Rasulullah s.a.w bersabda: “…..Dan apabila seseorang mukmin sampai masa matinya ia digembirakan oleh Malaikat yang hendak mengambil nyawanya: Bahawa ia akan beroleh rahmat Allah dan keredhaan-Nya serta Syurga-Nya, maka pada ketika itu tidaklah ada sesuatu yang dicintai oleh orang itu lebih daripada menerima apa yang dihadapinya, lalu ia suka dan ingin mengadap Allah, dan Allah juga redha menerimanya dengan sebaik-baik sambutan;
Huraian:
- Seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh semasa hidupnya maka semasa saat kematiannya ia akan digembirakan oleh Malaikat dengan berkhabaran yang mengembirakan iaitu ia beroleh rahmat Allah dan Allah redha kepadanya.
- Allah menjanjikan Syurga sedang menantinya.
- Orang mukmin yang menerima perkhabaran ini maka kecintaannya kepada kematian tidak dapat dibendung lagi untuk menikmati rahmat dan Syurga Allah.
- Allah redha akan dia dan dia redha kepada ketentuan Allah.
- Sebaliknya seorang yang kafir dan yang berdosa disaat kematiannya akan dikhabarkan oleh Malaikat Allah murka terhadapnya.
- Kemurkaan Allah menyebabkan ia akan diazab dan diseksa oleh Allah.
- Maka kematian yang sedang dihadapinya menjadikan ia tak sanggup menghadapinya dan merasa benci dengan kematiannya.
- Allah tidak redha akan dia dan dia berasa amat gerun dan tidak mahu mengadap Allah.
- Allah juga tidak redha ia mendekati rahmatnya apatah lagi mengadapNya.




































