
Iqamat Menurut Ulama Mazhab Syafi’i adalah judul sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i semasa
yang disusun oleh Ustaz Mohammad Haidzir Hussin, seorang pensyarah di Jabatan
Tahfiz Kolej Pengajian Islam, Johor.
judulnya, kandungan buku ini menyentuh pelbagai isu dan hukum yang berkaitan
dengan azan dan iqamat secara terperinci berdasarkan mazhab Syafi’i. Buku ini
perlu dimiliki oleh umat Islam, khususnya para muazin kerana kandungannya dapat
memberi panduan yang berguna, yang dapat menjawab beberapa permasalahan yang
berkaitan dengan dengan azan dan iqamat.
penyusunnya, maklumat-maklumat dan hukum-hakam mengenai azan dan iqamat dalam
buku ini, dinukilkan darupada beberapa buah buku yang muktabar di dalam mazhab
Syafi’i sebagaimana yang disebutkan di dalam bibliografi di akhir buku ini.
begitu, menurut penyusunnya kitab yang menjadi rujukan utama beliau ketika
menyiapkan karya beliau ini ialah kitab Mughni
al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj karya
al-‘Allamah Muhammad Khathib al-Syarbini dan kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin
Syaraf al-Nawawi.
ini telah diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd dengan cetakan pertamanya pada
tahun 2012. Buku ini mempunyai ketebalan sebanyak 152 halaman, tidak termasuk
halaman kata pengantar dan halaman bibliografi.
ke pautan http://www.telagabiru.com.my/produk/buku/hukum-hakam-azan-iqamat-menurut-ulama-mazhab-syafi-i
untuk mendapat maklumat lanjut mengenai buku ini. Semoga bermanfaat.








































