Kitab Fawa_idal-Fawaa_id karya Imam Ibnu Qoyyim Al-Jauziyah
rahimahullah ini adalah kitab yang luar biasa, dari namanya saja kita dapat
mengesan sekian banyaknya manfaat yang terkandung di dalamnya; kerana memang
kitab ini mengumpulkan pelbagai faedah yang melimpah dan beragam permasalahan
ilmiyah yang tiada duanya.
pelbagai makna dari hakikat segala sesuatu, penjelasan tentang hikmah syari’at
pada beberapa permasalahan yang beraneka ragam, kepentingan Al-Quran dan fiqih
Islam disertai penjelasannya pada hal-hal yang tidak diketahui banyak orang.
Kemudian menyebutkan hubungan permasalahan-permasalahan tersebut dengan
kecemerlangan hati dan kemuliaan jiwa.
diawali dengan bab aqidah, kemudian Tafsir, Hadits, dan seterusnya. Kerana pada
asalnya Kitab Al-Fawaaid ini tidak ditulis secara tematik sehingga menyukarkan
para pembaca yang ingin memetik manfaat darinya.
Kitab Al-Fawaaid:
yang menarik dan susunan yang indah, dan Penulisnya (Ibnul Qayyim) tidak
menyusunnya berdasarkan metode tertentu dan sistematik. Seolah-olah dia
membiarkannya begitu sahaja sebagai gudang ilmu dan pengetahuan tanpa diberikan
bab di dalamnya.
merupakan sumber pengetahuan dengan kesimpulan-kesimpulan menarik. Ia mencakupi
banyak pembahasan dan tidak khusus pada satu-satu tema tertentu sahaja, antara
lain cakupan yang dibahaskan adalah:
kitab-kitab tafsir yang ada. Tafsir tersebut hanya dapat diketahui dan difahami
melalui penghayatan, pemahaman dan pendalaman terhadap sesebuah ayat.
melainkan jika diteliti, dibandingkan, diperhalusi, dan didisikusikan.
manusia serta mengenal tokoh, madzhab dan karektor mereka.
berkenaan dengan pelbabai permasalahan dan cara mengatasinya bersesuaian dengan
syari’at dan realiti.
yang tiada bandingannya, yang dengannya muncullah pelbagai ungkapan dalam
hiasan kata-kata indah dan tulisan yang menarik.
sesuai dengan tema tertentu.
seluruh apa yang telah diraihnya berupa kekuatan dalam memahami ilmu,
kesempurnaan dalam menarik kesimpulan, ilmu yang mendalam sehingga membuat
kagum orang-orang yang berakal dan membuat takjub orang-orang yang melihatnya
kerana mereka merasa kalah dan lemah di hadapannya.
nescaya dia akan mendapati apa yang diinginkannya. Jika ulama tafsir
menikmatinya nescaya dia akan memperolehi apa yang selama ini dicarinya. Jika
pakar bahasa arab dan balaghah membacanya nescaya mereka akan memetik sesuatu
yang tidak didapati pada kitab-kitab bahasa dan balaghah lainnya. Jika pencari
kebenaran membacanya nescaya dia akan mendapat-kan kaedah-kaedah tentang
kebenaran yang berupaya memandu dirinya ke jalan Tuhan semesta alam.
terkagum-kagum dengan kaedah-kaedah penting dalam bab ini yang dibuat oleh imam
Ibnul Qayyim rahimahullah seolah-olah melemahkan apa yang disusun oleh mereka.
Maklum adanya bahawa kaedah-kaedah yang dibuat oleh ahli kalam dapat
di-patahkan satu persatu oleh kaedah ilmiyah yang mendalam dan dalil-dalil
syari’at yang mantap tanpa ada pertikaian dan sikap emosional.
relevan dengan fitrah manusia dan realita, kaedah yang membuat manusia mengenal
Tuhan semesta alam secara benar, menunjuki manusia ke jalan-Nya, mendidik
keimanan dalam hati dan memperbaharuinya, serta hal-hal yang menyebabkan Allah
Ta’ala mencintai makhluk-Nya melalui nikmat dan kurnia yang Dia berikan.
tanpa diduga mereka akan mendapatkan kaedah-kaedah Fiqih dan ushul Fiqh yang
tidak terbetik dalam fikirannya, tidak pula didapati dalam kitab yang membahas
ushul fiqih mahupun fiqh. Bahkan hal tersebul belum pernah dibahas oleh ahli
Fiqh dan Ushul Fiqh dalam kitab-kitab yang mereka tulis. Lebih dari itu, banyak
kaedah yang tidak mirip sama sekali dengan kaedah yang disusun oleh ulama fiqih
dan ushul fiqih, bahkan mendekatinya pun tidak, kerana tidak terbetik sama
sekali dalam benak mereka. Maka anda akan mendapatkan sesuatu yang menakjubkan
betapa dalamnya pemahaman Ibnul Qayyim, banyaknya pengalaman yang dia miliki
dan penyimpulan hukum dari dalil-dalil yang samar oleh kebanyakan ulama
lainnya.
membacanya nescaya buku ini akan menerangi jalannya, menuntunnya pada landasan
jelas yang akan membawanya kepada permasalahan-permasalahan ilmu yang hakiki,
melepaskannya dari belenggu taklid, menjauhkannya dari pemahaman yang salah,
menghubungkannya dengan hakikat melalui tangannya sendiri dan merasakan dengan
hatinya sendiri.
kitabnya ini di beberapa kitab yang beliau tulis di antaranya Al-Ijtima’
Al-Juyus Al-Islamiyah dan Al-Ma’alim. Ibnul Qayyim rahimahullah di beberapa
tempat dalam kitab¬nya ini menukil perkataan dari gurunya Syaikhul Islam Ibnu
Taimiyah yang menunjukkan bahawa hal ini benar-benar berasal dari beliau.
Sumber: http://galeriniaga.blogspot.com/search/label/Tazkiyatun%20Nafs
Kitab Fawaid al-Fawaid boleh didownload di pautan berikut:
1. Kitab al-Fawaid – Ibnu Qayyim al-Jauziyyah(Arab)
2. A Collection Of Wise Sayings [ Al-Fawaid ] by Ibn Qayyim al -Jauziyyah




































