Hari Sabtu lalu, saya dan encik suami ke Bangsar Shopping Centre (BSC), Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama saya ke sini. Memang terasa suasana berbeza apabila memasuki BSC. Tandas dan suraunya pun cantik. Laluan menuju ke surau dihias dengan gantungan lampu indah. Barang-barang jualan di sini pun lebih menarik. Boleh belek foto-foto oleh blogger Nohas dalam entri – Lain rasanya pergi Supermarket T20.. .
Tujuan saya dan encik suami ke sini – nak menikmati makan tengah hari di De.Wan 1958 by Chef Wan yang terletak di aras 1, BSC. Tempahan slot sudah dibuat beberapa hari awal.
Kami dapat slot pukul 1.30 petang. Masa diperuntukan 2 jam sahaja untuk kita makan dan kalau kita tak datang selepas 15 minit, tempahan akan terbatal. Dari tiga buah restoran, hanya di BSC ini saja yang masih ada slot kosong untuk makan tengah hari. Lewat lagi memang tak bolehlah sebab kami perlu bergerak balik ke PP.
Sebenarnya dah agak lama juga kami berdua teringin nak merasa hidangan di restoran Chef Wan. Kebetulan hujung minggu lepas kami berada di KL dan hari Sabtu tersebut merupakan tarikh istimewa saya, maka kita kasi jadilah acara makan-makan di restoran Chef Wan. Ada la alasan nak makan makanan mahal kan? Sempena hari istimewa š. Pada hal biasanya cukup sekadar ucapan dan kalau pun ada acara makan-makan, kena tunggu hari encik suami cuti kerja. Bukan tepat pada tarikh ulang tahun.
DE.WAN 1958 BY CHEF WAN – MENIKMATI HIDANGAN MASAKAN MELAYU DALAM SUASANA MEWAH
Alhamdulillah kami sampai di hadapan restoran sebelum pukul 1.30 petang. Kami disambut mesra oleh dua orang pelayan wanita dan kemudian dibawa ke meja makan.
Beginilah suasana di dalam restoran De.Wan 1958 by Chef Wan. Mewah dekorasinya. Saya tertarik dengan kipas seperti kipas sate yang terletak di siling. Bukan sekadar digantung sebagai hiasan saja, malah ia bergerak-gerak seperti mengipas. Unik!
Dalam foto di atas nampak macam kosong tak ada pelanggan kan? Sebab masa ni masih awal. Tak lama kemudian, meja-meja yang ada semuanya dipenuhi oleh pelanggan.
Membelek buku menu.
Sementara menunggu pesanan tiba, kami dihidangkan dengan rempeyek rangup dan air kosong.
Kerabu Pucuk Paku |
Hidangan pertama tiba – Kerabu Pucuk Paku. Dalam foto ni mungkin nampak macam sikit kerabunya, tapi sebenarnya banyak untuk dua orang makan. Sedap dimakan ratah gitu je. Rasanya juga unik, macam ada manis-manis sikit.
Daging Salai Lemak Cili Padi |
Daging Salai Lemak Cili Padi. Potongan dagingnya lebar dengan hirisan yang tak begitu tebal. Lembut dikunyah. Kuah lemak cili padinya tak terlalu pedas, saya suka begini. Boleh makan dengan selesa tanpa hidung berhingus dek kepedasan.
Jumbo Sotong |
Jumbo Sotong. Lembut berjus sotongnya, tapi eh macam tak berapa jumbo (besar) saiznya. Masa makan barulah perasan macam potongan dua ekor sotong. Agaknya sebab tak ada saiz jumbo jadi diberi dua ekor sotong.
Letak terus dua jenis nasi, boleh merasa kedua-duanya. |
Cara hidangkan nasi di sini, ada pelayan datang membawa dua bekas anyaman berisi nasi. Satu āNasi Terengganuā dan satu lagi āNasi Minyakā. Lebih kurang gitulah yang saya faham daripada apa yang dituturkan oleh pelayan wanita warga asing yang menghidangkan nasi. Selain itu, ada juga pilihan nasi putih.
Nasi boleh ditambah berkali-kali. Dua kali pelayan tersebut datang tanya kalau kami nak tambah nasi (bila nampak nasi di pinggan kami makan tinggal sikit dan bila dah habis), tapi kami masing-masing tak mampu nak tambah sebab kekenyangan makan lauk š. Itu pun kami minta bungkus lauk Daging Salai Lemak Cili Api yang masih berbaki beberapa potong. Tak mampu habiskan. Setiap hidangan mungkin sesuai untuk 3-4 orang makan, kecuali kita ambil dua lauk saja mungkin bolehlah habiskan berdua.
Mini Birthday Cake | Black Forest |
Semasa buat bayaran, kami gunakan ganjaran diskaun sempena hari lahir. Sebelum itu, kita perlu ada aplikasi āChef Wan Cooksā untuk kumpul mata ganjaran dan dapat ganjaran. Rupanya, saya dapat juga mini birthday cake secara percuma! Kalau kita membeli, harganya RM31. Kek mini ini saya bawa balik dan makan di rumah. Sekali hadap laki bini, hampir habislah jugak. Berbaki satu potongan kecil.
Secara keseluruhan, saya dan encik suami sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidang, layanan yang diberi dan keselesaan di restoran ini. Semua pelayan sentiasa bersikap mesra dan sopan melayan. Berbaloi rasanya kami mencuba makan di sini šš½. Moga mereka kekal bagus begini.
Tahniah buat Chef Wan yang telah berjaya mengangkat masakan Melayu ke satu tahap yang tinggi, iaitu menghidangkan masakan Melayu yang sedap dalam suasana cukup mewah. Tentunya bukan sesuatu yang mudah.
Info lanjut berkenaan lokasi restoran, menu dan tempahan, boleh terus ke laman web https://dewan.space/
Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.