
(مختصر فقه السنة ) adalah
sebuah buku yang disusun oleh Syaikh Sulaiman bin Ahmad al-Faifi sebagai ringkasan bagi kitab Fiqh
al-Sunnah, iaitu sebuah karya utama al-Allamah Syaikh Sayyid Sabiq (1915-2000).
bahawa kitab Fiqh al-Sunnah sangat
terkenal di kalangan masyarakat Islam dan menjadi rujukan para ulama masa kini,
khususnya mengenai masalah perbandingan mazhab. Penyusunannya dengan bahasa
yang mudah, tanpa memuatkan istilah-istilah fiqh yang berat membuatkan kitab
Fiqh al-Sunnah sangat popular dan menjadi rujukan masyarakat. Sehingga kini,
kitab Fiqh al-Sunnah telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia,
termasuklah dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Indonesia.
Mukhtashar Fiqh Sunnah ini, seorang
pengarang Islam yang terkenal masa kini iaitu Syaikh Dr Aidh bin
Abdullah al-Qarni telah memperihalkan mengenai kitab ini, katanya;
rujukan oleh seorang muslim di setiap waktu sehingga ia pun boleh selalu
memperbaharui pengetahuan tentang fiqh al-‘amal (fiqih praktikal) dan sentiasa
mengingatnya”.
oleh peringkasnya dengan teliti agar ia tetap menjaga kesamaan dan
ketersampaian isi pembahasan yang terkandung di dalam kitab induknya. Penyajiannya
yang cukup dalam satu jilid saja tentu memberi nilai kepraktisan tersendiri
dibandingkan naskah asalnya yang telah dicetak dalam 3 jilid.

kitab ini adalah dalam setiap pembahasan selalu disertakan dalil dari al-Quran,
hadis, dan ijmak para ulama. Bahkan beberapa hadis yang belum ditakhrij di
kitab induknya kini telah dilengkapi. Selain itu, peringkas juga telah
meringkas seluruh tema pembahasan dan masalah fiqh yang ada dalam kitab aslinya
sehingga pembaca dapat dengan mudah memahami inti dari setiap pembahasan.
cetakan pertamanya pada tahun 2011 oleh Dar al-Hadharah, Riyadh Arab Sa’udi. Ketebalan
edisi ini merangkumi 702 halaman.
maya, saya dapati kitab Mukhtashar Fiqh Sunnah ini telah diterjemahkan dalam
bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan.






































![[Lirik+Terjemahan] SKE48 – Kanojo ga Iru (Kau Punya Pacar)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/201603040000_09204.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)
![[Lirik+Terjemahan] SKE48 – Tabi no Tochuu (Dalam Perjalanan)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/201603040001_09708.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)
