terkenal. Dalam bidang keilmuan Islam, beliau sangat terkenal sebagai seorang
yang pakar dalam ilmu tafsir, hadis, fiqh, sejarah, dan bahasa. Boleh dikatakan
setiap ilmu, yang beliau pelajari dan menguasainya, beliau akan menulis buku
mengenainya. Jumlah karya beliau lebih kurang 600 buah kitab, meliputi beberapa
kitab yang mempunyai beberapa jilid tebalnya, sehingga kitab yang kecil
berbentuk risalah. Di antaranya ada yang telah dicetakkan dan banyak lagi masih
dalam bentuk manuskrip.
berkaitan dengannya seperti al-Dur
al-Mantsur, al-Jalalain dan al-Itqan
fi ‘Ulum al-Quran, sebagai al-Muhaddits (ahli hadits) melalui
pelbagai kitab haditsnya dan yang berkaitan dengannya seperti al-Jami’ al-Shaghir dan al-Lali al-Mashnu’ah fi al-Ahadits
al-Mawdhu’ah, sebagai al-Lughawi (ahli bahasa) melalui kitab
bahasanya seperti Syarh al-Alfiyah Ibn
Malik dan al-Fath al-Qarib ‘ala
Mughni al-Labib, sebagai al-Shufi
(ahli tasawwuf) melalui karya tasawwufnya seperti Mukhtashar al-Ihya’, sebagai al-Muarrikh
(ahli sejarah) melalui kitab sejarahnya seperti Thabaqat al-Huffazh, Thabaqat al-Mufassirin dan Tarikh Khulafa’. Dalam bidang ilmu yang
disebutkan, beliau begitu terkenal, karya dan pendapatnya biasa disebut oleh
ulama dalam kitab-kitab mereka. Istimewa lagi dalam bidang tafsir dan hadits.
Karya Fiqh al-Sayuthi
keilmuan di atas, beliau juga merupakan seorang al-Faqih (ahli fiqh) dalam mazhab al-Syafi’i, yang mempunyai
beberapa karya fiqh yang benilai dan
bermutu ilmiah. Setakat pengetahuan saya, nampaknya karya-karya
fiqh al-Sayuthi ini, jarang atau tidak disebutkan oleh kebanyakan ulama
al-Syafi’i yang mutaakhirin dalam kitab-kitab mereka. Dari jumlah karya fiqh
al-Sayuthi yang menjadi rujukan ulama ialah Kitab
al-Hawi li al-Fatawa dan kitab mengenai kaedah fiqhnya, iaitu al-Asybah wa al-Nazha-ir.
menyenaraikan beberapa karya fiqh al-Sayuthi sebagaimana yang disebutkan dalam
al-Mawsu’ah al-‘Arabiyyah al-Muyassarah, iaitu;
al-Asybah wa al-Nazha-ir
al-Hawi li al-Fatawa
Durrat al-Taj Fi I’rab Musykil al-Minhaj
al-Kafi fi Zawa-id al-Muhazzab ‘ala al-
Hasyiah ‘ala al-Rawdhah
al-Qinnah / al-Ghunyah –Muhktashar al-Rawdhah
al-Wafiy – Mukhtashar al-Tanbih
al-Lawami’ wa al-Bawariq fi al-Jawami’ wa
al-Fawariq
al-Khulashah
– Nazhm al-Rawdhah
Raf’u al-Khashashah Syarh al-Khulashah
al-Waraqat al-Muqaddamah Syarh al-Rudh
Hasyiah ‘ala Qith’ah al-Asnawi
al-Yanbu’ fi ma Zada ‘ala al-Rawdhah min al-Furu’
Tahshin al-Khadim
al-‘Azb al-Salsal fi Tashhih al-Khilaf al-Mursal
Tasynif al-Asma’ bi Masa-il al-Ijma’
Syarh al-Tadrib al-Kafi fi Zawa-id al-Muhazzab ‘ala
al-Kafi
al-Jami’ fi al-Fara-id
Jam’ al-Jawami’
Mukhtashar
al-Ahkam al-Sulthaniyyah li al-Mawardi.
saya akan memaparkan pula karya-karya al-Sayuthi dalam yang bidang-bidang ilmu
yang lain pula. Semoga bermanfaat.





































