
al-Fiqh
al-Syafi’i al-Muyassar (الفقه الشافعي الميسر) merupakan sebuah karya
fiqh mazhab Syafi’i semasa yang disusun oleh seorang ulama dan tokoh fiqh
terkenal masa kini, iaitu al-‘Allamah Prof. Dr Wahbah al-Zuhaili (1932-2015)
ini memuatkan perbincangan hukum hakam Islam dalam berbagai aspek kehidupan berdasarkan
hasil ijtihad Imam al-Syafi’i dan para tokoh ulama mazhab Syafi’i terdahulu.
Dr Wahbah al-Zuhaili, kandungan karya beliau ini disusun berdasarkan berbagai
pendapat mazhab Syafi’i yang dianggap muktamad sebagaimanan yang terdapat dalam
dua kitab karya Imam al-Nawawi r.h (676H), iaitu kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dan Minhaj
al-Thalibin, tanpa merujuk kepada karya Imam al-Nawawi yang lain atau
kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i yang lain.
umumnya, kandungan kitab ini disusun dalam lima bab, yang didahului dengan
sebuah pendahuluannya yang memuatkan biografi Imam Syafi’i dan keistimewaan
Mazhab Syafi’i. Berikut adalah ringkasan kandungan kitab al-Fiqh al-Syafi’i al-Muyassar;
1: Thaharah dan Ibadat
2: Muamalat
3: Kekeluargaan Islam
4: Jinayah, Hudud dan Jihad
5: Kaedah Pembuktian dan Keputusan Hukum
cetakan pertama tahun 2008 oleh Dar al-Fikr, Syria kitab ini diterbitkan dalam
dua jilid (juzuk). Untuk membaca kitab ini dalam bentuk fail PDF, sila klik
pautan Cover, Jilid 1, Jilid 2.
perkongsian maklumat, terjemahan kitab ini dalam bahasa Indonesia ada
diterbitkan oleh Almahira, Jakarta dengan cetakan pertamanya pada tahun 2010. Buku
terjemahan dengan judul Fiqih Imam Syafi’i
ini diterbitkan dalam 3 jilid.
bermanfaat.







































![[Lirik+Terjemahan] Tomomi Itano – Little (Kecil)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/Itano-Tomomi-Little.jpg?fit=500%2C500&ssl=1)
