Catatan pertama dalam bulan Disember. Saya masih dalam proses menyesuaikan diri dengan rutin hidup di rumah baru – rumah 5 bilik dalam suasana kampung yang menuntut kerja pembersihan lebih teliti. Sehari tak bersihkan rumah, memang ‘sakit mata’ saya nampak tahi cicak di merata tempat (kalau di bahagian tingkap tak usah ceritalah sebab memang sangat banyak dan saya masih belum siap bersihkan). Juga serangga kecil yang dah mati dan habuk yang dibawa oleh tiupan angin.
Rutin hidup saya berubah, seawal pagi pukul 7 lebih selepas Encik Suami pergi kerja saya terus melakukan aktiviti ‘morning walk’ di sekitar kawasan rumah. Saya suka memerhatikan alam – perubahan warna langit ketika matahari terbit, daun-daun pokok meliuk, kicauan burung-burung dan hembusan angin pagi yang segar membuat hati saya tenang.
Seperti selalunya, saya suka merakam foto apa saja yang menarik di pandangan saya. Burung merupakan antara subjek fotografi yang saya gemari. Cuma tak dapatlah foto yang jelas elok, maklumlah foto dirakam cuma dengan kamera telefon dan subjek (burung) pula berada pada kedudukan tinggi dan biasanya sangat pemalu. Baru kita nak stabilkan tangan dan laraskan zoom-in, dia dah terbang 😄
Maka, inilah hasil foto burung yang sesuai untuk diletak di blog :
Burung besar dengan bahagian badan warna coklat, manakala bahagian bawah sayapnya warna putih. Burung ni hampir setiap hari saya nampak. Mulanya susah saya nak merakam foto burung ni walaupun berada pada jarak yang cukup jauh, burung ini segera terbang sebaik perasan kehadiran saya. Selepas beberapa hari, nampaknya dia semakin biasa dengan kehadiran saya dan tak lagi terbang lari bila saya cuba memotretnya.
Ini pula spesis burung helang, nampak garang.
Entah burung apa, yang pasti bukan jenis yang biasa saya nampak.
Ini paling pemalu, cepat terbang. Nampak macam burung jenis yang sama dengan burung pada foto sebelumnya.
Agak besar saiz burung ni, keseluruhan badan berwarna hitam dengan ekor panjang. Paruhnya berwarna putih.
Ada beberapa jenis burung yang cantik tapi sangat susah saya nak rakam fotonya. Paling geram tengok, ada seekor burung kecil berwarna kuning cerah. Sangat cantik, tapi sangat pemalu.
Beginilah hidup saya sekarang, berada dekat dengan alam semula jadi. Malah ada beberapa ekor burung yang menjadi penghuni tetap di bahagian luar rumah kami, siap tidur di selipar saya 😅. Itu nanti saya cerita di entri lain.
Oh ya, hari ini saya berada di Ipoh, Perak temankan Encik Suami ada urusan di sini. Kira macam dapat cuti sehari tak payah buat kerja rumah, itu yang boleh berblog 😁
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.