
Kitab Lubab
al-Hadith (لـبـاب الـحـديـث) adalah
sebuah kitab hadis karya al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar
al-Suyuthi al-Syafi’i (849-911 H).
400 buah hadis Nabi saw, yang menerangkan mengenai fadhail al-a’mal
(keutamaan sesuatu amalan), seperti keutamaan wuduk, keutamaan salat berjamaah,
keutamaan bertasbih, dan lain-lain. Hadis-hadis tersebut disusunkan dalam 40
bab dan setiap bab mengandungi 10 buah hadis. Menurut al-Suyuthi, semua hadis
yang dimasukkan di dalam kitab ini adalah hadis-hadis yang sahih yang boleh
dipercayai.
ini ada disebutkan oleh al-Suyuthi dalam pendahuluan kitab;
كتابا للأخبار النبوية، والآثار المروية، بإسناد صحيح وثيق، فحذفت الأسانيد،
وجعلته أربعين بابا، في كل بابٍ عشرةُ أحاديثَ، وسميته لباب الحديث“.
saya ingin menghimpunkan sebuah kitab yang memuatkan beberapa hadis Nabi dan atsar
(perkataan) para Sahabat yang diriwayatkan dengan sanad yang sahih dan boleh
dipercayai. Dan aku telah membuang beberapa sanadnya ( agar lebih ringkas ) dan
saya menjadikannya dalam 40 bab dan setiap babnya saya masukkan 10 hadis. Saya
menamakan kitab ini dengan nama ” Lubab al-Hadis ” (intisari dari
hadis)”.
ini dimulai dengan bab keutamaan ilmu dan ulama, lalu dilanjutkan dengan bab
keutamaan Laa Ilaha Illallah, keutamaan basmalah, selawat atas Nabi saw, iman,
wuduk, siwak, azan, solat berjamaah, Jumaat, masjid-masjid, berserban, puasa,
ibadah fardhu, ibadah sunah, kelebihan zakat, sedekah, salam, doa, istighfar,
dan berzikir kepada Allah.
dan keutamaan bertasbih, taubat, fakir, nikah, beratnya hukum zina, azab bagi
pelaku homoseksual, hukuman bagi peminum arak (khamar), keutamaan memanah,
berbakti kepada kedua orang tua, mendidik anak, tawaduk, diam, mengurangi makan
dan minum, menyedikitkan tertawa, menjenguk orang sakit, mengingat kematian,
mengingat kubur, larangan meratapi mayat, dan diakhiri dengan bab keutamaan sabar
apabila tertimpa musibah.
dan menjadi rujukan penting bagi seluruh umat Islam dan boleh menjadi bekal
utama dan menambah perbendaharaan hadis bagi para muballigh dan da’i.
terjemahkan ke dalam Melayu (Indonesia) dan diterbitkan oleh pelbagai
penerbitan, khusus di Indonesia. Terjemahan kitab ini boleh juga dibaca di
pautan; https://sites.google.com/site/lubabulhadist/home.
kitab Lubab al-Hadis ini telah diberikan huraian (syarah) oleh dua orang tokoh
ulama Nusantara (Melayu), iaitu;
edisi Arabnya (file word) boleh dibaca dan di-download di pautan http://almeshkat.net/images/icons/doc.png.
Semoga bermanfaat.








































