Aopok
No Result
View All Result
  • Login
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
Iklan Gratis
SUBSCRIBE
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis
No Result
View All Result
Aopok
No Result
View All Result
Home Religi

Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain

Religius by Religius
06.01.2013
Reading Time: 6 mins read
0
Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain
ADVERTISEMENT

RELATED POSTS

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

ADVERTISEMENT

Kitab Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain merupakan antara kitab fiqih yang
paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan
Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan
Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad
bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang
‘arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani dikalangan orang Melayu di Mekah.
Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin
‘Abdullah al-Fathani.

Kitab
ini pernah dijadikan teks pengajian ilmu fiqih sekolah-sekolah agama di negeri
Johor. Oleh kerana kitab ini terlalu banyak dipergunakan, maka kerajaan Johor
menganjurkan penyusunan sebuah kamus yang khusus mengenai kitab ini. Maka
tersusunlah sebuah kamus dengan judul “ Suluh Mathla’ul Badrain ” oleh Haji
Abdul Ghani Yahya, antara murid kepada Tok Kenali. Di tulis di Johor Baharu
pada 1 Oktober 1941M. Kamus ini khusus terjemahan kosa kata Arab ke dalam
bahasa Melayu, maka dapat membantu pelajar dalam memahami perkataan-perkataan
atau istilah-istilah yang terdapat di dalam kitab Matla’ al-Badrain. Hanya
Mathla’ al-Badrain kitab Melayu/Jawi yang ditulis kamus.

Kitab
Mathla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain, selesai ditulis pada 12 Syaaban
1303H/1885M. Cetakan pertama dan keduanya tidak ditashihkan, maka keduanya
ternyata banyak kesalahan sususan kalimatnya yang dilakukan oleh pihak
pencetak. Manakala cetakan ketiga dan keempat telah ditashih oleh al-‘Allamah
Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Jika
diteliti, model penulisan Mathla’ al-Badrain dari pelbagai aspek, dapat
diklasifikasikan sebagai penulisan klasik ilmiah. Contohnya, pada banyak tempat
digunakan nota kaki, istilah orang Melayu zaman dulu dinamakan ‘dhabit’. Akhir setiap sesuatu dhabit ada
yang digunakan istilah ‘Muallif’
maksudnya ‘pengarang’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh
Nik Mat Kecik. Pada tempat lain digunakan istilah ‘Mushahhihahu’, maksudnya
‘pentashihnya’. Pada konteks Mathla’ al-Badrain maksudnya ialah Syaikh Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fathani. Pada setiap penghabisan dhabit, Syaikh Nik Mat
Kecik menyebut nama kitab yang beliau rujuk. Kitab Melayu/Jawi yang disebut
ialah Sabil al-Muhtadin, tetapi Sabil al-Muhtadin hanya disebut pada ibadat.
Kitab Arab lain seperti Fath al-Wahhab, Bujairimi ‘ala Fath al-Wahhab.

Di
antara kitab yang menjadi rujukan pengarang ketika mengarang kitab ini adalah:

  • Fath al-Wahhab bi Syarh Minhaj at-Thullab oleh Syaikhul Islam Abi Yahya Zakaria al-Anshari

  • I’anah at-Tholibin oleh Sayyid Abu Bakr ibn Muhammad Syata ad-Dimyati, yang masyhur
    dengan nama Sayyid al-Bakri Syata

  • Bujairimi ‘ala Khatib oleh Syaikh Sulaiman al-Bujairimi

  • Mughni al-Muhtaj oleh Syaikh Muhammad ibn Ahmad asy-Syarbini al-Khatib

  • As-Siraj al-Wahhaj Syarh ‘ala Matn Minhaj oleh Syaikh Muhammad az-Zahri al-Ghamrawi

  • Hasyiah al-Bajuri oleh Syaikh Ibrahim al-Bajuri

  • Kifayatul Akhyar oleh Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Muhammad

Kitab
Matla’ al-Badrain telah dirumikan dan diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam
Wilayah Persekutuan (Jabatan Perdana Menteri) pada tahun 1413H/1993. Ianya
telah disusun semula dan menggunakan bahasa yang moden dan mudah supaya senang
difahami. Tajuk-tajuknya pula diasingkan dengan perenggan-perenggan dan
fasal-fasal yang bernombor serta tajuk-tajuk ringkas ditepinya (nota birai)
untuk kemudahan rujukan.

