Rumah Perlis

Cerita Ular dan Cacing Besar


Entri pada tarikh yang jarang ditemui – 29 Februari. Selamat ulang tahun kelahiran buat anak saudara dan biras saya yang menyambutnya pada hari ini. Semoga beroleh bahagia di dunia dan akhirat.
——-
Dalam entri Tumpang Tidur, saya ada menyebut berkenaan ular dan cacing besar. Saya cuba catatkan kisahnya tanpa foto yang jelas supaya entri ini tak mengganggu perasaan kalian yang membaca 😄
ULAR DI TINGKAP BILIK TIDUR
Sebelum ini memang ada yang berpesan kepada saya supaya berhati-hati dengan kehadiran ular di rumah. Saya juga diingatkan supaya jangan biarkan pintu sliding door terbuka tanpa pengawasan kerana bimbang ular menyelinap masuk. Jadinya saya cuma buka beberapa buah tingkap di ruangan tertentu bagi tujuan pengudaraan. Saya fikir, ular tak memanjat dinding untuk masuk rumah melalui tingkap. Tapi…
Foto tingkap bilik sejurus selepas ular berjaya dikeluarkan.
Pagi 4 Januari lalu, saya buka satu daun tingkap sahaja di bilik tidur supaya cahaya matahari pagi dan udara segar dapat masuk ke bilik. Menjelang tengah hari saya tutup daun tingkap tersebut dan turunkan bidai bagi menghalang terik matahari. Sebagai makluman – tingkap ni ada tiga ‘lapisan’ iaitu tingkap cermin di luar, kemudian ada grill tingkap dan tambahan jaring nyamuk aluminium.
Petangnya, saya tergerak hati nak melihat ke luar rumah. Saya tarik tali bidai tingkap dan terkejut melihat seekor ular berwarna coklat sedang melingkar pada bingkai tingkap 😱. Spontan saya menjerit dek terkejut. Walaupun saiz ular taklah besar, mungkin anak ular tapi dah cukup buat saya terkejut dan rasa seram! Maknanya tengah hari tadi masa saya tutup daun tingkap, si panjang ni dah berada di sudut bingkai tingkap yang saya tak perasan 😧
Saya tenangkan diri (tarik nafas dalam-dalam) dan terus hubungi Encik Suami di tempat kerja. Alhamdulillah tak terjadi perkara buruk, ular berjaya dibawa pergi ke tempat lain oleh seorang kawan Encik Suami. Begitulah kisah saya yang pertama kali menghadapi situasi ular hampir masuk ke kediaman kami.
CACING BESAR
Kalian pernah jumpa cacing dengan saiz besar dan panjang? Saya pernah jumpa beberapa kali sewaktu di kampung. Kali ini bukan sesekali jumpa tau, tetapi setiap hari (dalam suatu tempoh masa) dan dalam jumlah yang banyak sehingga mencecah lebih 20 ekor dalam satu masa!
Maka, menjeritlah saya (dengan jeritan kecil) setiap pagi bila keluar rumah nampak cacing besar bersepah di lantai luar. Kebanyakkannya dah mati/tak bergerak dan ada sebahagian kecil masih bergerak. Lama-kelamaan bila dah setiap hari nampak, saya dah tak menjerit cuma muka berkerut dek rasa geli.
Setiap hari juga, saya menyaksikan kumpulan kerengga berusaha membawa cacing-cacing ini melalui kabel telefon menuju ke sarang kerengga di sebatang pokok. Saya geli pada cacing, tapi terselit rasa lucu dan kasihan juga melihat cacing-cacing ini menjadi ‘lauk kenduri’ kumpulan kerengga.
Foto-foto ‘penghantaran lauk kenduri’ ini dirakam sekitar penghujung Disember sehingga pertengahan Januari. Biar panas terik, hujan turun atau di awal pagi, gigih kumpulan kerengga ini bekerja. Paling geli dan seram (kalau-kalau terjatuh!) bila ada sehingga tiga ekor cacing bergantungan di kabel ini.
Pagi 1 Februari, akhirnya saya dapat keluar rumah melakukan ‘morning walk’ dengan tenang kerana tiada lagi kelihatan cacing besar di lantai luar rumah dan di jalanan. Fuh, lega! Syukurlah kehadiran cacing yang seperti satu serangan ini ada tempoh masa.
Menurut pemerhatian saya, ianya muncul sekitar pertengahan Disember sehingga penghujung Januari. Mula-mula sedikit, kemudian banyak dan selepas itu berkurangan sehinggalah tiada langsung.
Apa faktor ‘mereka keluar beramai-ramai’ tidaklah saya ketahui. Carian internet gagal menemukan jawapan. Teori yang boleh saya fikirkan, ada dua kemungkinan iaitu musim cacing keluar untuk bertelur/mengawan kemudian mati dan/atau petanda bermulanya musim panas kemarau di Perlis (cacing keluar dek kepanasan).
Saya catatkan kisah ini di blog sebagai satu dokumentasi bagi tujuan pemerhatian saya terhadap alam sekitar di sini. Saya rasa seronok dapat memerhatikan dan mengenali pelbagai hidupan di sini (meskipun seram dengan si panjang 😅).
.

Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top