Kitab al-Musnad, hasil karya Imam Ahmad B. Hanbal (241H)atau nama penuhnya Abu ‘Abdillah Ahmad B. Muhammad B. Hanbal B. Hilaal B. Asad
B. Idriis B. ‘Abdillah B. Hayyaan adz-Dzuhliy asy-Syaibaaniy al-Marwaziy
kemudian al-Baghdaadiy. Salah seorang imam yang disepakati keimamannya, Syaikh
al-Islaam, tsiqah, faqiih, haafiz, lagi hujjah.
sebagai Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal ini, merupakan salah satu kitab hadis
ahlus sunnah wal-jama’ah, yang menjadi rujukan penting dalam bidang hadis,
tafsir, fiqh, ‘aqidah, sirah, dan selainnya.
menghimpunkan ribuan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
berserta atsar-atsar para sahabat yang diriwayatkan secara musnad (bersanad).
Hajjaaj B. asy-Syaa’ir
rahimahullah berkata:
ada di suatu jasad yang lebih utama (afdhal) berbanding Ahmad B. Hanbal.”
Abu Bakr B. Abi Daud
as-Sijistani rahimahullah berkata: “Tidak ada di zaman Ahmad B. Hanbal orang yang seumpamanya.”
Abu Zur’ah
rahimahullah berkata: “Ahmad bin Hanbal hafal sejuta hadis.”
berkata: “Beliau adalah orang yang paling
‘aalim (berilmu) terhadap mazhab sahabat dan tabi’in.”
terdapat di banyak kitab, di antaranya: Tahdziib al-Kamaal, 1/437-470, no. 96,
Siyar A’laam an-Nubalaa’, 11/177-359, no. 78, al-Jarh wa al-Ta’diil, 1/292-313,
dan yang lainnya.
rahimahullah menyusun kitab al-Musnad berdasarkan tertib susunan berikut;
Sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk Syurga, kemudian:
‘Abdurrahmaan B. Abi Bakr, Zaid B. Khaarijah, Al-Haarits B. Khazamah,
dan Sa’d B. Maulaa Abi Bakr, kemudian:
Musnad Ahlul-Bait, kemudian:
Musnad dari kalangan sahabat-sahabat lainnya, di antaranya: Ibnu
Mas’oud, Ibnu ‘Umar, Abu Hurairah, Abu Sa’iid Al-Khudriy, Jaabir, Anas, Ibnu
‘Amru B. Al-‘Aash, dan yang lainnya, demikian seterusnya:
Musnad penduduk Makkah (Makiyyiin).
Musnad penduduk Madinah (Madaniyyiin).
Musnad penduduk Syaam (Syaamiyyiin)
Musnad penduduk Kuufah (Kuufiyyiin).
Musnad penduduk Bashrah (bashriyyiin).
Musnad Al-Anshaar
Musnad ‘Aaisyah dan para shahabiyyaat.
Kabilah-kabilah yang lain.
Kitab Al-Musnad susunan Imam Ahmad;
berkata: Telah menceritakan
kepada kami Hanbal, beliau berkata: “Ahmad B. Hanbal mengumpulkan kepada kami,
iaitu aku, Sholeh, dan ‘Abdullah. Beliau membacakan kepada kami al-Musnad yang
tidak ada yang mendengarnya selain kami. Beliau berkata:
aku kumpulkan dan aku pilih dari lebih 750.000 hadis. Dan apa yang
diperselisihkan kaum muslimin dari hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa Sallam, maka merujuklah kepadanya. Apabila kalian mendapatkan padanya (hadis
tersebut, maka itu dapat dipergunakan sebagai hujjah). Namun jika kalian tidak
mendapatkannya, maka ia tidak dapat digunakan sebagai hujjah.” (Adz-Dzahabi,
Siyar A’lam an-Nubala’, 11/329)
Abu Muusaa Muhammad
B. Abi Bakr Al-Madini rahimahullah (Wafat: 581H) berkata:
yang teguh (terpercaya) bagi ahli hadis. Ia (Ahmad) memilahnya (mengasingkan)
dari hadis-hadis yang banyak dan riwayat yang melimpah, sehingga menjadikannya
sebagai imam dan pedoman, serta sandaran ketika terjadi perselisihan.”
