Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Dah lama rasanya nak review pasal novel ni. Novel pertama yang ika baca karya Naim Tamdjis is Roh Rumah Sewa. Which is his first novel. Ika tertarik nak dapatkan novel ni bila ika baca Projek Seram Hotel. Naim ada buat satu cerpen badut dalam novel tu mengenai badut.
Dan, sambungan mengenai badut tu ada kaitan dan kesinambungan cerita dalam novel ni. Like of course, ika kena dapatkan.


SINOPSIS
Kyra seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pakciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh makciknya.
Kyra menyambung pelajaran di UM yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai Barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Kyra berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Kyra termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak terleps daripada dendamnya.
Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga telah dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya?
AUTHOR: NAIM TAMDJIS
PRICE: RM 26
____________________________________________________________________________
MY REVIEW
Honestly speaking, novel ini salah satu novel yang ika gigih untuk dapatkan. Sebab, novel ni ada beberapa benda yang berjaya menarik perhatian ika.
Sinopsis dia best. Baru baca sinopsis. Kalau baca whole story mesti lagi best.
Plus, cover novel dia macam mistik sangat. Ada ada sambungan pasal badut macam yang ika dah mention tadi dekat atas. Sebab kebetulan masa tu, ika baru habis baca novel Projek Seram Hotel tu.
Penulis berjaya buat ika sebagai pembaca untuk terus membaca sampai habis. Ika suka dengan watak Kyra yang dari innocent terus jadi kejam sangat. Sampai sanggup bunuh orang. Tapi, ikut emosi ika. Memang ika rasa, patut pun Kyra bunuh dieorang tu semua. Dieorang buli emosi Kyra teruk gila kot. I kenot. Rasa nak pi backup Kyra. Dia macam perempuan lemah yang menurut kata. Kadang tu, geram jugak. Haih

And kesian jugak dekat kawan Kyra yang mati tu. Sebab gara gara dia macam berani lawan cakap diva diva si Sally & Ameera tu, Dia terbunuh. Watak jahat dalam novel ni buat ika menyampah teruk kot haha. Rasa cam eh overnya kau. Eh kau ni melampaunya.
Kyra ni jadi berani kejam dan semuanya la bila ada Barongan ni menghasut dia untuk buat apa yang selama ni dia simpan. Kira macam satu semangat la untuk Kyra. Ala ala pendamping rasanya. Cara dia bunuh orang dalam novel ni scary. Huu. Rasa macam ika dah “in” habis dengan cerita ni. Dia sikit pun mcm “I don’t care at all” bila nak bunuh org tu. Rasa suka pulak bila dia cam tu. Takda la org suka suka nak buat dia mcm mcm lagi.
Phew
At the same time, Kyra ni macam berperang dengan diri dia sendiri bila pendamping dia hasut. Barongan tu mcm brainwash otak dia sampai la dia nekad buat semua benda yang out of box.
At the same time, Kyra ni macam berperang dengan diri dia sendiri bila pendamping dia hasut. Barongan tu mcm brainwash otak dia sampai la dia nekad buat semua benda yang out of box.
Overall, jalan cerita superb. Compare dengan RRS. Ika pilih Barongan. Sebab penulis tunjuk satu sisi lain dia bila menulis Barongan. Korang kena cuba beli dan baca. Ika fully recomended. And ika nak bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️and half star.Hee. Good job penulis. Ika puas hati sebab at the same time ika dapat tau ending pasal badut tu. Haha.
Lepasni nak dapatkan Kakak Kemboja. Teringin sangat nak baca, Huu.
See you gais in my next book review. InsyaAllah.
ADVERTISEMENT









![[Audio] Lebih Parah Mencari-cari Aib Orang Punya Keutamaan : Penguasa, Ulama, Ustadz](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2024/10/mencari2520aib.jpg?fit=320%2C214&ssl=1)




