ingin menghidangkan kepada pembaca mengenai satu penemuan yang saya anggap
sangat perlu dikongsi dengan pembaca, khususnya mereka yang meminati dan
menekuni kitab Munyah al-Mushalli, karya
terkenal al-‘Allamah Syaikh Daud bin Abdullah
al-Fathani. Mungkin, menurut anggapan
saya penemuan ini belum lagi dikemukakan oleh mana-mana pengkaji kitab ini.
Wallahu a’lam.
penelitian saya terhadap sebahagian isi kandungan kitab Munyah al-Mushalli saya dapati ia merupakan terjemahan beberapa
petikan dari bab Solat yang terdapat dalam kitab al-Nasha-ih al-Diniyyah wa al-Washya al-Imaniyyah (النصائح الدينية والوصايا الايمانية), iaitu sebuah karya al-Imam al-Habib Abdullah bin ‘Alawi bin Ahmad al-Haddad (1044-1132H), yang disusun kembali oleh
Syaikh Daud al-Fathani dengan beberapa pengubahsuaian.
dari permulaan kitab Munyah al-Mushalli lagi. Petikan-petikan yang diambil oleh
Syaikh Daud al-Fathani ini hanyalah melibatkan hikmat dan kelebihan solat
sahaja, tidak melibatkan perkara hukum dan kaifiat solat. Di mana mengenai
kaifiat solat Syaikh Daud banyak merujuk kepada beberapa kitab fiqh mazhab
Syafi’i yang muktabar sebagaimana yang telah disebutkan dalam artikel ringkas
mengenai kitab Munyah al-Mushalli yang
telah saya terbitkan sebelum ini.
tiga buah rujukan utama kajian ini;
kitab Nasha-ih al-Imaniyyah wa al-Washaya al-Imaniyyah,
karya al-Habib Abdullah bin ‘Alawi al-Haddad al-Hadhrami. Saya perolehi dalam
format pdf yang berasal dari cetakan ketiga
Dar al-Hawi pada tahun 1999. Dalam kajian ini, jika saya menyebut al-Nashaih
maka ia merujuk kepada buku ini.
– karya al-Marhum Wan Mohd Shaghir bin Abdullah. Kebanyakan transliterasi
terjemahan dari kitab Munyah al-Mushalli saya ambil dari rujukan ini.
Almarhum Syed Ahmad Semait. Sebuah karya terjemahan kitab Nasha-ih al-Imaniyyah wa
al-Washaya al-Imaniyyah. Rujukan ini saya ambil sebagai perbandingan
terjemahannya dengan terjemahan Syaikh Daud Fathani dalam kitab Munyah
al-Mushalli. Di beberapa tempat saya ambil terjemahan dari buku ini sebagai
pelengkap terjemahan bagi beberapa petikan teks yang ditinggalkan oleh Syaikh
Daud.
menyiarkan kajian ringkas yang diberi judul “ PETIKAN TEKS DARI BAB SOLAT DALAM KITAB
NASHA–IH
AL-DINIYYAH WA AL-WASHAYA AL-IMANIYYAH DAN TERJEMAHANNYA DARI KITAB MUNYAH
AL-MUSHALLI: TRANSLITERASI DAN TAHKIK” ini secara bersiri dalam blog
ini. Untuk siri pertama, saya mulakan dengan memaparkan muqaddimah Syaikh Daud
al-Fathani. Semoga bermanfaat
mukmin di dalam negeri akhirat.
sekalian alam. Tuhan yang menjadikan sembahyang – yakni sembahyang lima waktu –
ini jalan segala orang muttaqin.
sembahyang itu sejuk mata hati penghulu segala mursalin, [yakni dijadikan sejuk
mata hati Nabi – saw – dengan musyahadah akan Tuhannya di dalam
sembahyangnya][3].
Dan menjadikan sembahyang itu satu rukun daripada rukun agama.
manis khidmat sembahyang yang menempati syurga yang disegerakan di dalam dunia bagi
segala hambaNya yang muhibbin. Dan tempat galian segala rahsia daripada
bagi tajalli Allah bagi orang yang ‘asyiqin, [yakni rindu mereka itu
akan mahbub[4] nya][5]
pada hari kiamat. Dan atas segala keluarganya, segala sahabatnya dan segala
ikutannya daripada anak buahnya yang suci mereka itu. Rahmat dan salamNya yang
berkekalan kedua[-dua] nya hingga hari kiamat.
Baca SIRI 2
Dilampirkan muqaddimah
Syaikh Daud al-Fathani bagi kitab Munyah
al-Mushalli sebagai pendahuluan kajian ringkas ini.
رسالة : Penulisan Syaikh Daud terbahagi
kepada dua bentuk, iaitu risalah dan kitab. Risalah lebih kecil dari kitab, ia
hanya membincangkan dan menumpukan
kepada sesuatu bab atau topik tertentu sahaja, seperti bab sembahyang atau bab perburuan dan sembelihan dan
seumpamanya. Manakala kitab pula merupakan suatu perbincangan yang menyeluruh
an merangkumi sebua bab dalam bidang fiqh atau ‘aqidah atau tasawwuf. Contoh
penulisan beliau yang berbentuk risalah ialah seperti Munyah al-Mushalli, al-Shaid
wa al-Zaba-ih dan Hukum Haid dan Istihadah. Manakala penulisan beliau yang
berbentuk kitab seperti Hidayah
al-Muta’allim wa ‘Umdah al-Mu’allim,
Fath al-Mannan dan al-Dur
al-Thamin.
huraian Syaikh Daud Fathani bagi teks sebelumnya.
SWT.
Syaikh Daud Fathani bagi perkataan “’asyiqin”
Daud Fathani menterjemahan perkataan selawat (الصلاة ) dengan maksud “rahmat”, kerana jika perkataan الصلاة
dinisbahkan kepada Allah ia bermaksud ‘rahmat’ (Rahmat Allah). Jika
dinisbah kepada malaikat, ia bermaksud ‘istighfar’ (keampunan). Manakala
jika dinisbahkan kepada manusia ia bermaksud “doa” (Mawahib al-Shamad, hal.10)
“Pesuruh” bermaksud “utusan”, iaitu orang yang diutus atau
disuruh (diperintah) oleh Allah untuk menyampaikan agama Islam kepada manusia.







