(Khashaaish Musnad Al-Imaam Ahmad, m/s. 13)
Jumlah Hadis dalam Al-Musnad;
bin Abi Bakr Al-Madiniy rahimahullah berkata:
“Adapun jumlah hadis dalam kitab Al-Musnad, maka
aku sentiasa mendengar dari ucapan manusia bahawa ia berjumlah 40, 000 hadis,
sehingga aku membacakannya kepada Abu manshuur B. Zuraiq di Baghdaad: Telah
mengkhabarkan kepada kami Abu Bakr Al-Khathiib, beliau berkata: Telah berkata
Ibnul-Munaadi: ‘Tidak ada di dunia seorang pun yang meriwayatkan daripada
ayahnya lebih banyak darinya, iaitu ‘Abdullah B. Ahmad B. Hanbal. Karena ia
mendengar Al-Musnad yang jumlahnya 30, 000 hadis, dan Tafsiir yang jumlahnya
120, 000 hadis…” Aku tidak tahu adakah yang disebutkan oleh Ibn al-Munaadi
adalah hadis yang tidak diulang-ulang ataukah hadis lain yang diulang-ulang?
Sehingga kedua perkataannya itu mungkin benar…” (Khashaaish Musnad Al-Imaam Ahmad, m/s.
15)
dengan versi cetak yang sampai kepada kita, maka jumlah hadisnya seperti
berikut:
Cet. 1/1419H, tahqiq: As-Sayyid Abul-Ma’aathiy An-Nuuriy dan
sahabat-sahabatnya, sebanyak 28, 199 hadis.
hadis.
1/1416H, tahqiq: Syaikh Ahmad Syaakir dan Hamzah Zain: sebanyak 27, 519 hadis.
Al-Arna’uth dan sahabat-sahabatnya: sebanyak 27, 647 hadis.
Program Jawaami’ul-Kalim versi 4.5: sebanyak 27, 099 hadis.
Penomborannya disusun berdasarkan hadis-hadis yang serupa. Hadis-hadis
yang serupa dianggap sebagai satu hadis.
Penomboran hadis diletakkan berpandukan sanad, iaitu setiap sanad dikira
sebagai satu hadis.
Pernomboran dari naskah al-Maimuniyyah, terdiri dari cetakan dengan 6
jilid lengkap. Penomboran diletakkan berdasarkan halaman dan jilid.
B. Abi Bakr Al-Madini rahimahullah berkata: “Sungguh aku telah menghitung jumlah mereka (dari kalangan sahabat) dan
ia mencapai 690 orang lebih selain yang wanita. Dan aku telah menghitung yang
wanita (shahabiyyah) mencapai 96 orang. Oleh kerana itu, kitab Al-Musnad
mencakup sekitar 800 orang sahabat, selain yang tidak disebutkan namanya dari
kalangan anak-anak, mubhaamaat (orang dewasa yang tidak disebutkan namanya),
dan yang lainnya.” (al-Mish’ad al-Ahmad, 1/34-35)
Syarat Imam
Ahmad Dalam Al-Musnad;
rahimahullah (Wafat: 795H) berkata: “Dan yang nampak dari perbuatan dan perkataan
Al-Imam Ahmad bahawasannya beliau meninggalkan riwayat orang-orang yang
tertuduh (berdusta) dan orang-orang yang banyak kelirunya akibat kelalaian dan
buruknya hafalan mereka.” (Syarh ‘Ilal at-Tirmidzi, 1/386)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:
Syarat kitabAl-Musnad lebih kuat berbanding syarat Abu Daud dalam Sunan-nya. Abu Daud telah
meriwayatkan dalam Sunan-nya dari para perawi yang ditolak oleh Ahmad dalam
Al-Musnad. Oleh sebab itu, al-Imam Ahmad tidaklah meriwayatkan dalam Al-Musnad
dari perawi yang diketahui telah sering berdusta seperti Muhammad B. Sa’iid
Al-Mashluub dan yang lainnya. Akan tetapi beliau adakalanya meriwayatkan dari
para perawi yang dilemahkan kerana buruknya hafalannya. Perawi tersebut ditulis
hadisnya untuk menguatkan (hadis lain) dan dijadikan sebagai i’tibar.” (Majmu’
al-Fataawaa, 18/26)
Dr. ‘Aamir B. Hasan Shabri hafidzahullah, ternyata dalam di antara syuyuukh
(para guru) Imam Ahmad rahimahullah terdapat beberapa orang perawi yang
matruuk. Perawi matruuk ini dalam ilmu mushthalah termasuk perawi yang sangat
lemah. Ada empat orang, iaitu:
‘Aamir B. Sholeh B. ‘Abdillah
Az-Zubairiy. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar: “Matruuk al-hadiits.”
