
Sekali-sekala mendengar album kompilasi sekadar mencari band yang berpotensi ataupun setidak-tidaknya membuang masa yang ada mendengar seleksi beberapa band dari ribuan yang wujud di muka bumi ini mungkin ada manfaatnya. Atau memang membuang masa, bergantung kepada nasib. Fueled By Metal adalah sebuah album kompilasi hasil usaha Very Metal Productions di New Zealand. Menggabungkan 7 bands yang majoritinya dari Colombia dan boleh dikatakan kesemua band di dalam kompilasi ini membawakan muzik Thrash Metal retro. Ideanya ialah apabila kita mendengar CD ini, kita akan mengelamun tentang betapa nikmatnya zaman Thrash Metal 80an dahulu. Tetapi secara jujurnya, sukar untuk mengembalikan zaman tersebut kerana ia berlaku secara natural sedangkan sekarang ia seperti dipaksa. Kecualilah kita tidak mengendahkan faktor zaman – maka ini merupakan kompilasi yang agak menghiburkan terutama kepada peminat Thrash Metal retro yang mahukan produksi selekeh, berkarat dan rakaman yang dibuat dengan sistem DAT dan reel.
Jackhammer(Brazil) – Stepping on the Trapdoor
Jackhammer(Brazil) – Spit at the Cross
Blasphemer(Colombia) – True Existence
Blasphemer(Colombia) – Night of Laments
Runner Hell(Colombia) – Nights of Hell
Runner Hell(Colombia) – Heavy Metal Hell
Dirges(Colombia) – Apocaliptic Witches
Dirges(Colombia) – Infernal Sacrifice
Revenge(Colombia) – Metal Warriors (Speed Version)
Revenge(Colombia) – Maximum Destruction
Invocation War(America / USA) – Demon Attack
Invocation War(America / USA) – Infinite Power
Headbanger(Poland) – Headbanger
Headbanger(Poland) – Nuclear Mosher











