RJ Cafe Satok menjadi lokasi kunjungan kami yang terakhir pada hari pertama di Kuching, Sarawak. Selepas penat berjalan-jalan menikmati keindahan malam di Tebingan Sungai Sarawak, jomlah kita cari tempat bersantai sambil menikmati hidangan ringkas.
RJ Cafe Satok kami temui secara tidak sengaja. Mulanya kami nak ke Kopi O Corner, tapi ternampak RJ Cafe (di lokasi berhampiran) yang kelihatan lebih menarik untuk kami cuba.
Ruang dalam kafe yang selesa. Dekorasi gabungan moden dan klasik yang sedap mata memandang.
Mesin taip lama dan mesin jahit lama menghiasi sudut kafe. Mesin taip besar begini, seingatnya suatu ketika dahulu biasa saya lihat di pejabat sekolah rendah saya. Mesin jahit berkaki pula masih lagi digunakan di rumah mentua saya, manakala di rumah mak saya ia bertukar fungsi sebagai meja meletak barang.
Minuman teh tarik dan teh 3-layer pilihan kami. Servis pantas, tak perlu lama menunggu minuman yang dipesan.
Pilihan Encik Suami – classic kaya & butter. Dah makan sebahagian, tinggal sebahagian ini saja yang sempat berfoto 😄. Nampak ringkas je roti begini kan? Tapi rasanya sedap dengan tekstur roti bakar yang garing.
Roti canai sarang burung pilihan saya. Sedap garing bahagian tepi roti canai ni. Cuma masa menunggu untuk saya dapat menikmati roti canai ini agak lama, iaitu hampir 30 minit. Sementara menunggu tu, bertambah segelas lagi minuman 😄
Beberapa hari kemudian (sebelum kembali ke Semenanjung Malaysia), kami datang ke sini lagi. Hasrat hati nak mencuba makanan lain pula, tapi tak ada rezeki kerana kafe tidak beroperasi (saya pergi berpandukan waktu operasi yang tertera di Google Maps).
Kalau kalian berkunjung ke Kuching bolehlah mencuba sendiri hidangan di kafe milik Muslim ini. Terdapat beberapa cawangan RJ Cafe di Kuching, cawangan yang saya pergi ini terletak di Jalan Nagor. Saya tak sertakan info waktu operasi sebab saya tak menemukan info yang tepat.
*************************************************
RJ CAFE SATOK
2, Jalan Nagor,
93400 Kuching,
Sarawak.
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.