Kitab Umm al-Barahin (أمالبراهين)
adalah sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal di kalangan para ulama
Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari aliran al-Asya’irah. Kitab ini adalah sebuah karya al-Imam Muhammad
bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani al-Tilimsani
(832-895H).
gelaran Imam al-Sanusi ini, merupakan seorang tokoh terkenal Ahli Sunnah
wa Jama’ah, yang mendokong fahaman akidah dari aliran al-Asya’irah. Beliau merupakan seorang ilmuan Islam yang disegani
pada kurun ke 9 Hijrah. Beliau mempunyai pengaruh yang besar
terhadap perkembangan disiplin ilmu akidah semasa hayat dan selepas kewafatannya.
Beliau mempunyai pendekatan yang tersendiri, mudah dan ringkas dalam menyebarkan disiplin
ini merupakan asas kepada penerimaan generasi berikutnya terhadap hasil karya
al-Sanusi. Asas yang dibentuk oleh al-Sanusi menjadi acuan dalam perbincangan
dan penulisan disiplin pengajian akidah selepasnya.
dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Sughra
dan Dhat al-Barahin adalah intipati
dari kitab `Aqidah Ahl al-Tawhid, iaitu
sebuah karya al-Sanusi sendiri yang juga dikenali dengan nama al-‘Aqidah al-Kubra. Penghasilan karya ini
adalah kesinambungan dari usaha-usaha penghasilan karya ilmiah dalam bidang
akidah sejak kurun kedua Hijrah lagi. Ia dihasilkan bagi memenuhi tuntutan
semasa masyarakat Islam yang amat memerlukan kepada satu karya akidah yang
kemas dan mantap untuk digunakan bagi menghadapi suasana semasa umat Islam yang
amat mencabar, berikutan penularan pengaruh ilmu falsafah dalam perbahasan ilmu
akidah, sehingga masyarakat tidak dapat membezakan di antara unsur agama iaitu
akidah dengan unsur falsafah
tentulah penulisan beliau dalam Umm
al-Barahin ini berasaskan metode al-Asya`irah yang menggunakan metode
mantik atau logik dan ilmu wahyu dalam proses pendalilan bagi mengisbatkan
doktrin-doktrin akidah Islam.
kitab Umm al-Barahin
bidang akidah perbahasan akidah akan meliputi apa yang terkandung dalam Rukun Iman yang
enam. Namun begitu, kitab kecil ini hanya membincangkan permasalahan akidah
yang berkaitan dengan ketuhanan dan kenabian sahaja. Secara kasarnya kitab ini
mengandungi empat bahagian utama iaitu:
akal. Dalam bahagian ini beliau menjelaskan bahawa ada tiga hukum akal iaitu
al-wujub (wajib), al istihalah (mustahil) dan al-jawaz (harus).
sifat yang wajib dan mustahil bagi Allah yang wajib diketahui oleh mukallaf dan
satu sifat yang harus bagi Allah S.W.T. yang wajib diketahui oleh mukallaf.
sifat sahaja yang wajib dan mustahil dan satu sifat harus bagi rasul yang wajib
atas setiap mukallaf mengetahuinya.
al-Syahadah. Dalam bahagian ini al-Sanusi menghuraikan dua kalimah syahadah
berasaskan sifat sifat yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah S.W.T. dan
Rasul a.s. di sini juga beliau menjelaskan dua sifat ketuhanan iaitu
al-istighna’ dan al-iftiqar.
bahawa walaupun kitab ini adalah sebuah karya akidah yang kecil, ringkas dan
padat, namun isi kandungannya mencakupi sebahagian besar asas akidah Islam
iaitu al-ilahiyyat dan al-nubuwwat. Gaya bahasa yang digunakan
oleh al-Sanusi mudah difahami dan ciri ini merupakan antara keistimewaan karya
ini.
kitab Umm al-Barahin
karya akidah berbahasa Arab yang menghuraikan atau mensyarahkan kitab Umm
al-Barahin. Kewujudan pelbagai versi kitab syarahan terhadap kitab Umm
al-Barahin ini menunjukkan betapa besarnya pengaruh Umm al-Barahin dalam
kalangan para ulama’ yang menyusul selepas al-Sanusi, di antaranya :
al-Sanusi sendiri[1].
karya al-`Allamah Ibrahim al-Bayjuri (1198H/1784M -1277H/1860.).
al-Makki bin Muhammad bin ‘Ali Ibn ‘Abd al-Rahman al-Syarsyali, Abu Hamid
al-Batawari (1355H/ 1936M).
al-Sanusiyyah al-Sughra, karya Ibrahim bin Ahmad al-Marighani al-Tunisi (1349H).
