Kitab al-Muhalla ( المحلى ) atau judul sebenarnya al-Muhalla fi Syarh al-Mujalla bi al-Hujaj wa al-Atsar merupakan karya ImamIbnu Hazm al-Andalusi rahimahullah (456H), yang juga dikenali sebagai imam
dalam mazhab Zhahiri. al-Muhalla merupakan sebuah karya besar dalam bidang fiqh
yang terbilang masyhur namun jarang sekali dikenali masyarakat hari ini. Ibnu
Hazm menghimpunkan dan menghuraikan pelbagai permasalahan dalam bidang fiqh
melalui kitabnya yang cukup unik ini. Ibnu Hazm memulakan perbahasannya
dengan perbahasan Tauhid kemudian barulah dimulakan dengan memasuki perbahasan
fiqh.
“Ibnu Hazm termasuk ulama mujtahid,
aku tidak pernah melihat kitab yang membicarakan hal-ehwal fiqh Islam seperti
kitab al-Muhalla karya Ibnu Hazm dan kitab al-Mughni karya Ibnu Qudamah
al-Maqdisi.”
dan kitab ketiga setelah kedua kitab tersebut adalah Sunan al-Kubra karya
al-Baihaqi rahimahullah, manakala yang ke-empat adalah al-Tamhid karya Imam
Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah. Sesiapa yang mampu mendapatkan kitab-kitab ini
dan dia termasuk mufti yang bijaksana lagi faqih. Jika dia segera mempelajarinya,
maka dia akan menjadi orang yang benar-benar faqih.”
Kitab al-Muhalla;
bahasa Indonesia dan telah diterbitkan oleh Pustaka Azzam, Indonesia. Kitab
yang diterjemahkan ini berdasarkan Kitab al-Muhalla yang telah ditahqiq oleh
Syeikh Ahmad Muhammad Syakir r.h.




































![[Penginapan] Barramundi Lodge Darwin](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2024/10/darwin-trip-0949-1.jpg?fit=580%2C387&ssl=1)


