
fi Tash-hih al-Tanbih (العمدة في تصحيح التنبيه) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’ yang disusun
oleh al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Kitab ini disusun
oleh Imam al-Nawawi bagi mengoreksi beberapa pendapat yang tidak muktamad yang
disebutkan oleh al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syirazi al-Fairuzabadi (393-476H)
di dalam kitab al-Tanbih (التنبيه).
al-Nawawi adalah perkara yang tidak perlu diragukan lagi. Tidak ada ulama yang
memperdebatkannya. Tidak seperti kitab Daqa-iq al-Akhbar fi Dzikri al-Jannah
wa al-Nar yang diragukan
penisbahannya kepada al-Ghazzali, Abu al-Laits al-Samarqandi atau al-Suyuthi.
al-Tanbih memang karya Imam al-Nawawi. Di antaranya tersebut dalam kitab “Thabaqa
al-Syafi’iyyah” karya Tajuddin al-Subki,
“Thabaqat al-Syafi’iyyah” karya al-Isnawi, “Tuhfah al-Thalibin” karya IbnuaAl-‘Aththar,
“Al-Minhaj al-Sawiyy” karya al-Suyuthi, “al-Manhal al-‘Adzbu al-Rawiyy” karya
al-Sakhawi, “Hayatu al-Imam al-Nawawi” karya Abdul Ghaniyy al-Daqr, dan “al-A’lam”
karya al-Zirikli.
juga dirujuk dan dinisbahkan ke Imam al-Nawawi. Di antaranya seperti yang
tercantum dalam kitab “Kanzu al-Raghibin” karya Jalaluddin al-Mahalli,
“Nihayatu al-Muhtaj” karya Syamsuddin al-Ramli, “Mughni al-Muhtaj” karya al-Syirbini
al-Khathib, “Manhaj al-Thullab” karya Zakariyya al-Anshori, “Hasyiyah al-Jamal”,
“Hasyiyah Al-Bujairimi”, “Hasyiyah al-Bajuri”, “Hasyiyah al-Syarqawi”, dan
lain-lain.
untuk mengoreksi kitab “al-Tanbih” sehingga pembaca boleh mengetahui pendapat-pendapat
yang tidak muktamad dalam mazhab Syafi’i yang terdapat dalam kitab tersebut. Oleh
itu, membaca kitab “At-Tanbih” yang
dilengkapi dengan kitab “Tash-hih al-Tanbih” karya al-Nawawi ini, pembaca akan
boleh mengetahui dan mengamalkan pendapat yang dianggap muktamad dalam mazhab
Syafi’i.
pendapat mu’tamad mazhab al-Syafi’i. Dalam tata urutan kekuatan rujukan, kedudukan
kitab ini menduduki urutan setelah kitab “al-Minhaj Syarh ‘ala Muslim”. Kitab
ini didahulukan daripada kitab al-Nawawi yang lain yang berjudul “al-Nukat
‘ala al-Tanbih”[1].
kitab “Tash-hih al-Tanbih” termasuk kitab awal-awal yang dikarang oleh al-Nawawi.
Jadi, jika ada kandungan kitab ini yang bertentangan dengan kitab-kitab al-Nawawi
lain yang masyhur, maka kitab ini mesti “dikalahkan”.
ini mengungguli semua tarjih ulama al-Syafi’iyyah yang pernah dilakukan oleh
para ulama sebelum masa al-Nawawi. Ketika Imam al-Irbili menyalin manuskrip
kitab ini dan meminta Ibnu al-‘Aththar untuk membantunya mengoreksi dengan
membandingkan naskah yang ada pada dirinya, al-Irbili bersaksi bahawa Imam al-Nawawi
telah mencapai pengetahuan tarjih yang belum dicapai oleh Ibnu al-Shalah.
Imam al-Nawawi sendiri dalam muqaddimah menyebutnya sebagai “kurrasah (الكراسة)”[2].
Bahasa yang dipakai al-Nawawi dalam kitab ini bersifat ringkas tapi tidak merosakkan
makna. Lafaz-lafaznya mudah difahami dan jarang menampilkan lafaz gharib. Ketika
menerangkan koreksinya, kebiasaanya al-Nawawi menggunakan redaksi “al-ashah
(الأصح)”.
