Perak

Menikmati Keindahan Alam di Taman Tasik Taiping


[Catatan kisah hari Sabtu, 12 Ogos 2023]

Ini merupakan kunjungan kali kedua saya dan Encik Suami ke Taman Tasik Taiping di Taiping, Perak. Kali pertama ke sini pada Januari 2022, entrinya DI SINI. Kali ini kami datang sewaktu cuaca panas, foto-foto jadi lebih cerah dan menarik.

Tujuan kami sekadar nak berjalan-jalan menikmati keindahan alam semula jadi di sini. Tapi tetap jua kami perlu memakai pakaian dan kasut bersesuaian dengan aktiviti luar supaya rasa selesa untuk menghabiskan masa di taman ini.

Sebelum memulakan langkah, saya perhatikan peta kawasan tasik di aplikasi Google Maps. Dari situ kita boleh nampak tarikan yang ada di sini dan memilih laluan pilihan. Kawasan ini sangatlah luas, kalau kita tak ada banyak masa atau kurang stamina memang tak mampulah kita nak melalui setiap laluan dan jambatan tersedia. Harus memilih.

Seterusnya, biarlah foto-foto berikut meneruskan cerita betapa indahnya alam di Taman Tasik Taiping :

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 1 | Pokok bersaiz besar dengan akar berjuraian ke laluan pejalan kaki.
Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 2 | Pemandangan indah hasil pantulan cahaya matahari pada permukaan air di Lake Garden Zig-zag Bridge. Air kolam ni tinggi dan laluan jambatannya kecil, membuatkan saya rasa sedikit takut sewaktu nak melalui jambatan ini.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 3 | Pemandangan di Island Pond. Sesuai dengan namanya, terdapat semacam pulau kecil di sini. Ada dua buah jambatan untuk kita ke bahagian pulau. Kedudukan pulau ini sangat hampir dengan Zoo Taiping. Sesekali terdengar bunyi haiwan dari kandang zoo, dengar macam bunyi ngauman harimau.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 4 | Dari atas jambatan di Island Pond, kami memerhatikan permukaan air yang penuh dengan buih kecil. Setelah beberapa ketika kami mendiamkan diri, muncul kepala ikan bersaiz besar di permukaan air. Terkejut jugaklah saya menyaksikan kawanan ikan keli yang cukup banyak di sini. Kelihatan juga beberapa ekor kura-kura dan kawanan ikan lain di dalam air.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 5 | Sedang kami memerhati hidupan dalam air, ternampak pulak sepasang burung kecil berada jauh dari lokasi kami berdiri. Encik Suami menggunakan binokular bagi membuat pemerhatian. Saya pula terus menghalakan lensa kamera, cuba memotret dengan tetapan 10x zoom in.
MasyaAllah cantik sungguh sepasang burung ni – badannya kecil berwarna kebiruan, bahagian kepala berwarna coklat dan paruhnya pula panjang berwarna seakan merah jambu. Entah apa namanya, saya cuba buat carian internet tapi gagal bertemu jawapan.
Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 6 | Ini pula antara tumbuhan yang menarik perhatian saya. Hasil carian saya gagal menemukan nama pokok ini.
Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 7 | Tumbuhan kecil yang menumpang di pokok turut menarik perhatian saya.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 8 | Burung bangau ‘bersendirian’ mencari makan. Bersendirian bukanlah bermaksud kita berseorangan di dunia ini, Allah sentiasa ada dengan kita 💪🏼

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 9 | Tenang. Nak dapatkan sudut pemandangan begini kita perlu memanjat sedikit di kawasan berbukit.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 10 | Empat sekawan bersantai di atas tunggul pokok. Comel sungguh kan!

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 11 | Bunga-bunga kemboja (frangipani) berguguran di tanah. Di larang memetik bunga di taman ini, saya cuma meminjam sekuntum kemboja yang telah gugur buat berfoto dan menikmati harum baunya.
Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 12 | Bunga teratai penyeri kolam. Ada dua jenis teratai yang saya perasan terdapat di sini. Sejenis dengan bunga dan daun saiz kecil.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 13 | Sejenis lagi teratai dengan bunga saiz besar dan berdaun lebar.

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 14 | Sangat cantik!

Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Foto 15 | Raintree Walk. Dah dua kali sampai sini, tiap kali tu cuma berfoto di sini. Tak rajin nak berjalan ke depan sana. InsyaAllah di lain masa.
Taman Tasik Taiping - Taiping Lake Gardens
Jalur berwarna hijau (tebal) dan merah menunjukkan laluan kami. Kami menghabiskan masa berjalan-jalan di taman ini selama hampir dua jam dengan jarak 3 km.
Video berdurasi 1 minit 21 saat memaparkan keindahan alam di Taman Tasik Taiping.
Alhamdulillah masih berpeluang menyaksikan indah ciptaan Allah. Menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora fauna di sini merupakan terapi jiwa buat saya. Saya rasa lebih tenang dan bahagia. Bukanlah bermaksud lenyap segala masalah, tetapi sekurang-kurangnya jiwa lebih tenang menghadapi ujian kehidupan.


Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top