Kitab Syarah Umdatul Ahkam ( شـرحعـمـدة الأحـكـام ) karya
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir al-Sa’di ini merupakan syarah (huraian) matan
hadis-hadis hukum dari kitab ‘Umdatul Ahkam susunan al-Hafiz al-Faqih ‘Abdul
Ghani al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 600H). Hadis-hadis dalam kitab ‘Umdatul
Ahkam tersebut adalah hadis-hadis sahih semuanya lagi disepakati oleh
al-Bukhari dan Muslim yang berkaitan dengan hal-ehwal hukam-hakam fiqh Islam.
Syarah ini adalah penjelasan dan huraian hadis-hadis ‘Umdatul Ahkam yang
disampaikan oleh Syaikh al-Sa’di ketika hayatnya di dalam siri-siri pengajian
beliau di Masjid Jami’ Unaizah yang dicatat oleh salah seorang pelajar senior
beliau, iaitu Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad al-Auhali rahimahullah (Wafat:
1408H). Perbahasan yang beliau sampaikan ini kaya dengan perbahasan-perbahasan
fiqh yang penting yang wajib diektahui oleh kaum muslimin khususnya. Apatah
lagi, ianya merangkumi perkara-perkara asas yang amat diperlukan oleh setiap
umat Islam khasnya para penutut ilmu dan para pemula.
al-Sa’di ini terletak pada kaedah penyampaiannya. Ia disampaikan secara
ringkas, santai, tetapi padat dengan maklumat lagi mudah difahami. Ini maklum
difahami oleh para peneliti dan pembaca kitab-kitab karya Syaikh As-Sa’di
contohnya sebagaimana kitab Tafsir beliau yang cukup terkenal, iaitu Tafsir
Taisir Al-Karim Ar-Rahman fii Tafsir Kalam Al-Mannan. Perbahasannya begitu
sesuai sebagai rujukan dan bacaan berjadual setiap umat Islam, baik yang baru
hendak bermula mahupun yang hendak menambahkan lebih maklumat ilmu-ilmu dalam
bidang hukum-hakam fiqh.
fiqh secara umum, kitab ini juga turut membentangkan kaedah-kaedah fiqh yang
penting lagi amat bermanfaat. Sekaligus amat membantu para pembaca mendapatkan
lebih maklumat tidak hanya sekadar fiqh hukum, tetapi juga kaedah penggalian
hukum-hakam fiqh tersebut. Selain itu, ilmu-ilmu aqidah yang murni juga turut
diterapkan secara tidak langsung dalam bahagian-bahagian tertentu perbahasan di
dalam kitab ini.
lain umumnya, perbahasan di dalam kitab Syarah ini disusun berdasarkan tematik
fiqh yang maklum. Dimulai dari perbahasan thaharah, solat, zakat, puasa, haji,
jual-beli, pernikahan, nadzar, makanan dan minuman, hudud, qishash, susuan,
li’an, sumpah, pakaian, dan beberapa lagi lainnya.





























![[Lirik+Terjemahan] Tanya Degurechaff – Los! Los! Los! (Maju! Maju! Maju!)](https://i0.wp.com/aopok.com/wp-content/uploads/2026/01/TV%E3%82%A2%E3%83%8B%E3%83%A1%E5%B9%BC%E5%A5%B3%E6%88%A6%E8%A8%98%E3%82%A8%E3%83%B3%E3%83%87%E3%82%A3%E3%83%B3%E3%82%B0%E3%83%86%E3%83%BC%E3%83%9ELosLosLos.jpg?fit=400%2C398&ssl=1)
