yang terkenal. Mereka juga telah menghasilkan karya yang menjadi bahan
pengajian, bacaan dan rujukan, baik khusus untuk umat Islam Borneo dan
Kalimantan mahu pun umat Islam di Nusantara.
terkenal ialah Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah (lahir 1122 H/1710 M,
wafat 1227 H/1812 M) berasal dari Banjar, Kalimantan Selatan, Syeikh
Ahmad Khatib bin Abdul Ghaffar (lahir 1217 H,1802 M, wafat 1289 H,1872
M) berasal dari Sambas, Kalimantan Barat dan Syeikh Utsman bin Abdul
Wahhab (lahir pada 1281 H,1864 M, wafat 1339 H,1921 M) berasal dari
Sarawak dan lain-lainnya.
yang berasal dari Pulau Borneo dan Kalimantan yang belum lagi
diperkenalkan. Adapun penulis hanya menyentuh secara ringkas dan
digabungkan sekali kerana maklumat yang ditemui sedikit berbanding
ulama-ulama yang pernah penulis bicarakan.
adalah Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari yang terkenal
dengan penghasilan karya-karya yang banyak. Sheikh Muhammad Nafis bin
Idris bin Husein al-Banjari penyusun kitab sufi terkenal iaitu Ad-Durrun
Nafis, Syeikh Abdur Rahman Shiddiq al-Banjari dan Tuan Husein Kedah
al-Banjari.
diketahui. Namun diketahui hasil karyanya berjudul Risalah Mufidah lis
Shalah wal ibadah diselesaikan pada hari Jumaat 14 Zulkaedah 1317 H.
ibadat yang ada hubungan dengannya. Cetakan huruf batu (litografi) Haji
Muhammad Amin, Kampung Melayu, No. 15 Singapura, 14 Muharam 1318 H.
Belum dijumpai manuskrip mahu pun edisi cetakan selainnya.
pula ialah Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Thasin. Beliau ini
menjalankan aktiviti di Pontianak. Karya-karya beliau adalah:
Pontianak. Kandungan merupakan pelajaran tajwid untuk pedoman membaca
seluruh surah al-Quran. Cetakan yang pertama Mathba’ah Al-Ahmadiah, 82
Jalan Sultan, Singapura pada 29 Jamadilawal 1348 H/1929 M.
pelajaran tajwid surah al-Fatihah sahaja. Cetakan yang pertama Mathba’ah
Al-Ahmadiah, 82 Jalan Sultan, Singapura, 1348 H/1929 M.
dinyatakan tarikh. Kandungan merupakan pelajaran akidah Ahli Sunah wal
Jamaah. Cetakan yang pertama Mathba’ah As-Saiyid Utsman, Kramat, 30 B.
Betawi.
Muhammad Arsyad al-Banjari ataupun bukan. Karya beliau yang telah
ditemui hanya sebuah iaitu Risalah Luqthah Hasanah Bagi Hukum Khalifah,
diselesaikan pada Rejab 1332 H.
Mathba’ah Al-Ahmadiah, 50 Minto Road, Singapura. Diberi kata pujian oleh
Abdur Rahman bin Muhammad Arif Halabai al-Banjari, Haji Ja’far Khathib
Banjar Halabai dan Haji Abdur Manaf bin Telawang Banjar Halabai.
berasal dari Banjar yang menjalankan aktiviti penyebaran Islamnya di
Mempawah Kalimantan Barat. Meninggal dunia dan dikebumikan di Sungai
Bakau Kecil, Darat.
Mubtadi fi ‘Ilmit Tauhid. Diselesaikan hari Isnin, 14 Zulkaedah 1353 H.
Kandungan membicarakan tauhid dalam bentuk soal-jawab. Cetakan pertama
oleh Mathba’ah al-Nasawi, 14 Ulu Palembang.
orang ialah Kitab Perukunan Sembahyang Besar, tanpa dinyatakan tarikh.