2.
‘Abdullah B. Waaqid. Kata
al-Hafiz Ibnu Hajar: “Matruuk.”
3.
‘Umar B. Haaruun Al-Balkhiy. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar: “Matruuk.”
mendustakannya.” (Mu’jam Syuyuukh Al-Imaam Ahmad fil-Musnad, m/s. 29-30)
Hadis dalam Al-Musnad
al-Haafiz Abu al-Qaasim
at-Tamiimi rahimahullah berkata:
dikatakan: Padanya ada hadis saqiim (lemah). Akan tetapi, padanya terdapat
hadis sahih, masyhuur, hasan, dan ghariib.” (Al-Mish’adul-Ahmad, m/s. 34)
Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:
berselisih pendapat: ‘Adakah di dalam Musnad Imam Ahmad terdapat hadis maudhu’
(palsu)?
Sekelompok huffaaz (para penghafaz hadis) seperti Abu al-‘Alaa’ al-Hamdaani dan
selainnya berkata: “Tidak ada padanya hadis maudhu’.”
seperti Abul-Farj B. Al-Jauzi berkata: “Padanya terdapat hadis maudhu’.”
(Majmuu’ al-Fataawaa, 18/26. Al-Mish’adul-Ahmad, m/s. 35)
Al-Hafiz Ibnu Hajar
rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:
Musnad Ahmad hadis yang tidak ada asalnya, kecuali tiga atau empat hadis saja.
Di antaranya hadis ‘Abdurrahmaan B. ‘Auf, bahawasannya ia masuk Syurga dengan
merangkak. Alasannya adalah bahawa hadis ini termasuk yang diperintahkan
Al-Imam Ahmad untuk dibuang, namun ternyata ia ditinggalkan kerana lupa.”
(Ta’jiilul-Manfa’ah, sebagaimana disebutkan dalam Tadwiin as-Sunnah
an-Nabawiyyah, m/s. 99)
Klasifikasi
Hadis-Hadis dalam Al-Musnad yang Tercetak;
Asy-Syaikh Ahmad B.
‘Abdirrahmaan As-Saa’aatiy rahimahullah berkata:
penelitianku terhadap hadis-hadis dalam Al-Musnad, aku dapati ia terbahagi
menjadi enam kelompok (atau bahagian kategori):
Bahagian yang diriwayatkan oleh Abu ‘Abdirrahmaan ‘Abdullah B. Imam
Ahmad rahimahumallaah dari ayahnya dengan mendengarnya secara langsung. Inilah
yang diberi nama Musnad Al-Imaam Ahmad. Jumlahnya sangat banyak mencapai ¾
kitab.
Bahagian yang ‘Abdullah mendengarnya dari ayahnya dan yang lainnya.
Jumlahnya sangat sedikit.
Bahagian yang diriwayatkan ‘Abdullah dari selain ayahnya. Bahagian ini
dinamakan oleh para muhadditsiin (ahli hadis) sebagai Zawaaid (tambahan)
daripada ‘Abdullah. Jumlahnya cukup banyak dibandingkan bahagian yang lain,
selain bahagian yang pertama.
Bahagian yang ‘Abdullah membacanya di hadapan ayahnya, dan ia tidak
mendengar darinya. Jumlahnya sedikit.
Bahagian yang ia (‘Abdullah) tidak membacakannya (di hadapan ayahnya)
dan tidak pula mendengarnya, akan tetapi ia mendapati dari kitab ayahnya dengan
tulisan tangannya. Jumlahnya sedikit juga.
Bahagian yang diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Bakr al-Qathii’iy dari
selain ‘Abdullah dan ayahnya rahimahumullah. Jumlahnya paling sedikit.
(Fathur-Rabbaani, 1/8)
pengetahuan saya, Kitab al-Musnad ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu /
Indonesia dan diterbitkan oleh Pustaka Azzam Indonesia lengkap dalam 22 jilid. Ini adalah edisi terjemahan yang ditahqiq (diteliti
dan dicetak dari semakkan manuskrip) oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir
rahimahullah. Di dalamnya disertakan mukaddimah, takhrij, ta’liq, dan catatan
kaki oleh Syaikh Ahmad Muhammad Syakir.
Download Kitab al-Musnad;
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=7839
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=3640
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2762









