Ketikasaya memaparkan satu petikan artikel sebelum ini, mengenai sebuah kitab yang
berjudul ‘
Kitab Perukunan
’, pada mulanya anggapan saya ia adalah sama dengan kitab yang akan saya
paparkan sekarang. Rupanya saya terkeliru dengan judulnya yang hampir sama.
Kitab yang akan saya bicara secara ringkas kali ini ialah ‘ Kitab
Perukunan Sembahyang ’ hasil karya Haji Abdul Rasyid al-Banjari, seorang
ulama Banjar di Borneo.
dua kitab Jawi yang menjadi telaah dan rujukan keluarga saya mengenai agama
ketika saya kanak-kanak dahulu, iaitu Kitab Perukunan Sembahyang ini dan Kitab
‘Perhimpunan ‘Amal Ibadat’ karya al-Syaikh ‘Ali bin ‘Abdullah Baldran[1].
koleksi saya ada sebuah edisi kitab ini, iaitu terbitan Maktabah wa Mathba’ah
Muhammad Nahdi wa Awladuh, Pulai Pinang, tanpa tarikh cetakannya. Di ‘cover’
hadapan kulitnya disebutkan judulnya sebagai ‘Perukunan Sembahyang Melayu’.
Manakala di helaian bahagian dalamnya pula disebutkan ‘Ini
Kitab Perukunan Besar’ bagi Haji Abdul Rasyid Banjar………’. Sekadar pengetahuan saya, rupanya selain
kitab ini terdapat beberapa kitab lain yang diberi judul dengan ‘ Perukunan’
yang disusun oleh ulama Banjar.
menamakan kitab mereka sebagai ‘perukunan’ kerana dalam bahasa
Banjar, “perukunan” bermakna huraian
asas tentang perkara-perkara yang diwajibkan oleh agama yang harus dilaksanakan
dalam kehidupan seharian, mencakup rukun Islam (fikih), rukun Iman (tauhid),
dan rukun Ihsan (tasawuf).
saya nukilkan tulisan Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah mengenai kitab ini[2];
antara kitab Melayu/Arab yang paling popular dan banyak diajarkan orang ialah Kitab
Perukunan Sembahyang Besar,……[3].
Kandungan kitab tersebut merupakan pengetahuan fardu ain yang paling lengkap.
itu, dilengkapi juga dengan berbagai-bagai amalan yang menjadikan khabar
kegembiraan untuk dunia dan akhirat. Terdapat juga tentang khutbah Jumaat dan khutbah
nikah.
pada semua edisi cetakan, “Diambil
daripada karangan Sheikh Muhammad Arsyad Banjar…..[4].
Selain dalam Bahasa Melayu, kitab ini juga terdapat terjemahan dalam bahasa
Bugis, Sunda dan Jawa. Dicetak oleh Mathba’ah al-Aminiyah, nombor 12 dan 14,
Baghdad Street, Singapura, bertarikh 23 Zulhijjah 1352 H/ 9 Mac 1935 M, dicetak
dengan huruf litograf.
cetakan dan masih dicetak serta banyak diajarkan di seluruh dunia Melayu hingga
kini. Walaupun karyanya sangat terkenal, namun riwayat hidup penyusunnya masih
gagal dikesan ”.
Mengenali pelbagai karya ulama Borneo http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0317&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive
asal ada disebutkan selepasnya ‘ tanpa dinyatakan tarikh’. Saya sengaja memadamnya kerana tiada kesesuaian dengan teks
tersebut. Kemungkinan berlaku kesilapan ketika menaip oleh penyusun atau semasa
cetakan ketika penerbitannya. Wallahu a’lam.
bawah catatan itu, disebutkan “ Dan ada
ditambah sifat dua puluh, khutbah Jumaat, khutbah nikah, ratib haddad, talqin
mayat, bab haid, doa-doa, bab haji, fatihah bergantung makna, qunut, tahiyyah
bergantung makna, doa ‘Akasyah ”







