`Isa al-Anshari ().
karya Syaikh Sa’id ‘Abd al-Lathif Fawdah.
al-Sanusiyyah, karya al-Shaykh Muhammad al-Hashimi dan dicetak di Matba`ah
Mustafa al-Babi al-Halabi, Mesir.
Mansur al-Hudhudi[3].
dalam bahasa Melayu yang berkaitan dengan kitab Umm al-Barahin
Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Zayn al-‘Abidin bin Muhammad al-Fathani. Ia
dicetak di Matba‘ah bin Halabi, Thailand. Kata al-Syaikh Zayn al-`Abidin:
mereka itu akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu suatu kitab pada menyatakan
ilmu usuluddin pada hal aku terjemahkan daripada Muqaddimah Syaikh Sanusi serta
aku tambahkan atasnya daripada beberapa kalam syarahnya dan hasyiahnya supaya
nyata maksud daripada kalam syaikh itu dan jikalau tiada aku ahli bagi yang
demikian itu sekalipun tetapi i`timadku kepada tawfiq al-Karim al-Wahhab[4].
penulisannya oleh Syaikh Zayn al-‘Abidin pada hari Sabtu bulan Jamad al-Akhir,
tahun 1308 Hijrah. Baca lagi…
Kitab yang dikarang oleh al-Syaikh Muhammad Zayn Ibn al-Faqih Jalal al-Din ini
dicetak di Matba`ah bin Halabi, Fatani, Thailand. Kitab ini merupakan himpunan
huraian dan ulasan terhadap kitab Umm
al-Barahin di dalam bahasa Melayu (Jawi). Ia dikhususkan untuk golongan
yang baru mendekati ilmu akidah[5].
al-Taqwa. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Muhammad bin Zayn al-Din bin
Muhammad Badawi al-Sambawi. Kitab ini adalah huraian kitab Umm al-Barahin dalam
bahasa Melayu. Kata al-Syaikh Muhammad bin Zayn:
telah meminta akan hamba oleh setengah daripada orang yang tiada meluaskan akan
hamba oleh menyalahi akan dia bahawa hamba surat akan risalah yang yang indah
dengan bahasa jawi hal keadaannya menjadi Syarah atas matan Umm al-Barahin ”[6].
Minha al-Natijah al-Suhgra. Kitab ini dikarang oleh al-Syaikh Isma’il Ibn
al-Fadil ‘Abdullah al-Khalidi al-Naqshabandi. Kitab ini merupakan himpunan
huraian dan ulasan kitab Umm al-Barahin. Kata Syaikh Isma’il:
risalah yang dipindahkan akan dari segala kitab usul al-din ertinya segala
pohon agama daripada bahasa Arab kepada bahasa Melayu, iaitu dipindahkan
daripada Syarh Umm al-Barahin, karangan imam al-Sanusi dan mengait syarahnya
itu jua al-Hudhudi Syarh Umm al-Barahin itu juga dan Tilimsani Sharh Umm
al-Barahin itu jua dan Syarh Umm al-Barahin itu jua bagi al-Sanusi itu dan
lainnya daripada segala kitab yang diambil faqir sedikit-sedikit sekadarkan
dapat difahamkan oleh yang baharu belajar ilmu usul al-din yang berkehendak ia
kepada menuntut perkataan-perkataan matan kitab yang bernama Umm al-Barahin
karangan Imam al-Sanusi ”[7].
ini selesai dikarang oleh Syaikh Isma`il pada 15 Jamad al-Akhir, tahun 1304
Hijrah. Isi kandungan kitab ini dipersembahkan oleh Syaikh Isma`il dalam bentuk
soal jawab.
