Kitab al-WajizFi Fiqh al-Imam al-Syafi’i (الوجيز في فقه الإمام الشافعي) adalah sebuah kitab karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad
bin Muhammad al-Ghazali (450-505H) dalam bidang fiqh berdasarkan mazhab
al-Syafi’i.Kitab al-Wajiz adalah
karya fiqh yang ringkas dan padat yang menghimpunkan rumusan al-Ghazali
terhadap pendapat-pendapat tokoh fuqaha mazhab Syafi’i sebelumnya mengenai beberapa
permasalahan fiqh. Di samping pendapat-pendapat Imam Syafi’i dan tokoh-tokoh
mazhabnya, disebutkan juga beberapa pendapat lain seperti pendapat Imam Abu
Hanifah dan Imam Malik sebagai perbandingan.
dalam rantaian siri karya fiqh al-Ghazali yang terkenal, iaitu al-Basith,
al-Wasith dan al-Wajiz. Sumber penyusunan ketiga-tiga kitab tersebut
berdasarkan kitab Nihayah al-Mathlab fi Dirayah al-Mazhab[1]
(نهاية المطلب في دراية المذهب) karya agung al-Imam
Ruknuddin Abu al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini[2]
(419-478H). Menurut Ibn Hajar al-Haytami, pada awalnya al-Imam al-Ghazali telah
meringkaskan kitab Nihayah al-Mathalib
melalui kitabnya al-Basith dan kemudiannya, al-Ghazali telah meringkaskan kitab
al-Basith pula melalui karyanya yang berjudul al-Wasith. Akhirnya al-Ghazali
telah meringkaskan lagi kitab al-Wasith melalui kitabnya yang berjudul al-Wajiz[3].
antara rujukan fiqh yang utama dalam mazhab al-Syafi’i. maka tidak hairanlah ia
telah mendapat perhatian dan sentuhan pena di kalangan ulama mazhab Syafi’i
dengan menyusun beberapa karya fiqh sama ada sebagai huraian (syarah) atau ringkasannya.
Ibham al-Wajiz wa al-Wasith (شرح إبهام الوجيز والوسيط),
karya Syaikh As’ad bin Mahmud al-‘Ujli (600H).
al-Wajiz, karya al-Imam Fakhruddin, Abu Abdullah Muhammad bin ‘Umar bin
al-Husain al-Razi (544-606H).
al-Wajiz, karya Mu’inuddin Abu Hamid Muhammad bin Ibrahim bin Abu al-Fadhl
al-Sahli al-Jajarmi (613H)
fi al-Furu’ ‘ala al-Wajiz, karya Imam
Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (623H).
Syarh al-Wajiz, karya Tajuddin Abu al-Qasim Abdul Rahim bin Muhammad bin
Muhammad al-Mawshuli (671H)
berikut adalah antara ringkasan bagi kitab al-Wajiz;
(Talkhish al-Wajiz), karya Aminuddin Abu al-Khayr Muzaffar bin Abu Muhammad bin
Ismail al-Rarani al-Tibrizi (558-621H)
karya al-Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad bin Abdul Karim al-Rafi‘i
al-Qazwaini (624H)
fi Ikhtishar al-Wajiz, karya Tajuddin Abu al-Qasim Abdul Rahim bin Muhammad bin
Muhammad al-Mawshuli (671H)
al-Mathlab ini dianggap sebagai sebuah
ensiklopedia fiqh mazhab Syafi’i yang menjadi sumber kepada penyusunan
kitab-kitab fiqh Syafi’iyah yang muncul selepasnya. Kitab ini juga dikenali
sebagai “al-Mazhab al-Kabir”.
gelaran Imam al-Haramain. Dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i, jika
disebutkan julukan “al-Imam” tanpa nama atau gelaran yang lain, maka ia merujuk
kepada Imam al-Haramain ini.
al-Wajiz bukan sekadar ringkasan kitab
al-Wasith, bahkan ia adalah ringkasan kandungan dari kedua-dua kitab al-Basith
dan al-Wasith, serta beberapa tambahan dari
rumusan al-Ghazali terhadap fiqh mazhab Syafi’i.
telah diringkaskan oleh Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H)
melalui kitabnya yang berjudul Rawdhah al-Thalibin.
oleh Ibn Daqiq al-‘Id, Taqiyuddin Abu al-Futuh Muhammad bin ‘Ali (625-702H)
melalui karyanya yang berjudul Syarh al-Mukhtashar al-Tibrizi.
Kitab al-Muharrar
telah diringkaskan oleh Imam al-Nawawi melalui kitabnya Minhaj al-Thalibin dengan beberapa tambahan. Manakala al-Qadhi
Syihabuddin Ahmad bin Yusof al-Sanadi (895H) telah menghurai (syarah) kitab
al-Muharrar melalui karyanya yang berjudul Kashf
al-Durar fi Syarh al-Muharrar.





































