ADVERTISEMENT
Dalam catatan ini akan
disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan bidayah
(ﺑﺪﺍﻳﺔ). Insya Allah akan
ditambah lagi kitab-kitab lain. Semoga
bermanfaat.
disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan bidayah
(ﺑﺪﺍﻳﺔ). Insya Allah akan
ditambah lagi kitab-kitab lain. Semoga
bermanfaat.
1. Kitab Bidayatul
Hidayah (ﺑﺪﺍﻳﺔ ﺍﳍﺪﺍﻳﺔ). Ia merupakan sebuah karya dalam bidang
tasawuf yang disusun oleh Hujjatul islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali
(450-505H). Kitab ini dianggap sebagai ringkasan atau intipati kepada kandungan
kitab Ihya’ ‘Ulumiddin (احياء علوم الدين), karya teragung Imam al-Ghazali sendiri. Baca lagi…
2. Kitab Bidayah
al-Hidayah Syarh Matn Umm al-Barahin (بداية الهداية شرح متن أم البراهين). Ia
adalah sebuah karya dalam bidang aqidah berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal
Jama’ah. Kitab ini disusun oleh Syaikh
Muhammad Zayn bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (), seorang ulama terkenal dari
Acheh, Indonesia. Kitab ini merupakan himpunan huraian dan ulasan di dalam
bahasa Melayu terhadap kitab Umm al-Barahin(أم البراهين) , iaitu
sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal, yang disusun al-Imam Muhammad
bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani
(832-895H). Baca lagi..
3. Kitab Bidayah
al-Mubtadi wa ‘Umdah al-Awladi (بداية المبتدي وعمدة الأولادي). Ia merupakan sebuah kitab menerangkan tiga bidang utama keilmuan Islam iaitu
tauhid (akidah), fiqh, dan tasawuf. Kitab
ini ditulis dalam bahasa Melayu beraksara Arab (Jawi). Mengenai penyusun kitab
ini, terdapat perbezaan pandangan di kalangan para pengkaji. Ini berlaku kerana
penyusunnya tidak menyebutkan namanya, sama ada di bahagian pendahuluan kitab
ataupun di bahagian akhir kitab sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para
penulis kitab-kitab yang lain. Baca lagi..
4. Kitab
al-Bidayah wa al-Nihayah (البداية والنهاية) atau juga dikenali
sebagai Tarikh Ibnu Katsir (تاريخ ابن كثير). Ia adalah sebuah karya dalam bidang sejarah yang disusun oleh al-Hafizh Imaduddin
Abu al-Fida Ismail bin Umar bin Katsir al-Quraisyi al-Bashri al-Dimasyqi, al-Syafi’i
(774 H), yang terkenal dengan gelaran Ibnu Katsir. Baca lagi…
5. Kitab Bidayatul
Mujtahid wa Nihayatul Muqtashid (بداية المجتهد و نهاية المقتصد)
Ia adalah sebuah karya yang membahas tentang fiqh perbandingan mazhab, yang ditulis
oleh al-Qadhi Abul Walid Muhammad bin Ahmad Bin Muhammad Ibnu Rusyd al-Maliki al-Qurthubi (520-595H). Beliau terkenal
dengan gelaran Ibnu Rusyd al-Hafidh atau lebih dikenail dengan nama Averroes
dalam literatur barat.









