
Kitab al-Jami’ Fi al-Khatam (الجامع في الخاتم), adalah sebuah karya al-Imam Abu
Bakr Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Khasrawjirdi al-Khurasani
al-Bayhaqi (458H). Dalam kitab ini, Imam al-Baihaqi telah menghimpunkan
hadis-hadis yang berkaitan dengan pemakaian cincin.
Melayu dengan judul Rahsia Cincin Nabi dan Hukum Bercincin oleh al-Ustaz Haji Abdullah al-Qari bin Haji Salleh. Buku ini
diterbitkan oleh Al-Hidayah Publications. Buku dalam koleksi saya adalah
cetakan kedua pada tahun 2005, setebal 55 halaman.
al-Qari yang merumuskan kandungan al-Jami’ Fi al-Khatam ini, katanya;
adalah merupakan suatu sunnah (perjalanan hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu
‘Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi.
Para sahabat Nabi S.A.W., terutamanya ‘Abdullah Bin ‘Umar, adalah seorang yang
ingin benar-benar meniru sunnah Nabi S.A.W.; salin tak tumpah; di mana beliau
bercincin dalam kehidupan sehari-hari; demikian juga ‘Abdullah Bin al-Zubair
r.a. memakai cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka. Bagi
Rasulullah saw, cincin baginda adalah merupakan lambang ‘aqidah (kepercayaan)
dan politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi
baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa)”.
dibaca secara atas talian (online) di pautan الجامع في الخاتم / الجامع في الخاتم.
Semoga bermanfaat.






































