Dahulu zaman sibuk ber”haraki”, usrah sana – sini, dalam usrah – usrah tersebut pasti tidak terlepas daripada menggunakan karangan – karangan Syaikh Hasan al-Banna rahimahullah. Awal – awal usrah yang faqir join menjadikan Risalah at-Ta’alim yang diterjemah oleh almarhum Ustaz Mohammad bin Daud al-‘Iraqi sebagai teks usrah. Almarhum Ustaz Mohamad adalah mantan Ketua Dewan Ulama PAS dan mantan wakil rakyat Lundang, Kelantan. Beliau kembali ke rahmatullah padaa 2017, mudah – mudahan Allah mencucurkan hujan rahmat ke atas rohnya dan menempatkan dia bersama para shalihin.
Dalam teks asas tersebut, asy-Syahid Hasan al-Banna turut menjelaskan persoalan seperti kedudukan tawassul dalam Islam. Beliau menerangkan bahawa berdoa dengan bertawassul itu perkara khilaf furu` tentang cara atau kaedah berdoa sahaja dan bukannya perkara akidah. Ini jelas tercatat pada usul yang ke-15 dalam dalam Risalah tersebut menyatakan sebagai berikut:-
15. Tawassul. Berdoa kepada Allah itu disuruh, tetapi kalau doa ini dikaitkan dengan tawassul kepada Allah dengan mana – mana makhluk maka doa seperti itu menjadi perkara khilafiah tentang cara – cara berdoanya, bukanlah merupakan masalah akidah.
Maka sikap kita selaku seorang muslim, apatah lagi yang berkecimpung dalam harakah dan jemaah dakwah semestinya mengambil sikap sebegini. Janganlah terburu – buru menghukum orang yang bertawassul dengan tuduhan – tuduhan jelik seperti syirik atau khurafat. Jelas berbeza dengan geng Salapi – Wahabi yang telah mengeluarkan persoalan tawassul dari ranah khilafiah tentang kaedah berdoa dan memasukkannya ke ranah akidah, yang akhirnya dijadikan senjata untuk mensyirikkan orang yang bertawassul. Maka tidak hairan jika ulama Salahpi – Wahabi tidak segan – segan menyesatkan asy-Syahid Syaikh Hassan al-Banna dan organisasi Ikhwanul Muslimin. Allahu … Allah, rasanya jasa dan pengaruh almarhum Imam asy-Syahid Hasan al-Banna terhadap Islam dan perjuangan memartabatkan Islam lebih besar daripada ulama – ulama belaan keluarga Sa`ud, jangan marah sekadar berkongsi fakta…..
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.