oleh Muhammad Tayyib Ibn Mas`ud al-Banjari. Kitab ini juga merupakan himpunan
huraian kitab Umm al-Barahin yang
disusun kembali oleh pengarang mengikut kesesuaian sasaran pembaca. Pengarang
juga menambah beberapa keterangan untuk menjelaskan lagi maksud ungkapan
ungkapan perkataan yang terkandung di dalam kitab Umm al-Barahin. Kata al- Syaikh Muhammad Tayyib;
simpulan iman daripada kitab Umm al-Barahin dengan bahasa mereka dan aku
datangkan dengan dalil pada sisi madlulnya dan aku nyatakan segala makna
tiap-tiap ‘aqa’id itu dengan barang yang aku tilik akan dia daripada segala
syarah dan segala hashiyah atas jalan memendekkan kerana memudahkan mereka itu
”[8].
kitab Umm al-Barahin
melalui karyanya yang berjudul `Aqidah
Sughra al-Sughra. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab `Aqidah al-Sughra. al-Sanusi hanya
menyenaraikan isi-isi penting kandungan akidah dengan huraian yang amat
ringkas. Ia bolehlah diklasifikasikan sebagai nota ilmu akidah.
menghuraikan kitab ‘Aqidah Shughra al-Shughra
melalui karyanya Syarh Shughra al-Shughra.
Di samping itu, al-Sanusi juga ada menyusun sebuah ringkasan bagi kitab `Aqidah Sughra Sughra dengan karyanya `Aqidah Sughra Sughra al-Sughra.
kembali berdasarkan beberapa petikan dari
artikel yang berjudul PENGARUH UMM AL-BARAHIN KARANGAN AL-SANUSI DALAM
PENULISAN KARYA AKIDAH DI ALAM MELAYU, oleh Engku Ku Hassan Engku Wok Zin dan
Mohd Fauzi Hamat. Sila klik pautan
berikut untuk membaca dan memuat turun artikel tersebut.
Kitab ini telah diberikan komentar (hasyiah)
oleh Syaikh Muhammad bin Ahmad bin ‘Irfah al-Dusuqi melalui karyanya Hasyiyah ‘ala Syarh Umm al-Barahin.
Ia dicetak di Dar-al-Razi, Jordan.
Kitab ini adalah hasil pemurnian pengarang terhadap kitab Syarh Umm al-Barahin,
karya Ahmad bin `Isa al-Anshari. Beliau melakukan pemurnian dari aspek
mempermudahkan mana-mana ungkapan yang sukar difahami oleh pembaca. Di samping
itu, beliau sedaya upaya mengekalkan struktur asal kandungan kitab karangan
al-Anshari. `Abd al-Lathif Fawdah juga membuat pembetulan terhadap kesilapan
cetakan supaya ia menepati apa yang dikehendaki oleh Syaikh al-Anshari.
Kitab ini telah diberikan komentar
(hasyiah) oleh Syaikh ‘Abdullah bin Hijazi al-Syarqawi al-Syafi’i (1227H),
melalui karyanya Hasyiyah`ala Syarh Umm al-Barahin li al-Hudhudi.
al-Fathani (t.t), `Aqidah al-Najin fi
`Ilm Usul al-Din, Thailand: Matba`ah bin Halabi, h. 2.
Jalal al-Din (t.t.), Bidayah al-Hidayah
Sharh Matn Umm al-Barahin. Thailand: Matba`ah bin Halabi, Fatani, h. 2.
al-Syaikh Muhammad bin Zayn al-Din
bin Muhammad Badawi al-Sambawi (t.t), Siraj
al-Huda Pada Menyatakan `Aqidah Ahl al-Taqwa. Singapura: al-Haramayn li
al-Tiba`ah wa al-Nashr, h. 2.
(1309), al-Muqaddimah al-Kubra allati
Tafara`at Minha al-Natijah al-Suhgra. Kaherah: Matba`ah al-Amirah, h. 2.
Muhammad Tayyib Ibn Mas`ud
al-Banjari (t.t), Miftah al-Jannah. Thailand: Matba`ah bin Halabi, h. 3.








































