagi menempati bersedekah.
- sebab bagi menunaikan segala hajat.
- sebab bagi sholawat Allah dan malaikat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
- sebab bagi menyucikan dan berkat atas orang yang sholawat atas Nabi s.a.w.
- sebab bagi kesukaan hamba yang disukakan dengan syurga dahulu daripada matinya.
- sebab bagi kelepasan daripada huru-hara hari qiamat.
- sebab bagi menjawab Nabi atas orang yang sholawat atasnya.
- sebab menjaga bagi lupa akan Nabi s.a.w.
- sebab menghilangkan papa orang yang sholawat atasnya.
- sebab bagi mengharumkan bau tempat sholawat dan tiada kembali atas ahlinya menyesal pada hari qiamat.
- menafikan daripada hamba itu bakhil daripada sholawat atas nabi tatkala disebut namanya.
- kemenangan daripada doa orang atasnya dan hinalah orang yang meninggal sholawat atasnya tatkala disebut akan namanya s.a.w.
- datang orang yang sholawat itu atas jalan syurga dan tersalah jalan orang yang meninggalkan dia daripada jalan syurga.
- lepas daripada busuk majlis yang tiada mengucap padanya zikrullah dan rasulNya.
- sebab bagi sempurna kalam yang dimulai dengan “alhamdulillah” dan sholawat atas Rasulullah s.a.w.
- sebab bagi kemenangan hamba dengan lalu atas shirathul-mustaqiim.
- sebab bagi berjumpa orang yang mensholawat atas Nabi s.a.w. dengan Allah dan tsanaโ yang hasan antara langit dan bumi.
- sebab bagi rahmat Allah.
- bagi berkat.
- sebab bagi berkekalan kasih akan Nabi s.a.w. dan bertambah-tambah kasih akan dia dan yang demikian itu satu tempat daripada tambatan iman kerana tiada sempurna iman melainkan kasih akan dia.
- sebab bagi kasih Nabi akan orang yang mensholawat atasnya.
- sebab bagi dapat penunjuk hamba dan hidup hatinya.
- sebab bagi dilentangkan orang yang sholawat atas Nabi s.a.w. dan disebutkan dia padanya.
- sebab bagi tetap atas imannya.
- menunaikan dengan sholawat itu daripada hak Nabi s.a.w. dan syukur atas niโmat Allah yang memberi niโmat dengan dia atas kita.
- mengandung bagi menyebut zikrullah dan syukur akan Dia dan maโrifah akan niโmatNya.
- bahawasanya sholawat daripada hamba itu doa dan memohonkan daripada Tuhan bagi dirinya.
- adalah bagi orang yang membanyakkan sholawat itu melihat akan rupanya yang mulia dan termenteri pada hatinya.
- adalah orang yang membanyakkan sholawat itu menempati akan maqam syaikh yang murabbi akan dia dan lagi sholawat itu isi-kahwin anak bidadari dan harga mahligai dan menempati akan merdeka akan sahaya dengan dia.
ุงูููู ุตู ุนูู ุณูุฏูุง ู ุญู ุฏ ู ุนูู ุงูู ู ุตุญุจู ู ุจุงุฑู ู ุณูู*******************************