Menurut
Tuan Haji Hasan bin Haji Ahmad (kini Dato’ dan menjawat sebagai mufti Pulau
Pinang) pada kata aluan pentashih terjemahan [transliterasi] kitab Mathla’
al-Badrain terbitan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan:

“ Semasa
saya mentashihkan draf akhir kitab ini, saya berpandukan pengalaman dan ilmu
yang cetek yang ada pada saya serta merujuk kepada beberapa buah kitab yang
mu’tabar, antaranya:

  • Syeikh Sulaiman al-Bujairimi, Hasyiah
    al-Bujairimi ‘ala al-Minhaj
    , 4 juzu’ (Misr: Maktabah Musthafa al-Babi
    al-Halabi wa Auladuhu, 1369H/1950M)

  • Syeikh Ibrahim al-Bajuri, Hasyiah al-Bajuri,
    2 juzu’ (Surabaya/S’pura: Sulaiman Mara’i, t.t)

  • Al-Qalyubi dan Umairah. Hasyiyatain ‘ala Syarh
    Jalaliddin al-Mahallai ‘ala Minhaj at-Talibin
    . 4 juzu’. (Misr:
    Maktabah Musthafa al-Babi al-Halabi wa Auladuhu, 1375H/1956M)

  • Muhammad asy-Syarbini al-Khatib. Iqna’ fi Halli
    Alfaz Abi Syuja’
    (S’pura: Maktabah Sulaiman Mara’i, t.t)

Daripada
rujukan-rujukan yang dibuat, jelas bahawa Pengarang (Musannif) asal kitab ini
memetik dan menterjemahkannya daripada beberapa buah kitab yang mu’tabar
sepertimana yang diakui sendiri oleh beliau di bahagian muqaddimahnya, maka nilai kitab ini [kitab Matla’ al-Badrain
wa Majma’ al-Bahrain] juga adalah mu’tabar
.

Dato’
Syaikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, seorang ahli jawatankuasa Majlis Fatwa
Negeri Kedah Darul Aman, telah menulis kitab bertajuk “ Matla’ al-Nurain ”
Untuk Menghuraikan ‘Ibarat Kitab Matla’ al-Badrain. Di mana kitab ini
memudahkan ‘ibarat yang kusut dan uslub yang payah didalam kitab Matla’
al-Badrain, yang tidak dapat difahami maksudnya oleh kebanyakkan generasi kini.
Begitu juga Pejabat Mufti Negeri Selangor Darul Ehsan, menerbitkan kitab “ Tahqiq
Matla’ al-Badrain ”
.

Kitab
ini juga bukan sekadar masyhur di Tanah Melayu tetapi juga di Negara Brunei
Darussalam. Ini dapat dilihat pada ucapan di Majlis Muzakarah Pengkursus Ibadat
Haji Kali Ke-13 Bagi Musim Haji 1427H/2006M (pada hari Selasa, 12/7/2006 Di
Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan) oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal
Ehwal Ugama Negera Brunei Darus Salam:

Kitab yang sudah menjadi pegangan kita di Negara
Brunei Darussalam di dalam menunaikan rukun Islam, yang juga menjadi amalan dan
pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah ialah Kitab Mathla’ul Badrain,
yang mana sebahagian permasalahan dalam
kitab tersebut telah dipermudahcarakan untuk membaca dan memahaminya melalui
beberapa siri dalam “ Kitab Zain al- Thalib ” iaitu hasil
usaha dan gubahan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri
Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal
Ugama.

Walaupun
usia kitab ini sudah menjangkau lebih dari 120 tahun, namun ianya masih tetap
relevan dan terkehadapan untuk dijadikan panduan generasi kini di dalam bidang
fiqih.

