ADVERTISEMENT
Assalamualaikum & Hi readers ❤️️
Ika cuba buat entry book review untuk kesemua buku yang ika baca tahun ini. InshaAllah. Tak banyak baca macam pembaca yang lain, tapi ada la sikit-sikit yang boleh dishare dalam blog ni. Nak konsistenkan diri untuk update blog tu yang payah tu. Tapi dekat blog la tempat paling sesuai untuk bebel panjang tak kisah la panjang mana pun sebab takda limit ayat dan sebagainya. Baru rasa puas.
Kalini, ika pilih Siri Cerita Hantu- Puaka Tangki Air oleh 3 penulis iaitu Del Osmera, Rhea, Zaki Zainol. Ika selalu pilih buku ni sebab ini bacaan nipis yang cepat habis. Kebetulan, kalau ika taknak bahan bacaan yang berat atau tebal. Ika akan terus grab buku nipis. Ini reviu ringkas saja ya.

Halaman: 138 muka surat
Publisher : Penerbit X
Genre: Seram

Tak sangka tangki air sekolah pun boleh dijadikan cerita. Nasib baik dia specific kan tangki air di sekolah dan bukannya tangki air di tempat lain dan sebagainya. Haha. Menarik tajuknya sehinggakan saya sendiri selalu tertanya-tanya storyline jenis apakah yang akan penulis create.
Jembalang // Rhea
Cerita kedua pula mengisahkan tentang Wani yang telah diganggu oleh penunggu tangki air. Usaha merawat dan memulihkan Wani memang mencabar. Tapi logiknya tetap ada. Kaitan antara penyebab Wani jadi sedemikian rupa dgn tangki sekolah. Apa yang menariknya dgn storyline ini di penghujung cerita kita dapat buat konklusi bahawa syaitan sukakan tempat yang tak bersih dan kotor. Dan akibat perbuatan manusia lain yang inginkan keuntungan. Org lain yg dapat kesannya. .
Nenek Karipap Yang Tersakiti // Zaki Zainol
Saya kurang faham dgn tajuk dan storyline dari penulis ini. Kalau ikutkan pasal nenek karipap ni hanya selingan saja dlm cerita. Mengisahkan tentang seorang pelajar baru asrama yang akan membongkarkan tentang kes lama di sekolah tersebut. Bersangkut paut dengan kes 5 senior yang mati di tangki air tersebut. Ini storyline dah okay cuma nenek karipap tu serius cakap mmg takda kena mengena sangat dgn tajuk. Konfius sis. Hihi .
Kalau sesiapa nak beli atau baca dulu review pembaca yang lain tentang Puaka Tangki Air Sekolah ni boleh klik di bawah ya.
Goodreads