Kandungan kitab tersebut merupakan pengetahuan fardu ain yang paling
lengkap.
menjadikan khabar kegembiraan untuk dunia dan akhirat. Terdapat juga
tentang khutbah Jumaat dan khutbah nikah.
Muhammad Arsyad Banjar…..” Selain dalam Bahasa Melayu, kitab ini juga
terdapat terjemahan dalam bahasa Bugis, Sunda dan Jawa. Dicetak oleh
Mathba’ah al-Aminiyah, nombor 12 dan 14, Baghdad Street, Singapura,
bertarikh 23 Zulhijjah 1352 H/ 9 Mac 1935 M, dicetak dengan huruf
litograf.
diajarkan di seluruh dunia Melayu hingga kini. Walaupun karyanya sangat
terkenal, namun riwayat hidup penyusunnya masih gagal dikesan.
sebuah karya berjudul Nafaisul Aurad, tanpa dinyatakan tarikh selesai
penulisannya.
kitab-kitab yang muktamad sebahagiannya berasal daripada Rasulullah
s.a.w. Dicetak oleh Percetakan an-Nashar, Pontianak, Indonesia.
Pertama, ulama yang berasal dari Pontianak atau Kalimantan Barat sendiri
dan kedua ulama yang datang dari luar.
Rasulullah s.a.w marga ‘Al-Qadri’, maka beberapa ulama yang pernah
berpengaruh di Mekah atau tempat lain di tanah Arab pernah tinggal dan
mendapat kedudukan tinggi dan terhormat di Kerajaan Pontianak.
az-Zawawi (lahir 1266 H/1850 M, wafat 1343 H/1924 M), sewaktu di Mekah
adalah Mufti Mazhab Syafie. Umat Islam Mazhab Syafie seluruh dunia,
bahkan golongan mazhab lain pun pada zamannya tahu mengenai ulama besar
ini.
kedudukan tertinggi dalam bidang agama di kerajaan itu, namun Sultan
Pontianak tidak membiarkan ulama besar itu tinggal di Riau-Lingga.
Seboleh-bolehnya atau dengan apa cara sekalipun Saiyid Abdullah bin
Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi mesti diberi tempat yang paling
istimewa di Kerajaan Pontianak.
Pontianak dalam masa beberapa tahun. Dalam satu buku catatan yang
dijumpai di Pontianak ada dinyatakan bahawa ayahnya iaitu Saiyid
Muhammad Shalih bin Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi pada 1295H pernah
datang ke Pontianak mengajar beberapa ilmu dan membaiah Tarekat
Naqsyabandiyah.
karya-karya mereka yang berasal dari Pontianak seterusnya diperkenalkan
pula ulama-ulama dari luar.
ialah Haji Muhammad Qasim. Nama lengkapnya, Haji Muhammad Qasim bin
Nakhoda Haji Ahmad bin Abdullah (Dato’ Senara) bin Ali (Dato Bendahara
di Kuantan) bin Tuan Kadi Ahmad.
pada Rabiulawal 1341 H, di Kuala Maras, Jemaja, Pulau Tujuh (Kepulauan
Riau). Nampaknya hasil karya beliau dalam tahun 1238 H adalah mendahului
karangan ulama-ulama Pontianak yang lainnya.
diselesaikan pada 2 Syawal 1238 H. Kandungan membicarakan akidah Ahli
Sunnah wal Jamaah. Cetakan yang kedua Mathba’ah Al-Ikhwan, Singapura,
awal Rabiulawal 1337H.
(1238 H) hingga beliau wafat 1341H ialah 103 tahun. Sekiranya sewaktu
menulis itu beliau berusia 20 tahun, maka ini bererti beliau wafat dalam
usia 123 tahun.