Diedit
semula dari;

http://pondokhabib.wordpress.com/2009/03/12/kitab-matla%E2%80%99-al-badrain-wa-majma%E2%80%99-al-bahrain/
Tags: Agama IslamDakwahIlmuInformasiIslamiMuslimWawasan Pengetahuan
ShareTweetPin
Religius

Religius

Related Posts

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi
Religi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan
Religi

Amalan Menjelang Bulan Syakban: Persiapan Menuju Ramadan

13.01.2026
Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim
Religi

Puasa Ramadan 2026 — Tanggal & Niat Qadha yang Wajib Diketahui Umat Muslim

09.01.2026
Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani
Religi

Hadiah Pahala – Fatwa al-`Asqalani

15.06.2025
Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel
Religi

Mahasiswa UI Gelar Konvoi Solidaritas untuk Palestina, Tolak Penjajah Zionis Israel

13.06.2025
Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?
Religi

Siapa Sajakah yang Berhak Menjadi Wali Nikah, Jika Ayah Mempelai Wanita Tidak Ada?

13.06.2025
Next Post

Bible Love

Pelatih PBSI Pasangkan Dejan Ferdinansyah dengan Bernadine Anindya Wardana

Bundaran HI di tahun 1966

Iklan

Recommended Stories

Suami baik

Suami baik

21.07.2016

Pernyataan Mantan Penyanyi Internasional Setelah Masuk Islam

01.05.2024

RIZKI SEMPIT ATAU LUAS ADA HIKMAHNYA

11.03.2016

Popular Stories

  • Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    Pemerintah Masih Buka Peluang Beri Insentif Industri Tekstil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Viral Andini Permata Bersama Bocil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Harga iPhone 14 Turun di Indonesia Jadi Mulai Rp 8 Jutaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Denada Tolak Ganti Rugi Rp7 Miliar, Ressa Rizky: Saya Cuma Mau Pengakuan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Timnas Indonesia Akan Hadapi Bulgaria, Kepulauan Solomon & Saint Kitts & Nevis bersama John Herdman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Aopok

Aopok merupakan layanan informasi terbaru dan terpercaya yang mengabarkan berita di indonesia dan seluruh dunia.

LEARN MORE »

Terkini

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

Bagaimana Nasihat Guru Mengubah Jalan Hidup Imam Hanafi

21.01.2026
Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

Xiaomi Resmi Luncurkan Kids Watch Dengan pelacakan lokasi canggih

21.01.2026

Kategori

  • Berita
  • Bisnis
  • Bulutangkis
  • Daerah
  • Dunia
  • Edukasi
  • Entertainment
  • Explore
  • Food & Travel
  • Lainnya
  • Lifestyle
  • Nasional
  • Otomotif
  • Religi
  • Sepakbola
  • Sports
  • Teknologi & Sains

Navigasi

  • Tentang
  • Kontak
  • Subscription
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Pedoman Siber
  • Cookies dan IBA
  • Terms

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Home
  • Filter
    • Terbaru
    • Spesial
    • Istimewa
    • Hot
    • Galeri
  • Berita
    • Daerah
    • Dunia
    • Nasional
  • Bisnis
  • Explore
    • Alamat
    • Food & Travel
      • Kuliner
      • Resep Masakan
    • Kode Pos
    • Masjid
    • Wisata
  • Religi
  • Sports
  • Tekno
  • More
    • Otomotif
    • Entertainment
    • Lifestyle
    • Edukasi
    • Lainnya
  • Network
    • Artikel
      • Biodata Viral
      • Chord Lirik
      • Religi
      • Resep Masakan
      • Ulasan Film
      • Tempo Dulu
    • Iklan Gratis
    • Media Sosial
    • Terviral
    • Seputar Bisnis
    • Pasang Iklan
    • Jok Bangka
    • Ulasan Bisnis
    • Trading
    • Top Bisnis

© 2026 Aopok.com - theme by Iklans.com - Pugur.com.

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?