
al-Thalibin (كنز الراغبين شرح منهاج الطالبين) merupakan
sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam al-Hafiz
Jalaluddin Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Ibrahim bin Ahmad bin Hasyim
al-Mahalli al-Mishri al-Syafi’i (791-864H), seorang tokoh ulama mazhab Syafi’i
yang terkenal.
ulama mazhab sebagai Syarh al-Mahalli
‘ala al-Minhaj ini, adalah sebuah kitab huraian yang agak ringkas bagi kitab
Minhaj al-Thalibin karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
diterbitkan oleh Dar al-Minhaj (2013), isi kandungan kitab ini di bahagikan
kepada 4 juzuz, yang dicetakkan dalam dua jilid.
perhatian para ulama dan telah diberikan komentar (hasyiah) oleh beberapa orang
ulama, antaranya;
Abdul Rahman al-Bakri al-Shiddiqi al-Mishri (891H), melalui karyanya al-Ibtihaj bi Hawasyi al-Minhaj ‘ala Syarh al-Mahalli.
(Ibn al-Suyufi) (925H)
Abdul Rahman al-Bakri al-Shiddiqi (952H).
al-Burullusy (957H), melalui karyanya Hasyiah ‘Amirah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala
Minhaj al-Thalibin.
al-Sunbathi (995H).
Muhammad bin Muhammad bin Ahmad (984H) –terkenal dengan nama Ibn Radiyuddin
al-Ghazzi al-‘Amiri al-Qurasyi. Beliau menyusun dua buah hasyiah bagi kitab
Syarh al-Mahalli ini.
al-Bakri al-Syafi’i (1006H).
karyanya al-Kasyf al-Mujalla fi al-Kalam
‘ala al-Minhaj wa al-Syarih al-Mahalli.
(1022H).
al-Mishri (1024H)
al-Beiruti al-Syafi’i (1064H), melalui karyanya Fath al-Tajalli ‘ala al-Minhaj
wa al-Mahalli.
Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri (1069H), melalui karyanya Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala
Minhaj al-Thalibin.
bin Ali al-Mishri al-Ajhuri (1070H).
al-Syafi’i.
disebutkan di atas, ada dua hasyiah yang paling terkenal dan menjadi rujukan
para ulama, khususnya di kalangan ulama terkemudian (mutakhir), iaitu;
al-Mahalli, karya al-Imam ‘Amirah, Syihabuddin Ahmad al-Burullusy
(957H).
Minhaj al-Thalibin, karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin
Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri (1069H).
mutakhir, kedua-dua hasyiah ini telah diterbitkan bersama dalam sebuah kitab,
seolah-olah kedua-duanya hanyalah satu kitab sahaja. Dalam beberapa cetakan
kedudukan Hasyiah al-Qalyubi biasanya diletakkan di atas Hasyiah ‘Amirah. Oleh
itu, ia telah diterbitkan dengan judul gabungan dua kitab, iaitu “Hasyiata Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin” (حاشيتا قليوبي وعميرة على شرح المحلى على منهاج الطالبين).
boleh dibaca dan dimuat turun melalui pautan berikut;







