As-Saiyid Asy-Syarif Abdur Rahman Ibni Al-Marhum Al-Habib Husein
Al-Qadri
Pontianak. Baginda menterjemah karya berjudul Tuhfah al-Ikhwan fi Fadhli
ar-Rajab wa asy Sya’ban wa ar-Ramadan, diselesaikan pada hari Isnin, 16
Rabiulawal 1244 H.
asy-Syafi Yahya. Namun yang dijumpai sekarang adalah merupakan salinan
Ali bin Khathib Jailani ibni al-Imam Muhammad bin Abdullah, putera Siak
Seri Inderapura.
ibni Saiyid Abdur Rahman al-Qadri. Pada halaman akhir tercatat, “Pada
hijrah an-Nabi s.a.w. sanah 1244 kepada enam likur hari bulan
Rabiulawal, hari Isnin, pukul 10, ketika itu khatam al-kitab Tuhfah
al-Ikhwan Paduka Seri Sultan as-Saiyid asy-Syarif Abdur Rahman al-Marhum
al-Habib Husein al-Qadri di dalam negeri Pontianak, dalam Kampung
Saiyid asy-Syarsyaikh al-Ba’abud adanya. Yang menyurat al-faqir ialah
Taala, iaitu Ali bin Khathib Jailani ibni al-Imam Muhammad bin Abdullah
al-walad al-bilad Siak Seri Inderapura”.
dan mengenai akhirat. Manuskrip diperoleh di Kampung Dalam Bugis,
Pontianak di persekitaran Istana Qadhariyah/Istana Sultan Pontianak.
pada 30 Rabiulakhir 1252 H. Kandungan menceritakan asal usul kejadian
padi, dan lain-lain.
belum diketahui kerana tidak terdapat maklumat, diselesaikan pada 13
Jamadilawal 1290 H.
Melayu. Masih dalam bentuk manuskrip yang diperoleh di Pontianak pada 8
Syawal 1422 H/22 Disember 2001 M di persekitaran Keraton Qadhriyah
(Istana Kesultanan Pontianak).
bin Malim Sutan bin Jupa Suara bin Dato’ Bendahara bin Tuan Kadi Ahmad.
Ibunya, Zainab binti Abdul Mannan melahirkan tokoh ini di Kampung
Tambelan, Pontianak, pada Rabu, pukul 4 petang 29 Rabiulakhir 1279 H.
Wafat pada Ahad, pukul 1 tengah hari pada 6 Zulkaedah 1353 H di Kampung
Tambelan, Pontianak.
Kandungan membicarakan nahwu Arab yang terkenal diberi gantungan makna
Melayu pada setiap perkataan Arabnya. Merupakan terjemahan karangan
Sheikh Shonhaji. Manuskrip diperoleh manuskrip di Pontianak, Kalimantan
Barat bekas dimiliki oleh salah seorang keturunan Kerabat Diraja
Kerajaan Pontianak. Tarikh perolehan pada Jumaat, 11 Rabiulawal 1423
H/24 Mei 2002 M.
usul datuk neneknya, ialah Dato’ Bendahara. Dilanjutkan dengan peristiwa
mulai berdiri Kerajaan Pontianak dan tahun-tahun terjadi peperangan
antara Kerajaan Pontianak dengan kerajaan-kerajaan sekitarnya.
yang terjadi mengenai keluarga besar penulisnya (Haji Muhammad Arif bin
Encik Muhammad Thahir). Catatan ini diperlengkap dengan pelbagai amalan
untuk kepentingan dunia dan akhirat.
ramai yang perlu diperkenalkan. Sama ada mengenai riwayat hidup mahu pun
karya-karya mereka. Antaranya ialah Pangeran as-Saiyid as-Syarif Abdur
Rahman bin Saiyid Yusuf al-Qadri iaitu tokoh istana Kerajaan Pontianak,
Haji Ismail bin haji Mushthafa Pontianak, Sultan Kerajaan Pontianak
iaitu Sultan Syarif Hamid bin Syarif Utsman al-Qadri Pontianak, Sheikh
Husein bin Sulaiman al-Jawi al-Funtiani dan ramai lagi.




































![[Lirik+Terjemahan] Stephanie – Friends (Teman)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/Stepahine-Friends.jpg?fit=400%2C400&ssl=1)


