Al Quran

Bukti Kebenaran Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ikan Yang Mampu Hidup Tanpa Air


Seperti yang sudah diketahui berdasarkan ilmu pengetahuan yang ada dan yang dipelajari, ikan adalah haiwan yang hidup di air. Air adalah kehidupan bagi ikan. Tanpa air ikan akan mati dan pupus. Namun, ternyata ada fakta mengejutkan bahawa terdapat ikan yang boleh hidup di darat, bahkan dalam kurun waktu yang lama mencapai hitungan tahun. Ikan hidup tanpa air, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi?




Bukti Kebenaran Al-Quran Surah Al-Kahfi, Ikan Yang Mampu Hidup Tanpa Air – Sukar rasanya berfikir dengan logik bagaimana ikan boleh hidup tanpa air. Kerana pada dasarnya, habitat ikan adalah air. Ikan lungfish (Protopterus Sp), adalah ikan yang diakui boleh hidup berhibernasi di darat, hidup tanpa air. Lalu, inikah sosok ikan itu? Inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? – Digital Dakwah


Terjemahan Surah Al-Kahfi
Ibnu Abas menceritakan bahawa beliau mendengar sabda Nabi Muhammad ketika Allah bertanya kepada Musa siapakah yang paling berilmu. Musa menjawab bahawa ia yang paling berilmu. Mendengar jawapan Musa, Allah meminta ia pergi untuk menemui hamba-Nya yang soleh yang lebih berilmu daripadanya, dengan membawa seekor ikan dalam bekas. Allah bersabda kepadanya, bila nanti ikan itu menghilang, maka di situlah Musa akan bertemu hamba-Nya yang soleh.
Lalu Musa berangkat bersama muridnya. Perjalanan demi perjalanan.. Maka mereka kepenatan sampai lalu mereka berdua memutuskan untuk berehat. Ketika itu, ikan yang berada di dalam bekas tiba-tiba meronta lalu melompat keluar dengan cara yang begitu aneh. Kejadian itu telah disaksikan oleh anak muridnya, teruja dan terpukau akan kebesaran Allah sehingga ia tertidur dan lupa menceritakan tentang kejadian itu kepada Musa.
Setelah berehat, mereka meneruskan perjalanan, muridnya pun menceritakan tentang apa yang berlaku. Mendengar hal itu, Musa segera menyedari sesuatu, bahawa ia sebenarnya sudah berada di tempat yang di tuju (penemuan Khidir hamba Allah yang soleh). Lalu mereka berdua kembali ke tempat rehatnya itu.
Ketika Musa dan muridnya tiba, kelihatan seorang hamba Allah (Khidir) berpakaian jubah putih. Lalu, Musa mengucapkan salam padanya. Kemudian Khidir menanyakan dari mana Musa berasal dan siapakah
ia. Musa berkata padanya bahawa ia memang bermaksud menemui Khidir, supaya Khidir mengajarkan padanya ilmu dan kebijaksanaan yang lebih mendalam kepadanya. Dengan tegas Khidir memberi tahu Musa, bahawa ilmu yang ia miliki adalah kurniaan dari Allah dan begitulah ilmu yang Musa miliki. Kemudian Musa menyampaikan bahawa ia tak sabar untuk segera mengikutinya. Dan Khidir pun mengingatkan, bahawa Musa tidak boleh bertanya apapun juga sampai hal itu dijelaskan padanya.
Rumusan
Pertemuan Musa dengan Khidir membuatnya lupa akan ikan yang hilang tadi. Ikan dalam surah Al-Kahfi ini yang diakui sebagai bukti kebesaran Allah iaitu ikan yang boleh hidup tanpa air. Jenis ikan ini mampu mengerong masuk ke dalam tanah. Cara yang aneh bagi seekor ikan. Apa yang terjadi pada ikan ini adalah bukti bahawa Allah Maha besar dengan segala kuasa-Nya. Yang tidak mungkin menjadi mungkin.
Ikan yang hidup dengan cara yang aneh ini, inikah ikan yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi? Inilah ikan yang menjadi saksi perjalanan Musa bertemu dengan Khidir. Jelaslah sudah, dalam ayat Al-Qur’an ini Allah memberi petunjuk kepada mereka yang selalu memikirkan tentang kekuasan-Nya dan apa yang boleh Ia perbuat. Kerana meragui kuasa Allah dan firman Al-Qur’an.


Terimakasih telah membaca di Aopok.com, semoga bermanfaat mulai lah buat iklan gratis di Iklans.com dan lihat juga di situs berkualitas dan paling populer Piool.com, peluang bisnis online Topbisnisonline.com dan join di komunitas Topoin.com.


Comments

Paling Populer

To Top