Ungkapan “al-shawab (الصواب)” dan “al-mukhtar
(المختار)”
jarang digunakan.
penjelasannya adalah sebagai berikut;
Jika al-Syirazi
hanya menjelaskaan ikhtilaf tanpa mentarjih, maka al-Nawawi akan mentarjihnya
agar diketahui bahawa itu adalah pendapat mu’tamad.
menegaskan bahawa suatu pendapat adalah pendapat yang paling sahih (baik beliau
memaksudkan bahawa pendapat tersebut adalah pendapat mu’tamad atau ikhtiyarat
beliau) padahal kenyataannya pendapat itu bukan pendapat mu’tamad maka al-Nawawi
akan menjelaskan mana pendapat yang mu’tamad.
jelas melakukan kesalahan (ghalath) dan kesalahan itu memang diketahui salah
tanpa ada ikhtilaf, maka al-Nawawi akan menjelaskannya.
menyebut pendapat yang sudah sesuai dengan pendapat mu’tamad, maka al-Nawawi
akan mendiamkannya (tidak mengomentarinya).
sesuatu pendapat, al-Nawawi tidak menyebutkan sumber rujukannya dan juga tidak
menyebut nama ulama. Penjelasan dalil tidak disajikan.
lain juga tidak dibahas, kerana tujuan utama penyusunan kitab ini hanyalah
membincangkan fiqh dalam lingkungan mazhab al-Syafi’i.
ini dengan cara mensyarah, melengkapi dan memperjelaskan. Antaranya;
Kitab “Tausyih al-Tash-hih” karya Tajuddin al-Subki (w. 771H)
Kitab “al-Tanqih
Fima Yaridu ‘Ala al-Tash-hih dan “Tadzkiratu al-Nabih fi Tash-hih al-Tanbih” karya
Jamaluddin al-Isnawi (w. 772H),
ila Tash-hih al-Tanbih” dan kitab “Umniyyatu
al-Nabih fima Yaridu ‘ala al-Tash-hih wa al-Tanbih” karya Ibnu al-Mulaqqin (w.
804H),
Kitab ‘Umdatu
al-Mughni wa al-Thalib al-Nabih fi Tash-hih al-Tanbih”,
“Taqribu
At-Tash-hih” dan lain-lain.
“Mathba’ah at-Taqaddum al-‘Ilmiyyah” pada tahun 1348 H. Dalam cetakan ini kitab
“Tash-hih al-Tanbih” dicetak bersama “Matan al-Tanbih” dan juga kitab “Maqshadu
al-Nabih fi Syarhi Khuthbat al-Tanbih”
karya Ibnu Jama’ah (w. 819 H).
Ar-Risalah” di Beirut; Lubnan telah mencetak kitab “Tash-hihu al-Tanbih” dalam
tiga jilid dengan menyertakan kitab “Tadzkiratu al-Nabih” karya al-Isnawi. Kitab
“Tadzkirotu al-Nabih” dimasukkan dalam
jilid kedua mulai hlm 389. Muhaqqiqnya adalah Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim dari
fakulti Syariah di The University of Jordan (الجامعة الأردنية).
(syarah)nya Tazkiratu al-Nabih fi Tash-hih al-Tanbih, karya Jamaluddin
al-Isnawi boleh dimuat turun di pautan تصحيح التنبيه، ويليه: تذكرة النبيه في تصحيح التنبيه.
Artikel ini dipetik dengan sedikit pengubahsuaian dari pautan Mengenal Kitab Tash-hihu at-Tanbih karya An-Nawawi. Baca
artikel asal untuk maklumat selanjutnya.
ini boleh dibaca di pautan “Urutan “Kekuatan” Kitab-Kitab An-Nawawi”.
pautan “Produktivitas
An-Nawawi”. Dalam artikel tersebut dinyatakan bahawa satu
“kurrosah” itu kira-kira sama dengan 16 halaman.








































